Akauntan Upahan

Call Directions Website Contact the business

Akauntan Upahan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akauntan Upahan, Business consultant, Kuantan.

Fokus bantu bisnes tempatan urus akaun dengan cara ringkas, telus & mampu milik

Powered by:
MINDA INTELEK GLOBAL
202003097840 (AS0411714-H)

🚩PT 132317, Lorong Haji Ariffin, Kampung Kempadang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
📞016 3572332

"𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗷𝗲..."Itulah ayat yang saya selalu dengar daripada peniaga.Hakikatnya, nak s...
02/06/2026

"𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗷𝗲..."

Itulah ayat yang saya selalu dengar daripada peniaga.

Hakikatnya, nak sampai ke tahap 𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐤𝐚𝐢, itu sebenarnya langkah yang hampir terakhir dalam keseluruhan proses.

Sebelum boleh tekan butang "𝗦𝘂𝗯𝗺𝗶𝘁" di sistem LHDN, ada banyak perkara yang perlu dibuat dahulu:

✅ Kumpul resit jualan
✅ Kumpul resit perbelanjaan
✅ Semak penyata bank
✅ Rekod semua transaksi
✅ Kira stok dan aset
✅ Klasifikasikan perbelanjaan boleh tuntut dan tidak boleh tuntut
✅ Sediakan penyata untung rugi
✅ Kira keuntungan sebenar yang dikenakan cukai
✅ Semak pematuhan cukai dan pelbagai lagi

Kalau rekod setahun tak dijaga dengan baik, proses yang sepatutnya ambil beberapa hari boleh bertukar menjadi beberapa minggu.

Sebab itu ramai peniaga:

❌ Tak tahu untung sebenar bisnes
❌ Terlepas tuntutan yang dibenarkan
❌ Bayar cukai lebih daripada sepatutnya
❌ Panik bila tarikh akhir semakin dekat

Sebenarnya fungsi akaun bukan semata-mata untuk cukai.

Bila rekod kewangan teratur, kita boleh nampak:

📊 Bisnes untung atau rugi
📊 Produk mana paling menguntungkan
📊 Ke mana duit banyak keluar
📊 Berapa cukai yang perlu disediakan lebih awal

Bila sampai musim cukai, semuanya lebih mudah.

**𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. 𝗜𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻.**

Jika anda masih simpan resit dalam plastik, kotak atau dashboard kereta, mungkin sudah tiba masanya untuk mula susun rekod kewangan dengan lebih sistematik. 😊

𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧
📌 Bookkeeping
📌 Penyata Kewangan
📌 Cukai Pendapatan Individu & Perniagaan
📌 Khidmat Nasihat Rekod Kewangan SME

31/05/2026

Contoh yang biasanya boleh claim untuk affiliate/content creator:

* Bil internet & telefon (portion kerja)
* Laptop, PC, tablet, kamera
* Lighting, mic, tripod
* Langganan Canva, CapCut Pro, ChatGPT, hosting, domain
* Iklan FB/TikTok ads
* Minyak/tol/Parking jika pergi urusan kerja atau jumpa client
* Printing, packaging, postage
* Upah agent/staff
* Sewa ruang kerja
* Kursus/kelas marketing atau editing
* Bank charges & payment gateway fees

Send a message to learn more

LISTING PENTING DALAM SYARIKAT Listing-listing ni penting untuk syarikat buat. Setiap satu ada kepentingan dia sendiri. ...
04/05/2026

LISTING PENTING DALAM SYARIKAT

Listing-listing ni penting untuk syarikat buat. Setiap satu ada kepentingan dia sendiri.

1. Sales listing.
Listing ni akan menyenaraikan semua jualan kita tak kira duit dapat melalui cash atau pun bank. Kalau guna software atau sistem sales. Boleh dapatkan terus dari sistem tu. Dari sini boleh tahu berapa total sales kita dan boleh buat analisis.

2. Bank receipt summary.
Gunanya ni supaya kita boleh buat perbandingan antara duit masuk ke dalam bank dengan duit jualan. Selalunya ramai tak kisah duit dalam bank sama ke tak dengan jualan. So dengan ni, kita boleh dapatkan perbezaan dan jelaskan kenapa boleh berbeza.

3. Receivable listing.
Kena senaraikan semua hutang orang lain pada syarikat. Termasuk director juga. Sebab hutang-hutang ni aset semasa syarikat. Duit syarikat. Plan macam mana boleh collect balik.

4. Payment listing.
Ni listing penting. Senarai semua bayaran yang dibuat. Kena pastikan documentation lengkap dari payment voucher. Kemudian belakangnya supporting document untuk bayaran yang dibuat. Lepas tu baru lah isi dalam listing ni. Kalau nak check apa-apa. Boleh trus check listing ni.

5. Payable listing.
Kena senaraikan semua hutang syarikat pada orang lain. Pada director, staff, supplier dan lain-lain. Selain tengok berapa banyak untung syarikat. Kena tengok juga berapa banyak hutang yang ada.

6. Asset listing.
Listing ni kita akan senaraikan semua aset tetap syarikat. Aset yang digunakan dalam jangka masa panjang. Lengkap dengan nama aset, kos aset, harga aset dan lain-lain.

7. Salary listing.
Untuk memudahkan pengurusan tengok total belanja gaji-gaji staff. Boleh gunakan listing ni. Letak semua nama staff lengkap dengan basic pay, epf, socso, EIS, hutang dan lain-lain.

8. Stock listing.
Stok akhir penting dalam akaun bila nak kira untung kasar. Ramai yang lupa nak buat. Jadinya untung kasar yang dapat jadi salah. Setiap akhir bulan kena senaraikan stok akhir yang tak terjual.

9. Income statement.
Report ni akan tunjukkan berapa untung atau rugi syarikat setiap bulan. Tahu berapa marketing cost and admin cost setiap bulan. Dari sini kita boleh buat gross profit and net profit margin.

10. Cashflow statement.
Report ni pulak akan tunjukkan hal-hal duit syarikat. Tengok setiap bulan duit makin bertambah atau berkurang. Tengok duit masuk dari mana sumbernya dan keluar ke mana perginya.

Listing-listing ni penting untuk dibuat terutama akan digunakan untuk buat akaun nanti. Tak kisah lah kita buat akaun sendiri ke atau orang lain akan buatkan. Bila ada listing ni, mudah je nanti.

Selain untuk buat akaun. Segala listing ni membawa maksud tersendiri pada pengurusan nanti. Penting untuk kita berkembang. Penting untuk akaun, audit dan tax.

Bila dokumen lengkap. Listing pun lengkap. Tak lah kita ada masalah nak buat akaun, audit dan tax nanti.

Boleh tanya saya apa-apa berkenaan persyarikatan, perakaunan, pengauditan dan cukai. Sedia membantu atau boleh terus wasap kami di https://bit.ly/AkauntanUpahan

Ramai ingat e-Invoice ni menyusahkan… tapi sebenarnya PEMBELI yang paling banyak untung!Selama ni bila beli barang atau ...
24/04/2026

Ramai ingat e-Invoice ni menyusahkan… tapi sebenarnya PEMBELI yang paling banyak untung!

Selama ni bila beli barang atau servis:
– Resit hilang 😓
– Resit pudar 😵
– Nak claim tak boleh 😤

Tapi dengan e-Invoice, semua jadi lebih mudah dan selamat 👍

Kelebihan e-Invoice dari sudut pembeli/pelanggan:

✅ Resit takkan hilang
Semua rekod simpan secara digital. Bila-bila masa boleh rujuk semula.

✅ Mudah untuk warranty & claim
Tak perlu lagi cari resit kertas yang entah ke mana. Semua ada dalam sistem.

✅ Lebih telus & dipercayai
Harga, cukai, dan butiran pembelian jelas — tiada ‘hidden charge’.

✅ Senang untuk rekod perbelanjaan
Sesuai untuk individu yang nak track duit keluar masuk, atau peniaga kecil yang beli stok.

✅ Bantu elak penipuan
Setiap transaksi direkod — lebih selamat untuk pengguna.

✅ Cepat & efisien
Tak perlu tunggu resit manual. Semua terus siap secara automatik.

Realitinya, e-Invoice bukan sekadar untuk kerajaan atau peniaga…
Pembeli juga dapat manfaat besar dari segi keselamatan & kemudahan.

Lepas ni kalau peniaga offer e-Invoice, jangan tolak…
Sebenarnya itu tanda bisnes dia lebih tersusun & profesional.

Korang jenis simpan resit atau buang je lepas beli? Komen sikit 👇

—
Kalau anda peniaga yang masih blur tentang e-Invoice, boleh PM kami. Kami bantu explain step-by-step 👍

Apa itu home based?Home based merupakan pengusaha makanan yang beroperasi di rumah bagi tujuan jualan.Apakah keperluan y...
23/04/2026

Apa itu home based?
Home based merupakan pengusaha makanan yang beroperasi di rumah bagi tujuan jualan.

Apakah keperluan yang perlu anda patuhi sebagai pengusaha makanan home based?
1. Berdaftar Fosim
https://fosim.moh.gov.my

2. Mendaftar kursus pengendali makanan di sekolah latihan pengendali makanan yang di iktiraf oleh KKM.
Senarai sekolah latihan pengendali makanan :
https://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=96

3. Mendapatkan pelalian tifoid

4. Pengamalan amalan asas kebersihan makanan yang baik

5. Pemeriksaan kendiri terhadap kepatuhan kepada amalan asas kebersihan makanan yang baik.

Untuk proses Penyenaraian Homebased Food yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini perlu beberapa perkara dilakukan untuk mendapatkan sijil home-based food, antaranya;
1. Membuat pendaftaran premis dalam sistem FoSIM (htpps://fosim.moh.gov.my)

2. Muat turun borang home-based food di laman sesawang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.

3. Lengkapkan borang permohonan dan juga dokumen sokongan.

4. Hantar dokumen yg lengkap di Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat secara hardcopy.

PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN✅ Mana-mana premis yang terlibat dalam perniagaan makanan adalah WAJIB untuk membuat PENDAFTAR...
23/04/2026

PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

✅ Mana-mana premis yang terlibat dalam perniagaan makanan adalah WAJIB untuk membuat PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. (Peraturan 3, PPKM 2009)

Jika anda GAGAL untuk mematuhi peraturan-peraturan ini maka anda telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi SEPULUH RIBU RINGGIT atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

💻 Pendaftaran boleh dilakukan melalui sistem FoSIM (Food Safety Information System of Malaysia) di laman sesawang https://fosim.moh.gov.my

Kredit Infografik:
Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, JKN Kelantan

Ramai peniaga ingat buat akaun ni untuk LHDN je…Padahal inilah benda yang bezakan bisnes yang “cukup makan” dengan bisne...
21/04/2026

Ramai peniaga ingat buat akaun ni untuk LHDN je…

Padahal inilah benda yang bezakan bisnes yang “cukup makan” dengan bisnes yang betul-betul berkembang.

Kami pernah jumpa satu client — sales dah cecah RM20K–RM30K sebulan. Nampak macam okay, kan?

Tapi bila kita semak akaun…

👉 Rupanya dia tak tahu pun produk mana paling untung
👉 Duit keluar masuk tak jelas
👉 Hujung bulan selalu rasa “mana pergi duit ni?”
👉 Bila tanya untung sebenar… dia diam

Bukan sebab bisnes tak jalan.
Tapi sebab tak ada sistem akaun yang konsisten.

Bila kita start buat akaun bulanan untuk dia, baru nampak real picture:

✔ Bulan mana sales naik & bila drop
✔ Kos mana yang sebenarnya makan margin
✔ Produk mana patut push, mana patut stop
✔ Anggaran cukai boleh ready awal (tak terkejut hujung tahun)
✔ Zakat pun boleh terus kira & bayar tanpa tunggu lama
✔ Yang paling penting — decision jadi cepat & yakin

Dan satu benda yang ramai tak sedar…

Bila akaun tersusun, stress sebagai owner pun turun banyak.
Tak ada lagi rasa serabut fikir duit cukup ke tak setiap masa.

Bisnes bukan sekadar buat sales.
Tapi tahu ke mana duit tu pergi.

Kalau sekarang awak masih:
– Simpan resit dalam kotak / plastik
– Kira untung agak-agak
– Atau tunggu hujung tahun baru nak settle semua

Memang susah nak grow dengan tenang.

Kalau awak nak mula urus akaun bisnes dengan cara yang lebih tersusun & mudah faham,

Boleh PM kami “AKAUN” boleh terus wasap kami di https://bit.ly/AkauntanUpahan
Kami bantu tengok situasi bisnes awak dulu, baru kita decide langkah seterusnya.

Pening tengok resit bersepah satu meja?Nak kira pun tak sempat… last-last simpan dalam kotak je.Bila teringat pasal audi...
20/04/2026

Pening tengok resit bersepah satu meja?

Nak kira pun tak sempat… last-last simpan dalam kotak je.
Bila teringat pasal audit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia… terus berdebar 😅

Realitinya… ramai owner Sole Prop struggle kat sini.

Bukan tak pandai, tapi tak cukup masa nak urus akaun dengan betul.
👉 Resit hilang
👉 Record tak lengkap
👉 Tak tahu profit sebenar
👉 Risiko kena penalti

Kalau biar lama-lama… benda kecil boleh jadi masalah besar.

Sebab tu wujudnya Akauntan Upahan.
✔ Susun resit & rekod dengan sistem
✔ Sediakan akaun bulanan yang kemas
✔ Bantu anda nampak aliran duit dengan jelas
✔ Kurangkan risiko bila berdepan audit

Dan paling penting…
💸 Harga mesra poket untuk Sole Prop

Bisnes dah penat-penat bina… jangan bagi hancur sebab akaun tak terurus.

Kalau rasa relate…
Drop “NAK” atau PM je. Kita bantu urus, supaya anda boleh fokus grow bisnes 🚀

19/04/2026

Pengecualian audit Sdn Bhd membolehkan syarikat persendirian kecil tidak melantik juruaudit, mengurangkan beban pematuhan.

Mulai 1 Januari 2025, kriteria SSM menetapkan perolehan tahunan tidak melebihi RM3 juta, jumlah aset tidak melebihi RM3 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 30 orang.

Syarikat perlu memenuhi sekurang-kurangnya dua daripada kriteria ini.

26/02/2026

Peniaga harus bijak JAGA DOKUMEN agar senang dapat GERAN & PINJAMAN

Address

Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akauntan Upahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akauntan Upahan:

Shortcuts

Share