iLead Strategy

Call Directions Website Contact the business

iLead Strategy Strategist | Entrepreneur | Essential First Aid & Safety Instructor telefon yang telah disertakan.

Training Provider Pantai Timur
(Pahang, Terengganu, Kelantan)

Team Building Pahang | Motivational Speaker | Soft Skills & Digital Trainer | Canva Pro Specialist | A.I. Our Uniqueness

iLead Strategy telah diilhamkan oleh tenaga kerja yang terdiri daripada mahasiswa IPT Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan kursus dan latihan serta menganjurkan projek-projek tertentu. Walaupun Ia baru didaftarkan pada tahun ini, tetapi ia sudah lama beroperasi semenjak tahun 2012 lagi. Tenaga kerja ini mempunyai latar belakang dan kemahiran yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama dalam melahirkan serta menggilap keperibadian insan berilmu, beriman dan berakhlak. Walaupun iLead Strategy diusahakan oleh barisan mahasiswa dan bekas mahasiswa, yang mungkin dianggap kurang berpengalaman berbanding dengan syarikat-syarikat konsultan yang sudah lama berdiri teguh serta sudah mencipta nama di persada dunia, namun kami mempunyai keunikan dan kekuatan kami tersendiri. Perkhidmatan yang ditawarkan dipecahkan kepada beberapa kategori;
1) Pelajar sekolah
2) Mahasiswa
3) Fresh Graduate
4) Orang awam
5) Organisasi

Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi terus email atau no.

Berbaki lagi 4 pasukan!!MOH AOKME! 🔥🏹 ARCHERY COMBAT HSN 2026 Peringkat Negeri Pahang📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)⏰ 3.00 pet...
10/10/2026

Berbaki lagi 4 pasukan!!

MOH AOKME! 🔥🏹 ARCHERY COMBAT HSN 2026 Peringkat Negeri Pahang

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 3.00 petang- 7.00 petang
📍 Padang KOMBES Pahang

👥 1 pasukan: 5 orang
🆓 Pendaftaran PERCUMA untuk 8 pasukan terawal!
🏆 Hadiah disediakan!

📲 Daftar: Razzan +60 11‑2718 1866
Jom kumpul geng, gegarkan padang! 🔥

🔥 EXCELLENT MINDSET: BUILDING STRONGER TEAMS, CREATING GREATER IMPACT! 🔥5–7 Oktober 2026 | RRP Morib, SelangorMasuk tahu...
08/10/2026

🔥 EXCELLENT MINDSET: BUILDING STRONGER TEAMS, CREATING GREATER IMPACT! 🔥

5–7 Oktober 2026 | RRP Morib, Selangor

Masuk tahun ketiga kerjasama iLEAD Strategy bersama Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam menjayakan program Team Building 2026! 💪🏻✨ Bertindak sebagai trainer dan fasilitator, pasukan iLEAD Strategy membimbing peserta menerusi pelbagai cabaran interaktif yang menekankan komunikasi berkesan, kreativiti, kepimpinan, penyelesaian masalah dan semangat kerja berpasukan ke arah pembentukan Excellent Mindset serta budaya kerja berprestasi tinggi.

Tiga tahun kerjasama bukan sekadar angka, tetapi lambang kepercayaan yang terus diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada BPH, JPM kerana terus memilih dan mempercayai kepakaran iLEAD Strategy. Semoga hubungan strategik ini terus berkembang dalam melahirkan pasukan yang lebih dinamik, kompeten dan cemerlang! 🚀

Together We Learn, Together We Grow!

✨ PROGRAM MOTIVASI DAN ASPIRASI PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI SUKU JAHAI TAHUN 2026 ✨Telah berlangsung Program Motivasi da...
06/10/2026

✨ PROGRAM MOTIVASI DAN ASPIRASI PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI SUKU JAHAI TAHUN 2026 ✨

Telah berlangsung Program Motivasi dan Aspirasi Pendidikan Murid Orang Asli Suku Jahai Tahun 2026 pada 05 Oktober 2026 bertempat di Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan.

Program ini bertujuan menyemai semangat, keyakinan serta aspirasi pendidikan dalam kalangan murid agar terus berusaha mengejar impian dan membina masa depan yang lebih cerah. 🌱📚

Semoga setiap ilmu, inspirasi dan pengalaman yang dikongsikan menjadi langkah kecil menuju impian yang lebih besar. Terus bermimpi, terus belajar dan jangan pernah berhenti percaya pada potensi diri. 💫

#2026

✨ PROGRAM MOTIVASI & TEAM BUILDING ✨Telah berlangsung Program Motivasi dan Team Building bersama para pelajar Sekolah Me...
06/10/2026

✨ PROGRAM MOTIVASI & TEAM BUILDING ✨

Telah berlangsung Program Motivasi dan Team Building bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah pada 01 Oktober 2026, bertempat di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah.

Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan bagi membina keyakinan diri, semangat kerjasama, komunikasi serta kepimpinan dalam kalangan pelajar. 🤝💪🏻

Semoga setiap pengalaman yang dilalui menjadi satu kenangan bermakna dan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus melangkah dengan lebih yakin dalam mencapai kejayaan. 🌟

#2026

🎙️ BILA TAJUKNYA EKONOMI, TUGAS MODERATOR ADALAH MEMASTIKAN IA BUKAN SEKADAR CERITA TENTANG ANGKA.Pada 27 September 2026...
28/09/2026

🎙️ BILA TAJUKNYA EKONOMI, TUGAS MODERATOR ADALAH MEMASTIKAN IA BUKAN SEKADAR CERITA TENTANG ANGKA.

Pada 27 September 2026, Coach Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab (Coach Syafiq) daripada iLead Strategy diberi kepercayaan mengendalikan sesi sebagai Moderator Program Borak Negeri: Aspirasi Pahang 1st – “Poket Kita, Masa Depan Pahang” Zon Tengah di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Temerloh.

Sesi ini menghimpunkan wakil Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Bank Negara Malaysia, Malaysia Rail Link (MRL) serta pemimpin setempat untuk membincangkan perkembangan ekonomi dan potensi masa depan Zon Tengah Pahang — termasuk bagaimana pembangunan seperti ECRL, pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan boleh memberi impak kepada kehidupan rakyat.

Bagi seorang moderator, tugasnya bukan sekadar bertanya soalan atau mengawal masa. Moderator perlu mendengar, menghubungkan idea antara panel, mencungkil perspektif dan membawa perbincangan kembali kepada perkara yang paling dekat dengan audiens.

Terima kasih atas kepercayaan dan ruang yang diberikan kepada Coach Syafiq untuk mengemudi sesi perkongsian ini.

Daripada training room ke pentas forum, iLead Strategy terus membawa satu semangat yang sama — mencipta ruang untuk idea disampaikan, suara didengari dan perbincangan menjadi lebih bermakna. 🎤

iLead Strategy
Pencetus Potensi Diri.

🎤 SUARA ADA, TAPI BERANI TAK UNTUK BERSUARA?Pengucapan awam bukan sekadar tentang bercakap di hadapan orang ramai. Ia te...
28/09/2026

🎤 SUARA ADA, TAPI BERANI TAK UNTUK BERSUARA?

Pengucapan awam bukan sekadar tentang bercakap di hadapan orang ramai. Ia tentang keyakinan, keberanian menyampaikan idea dan keupayaan membuat orang lain mahu mendengar.

Alhamdulillah, iLead Strategy diberi ruang bersama para peserta Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia Peringkat Negeri Pahang 2026 yang berlangsung pada 23–27 September 2026 di Kompleks Rakan Muda Rompin.

Menerusi slot Pengucapan Awam yang dikendalikan oleh Coach Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab (Coach Syafiq), iLead Strategy, peserta dibawa keluar daripada zon selesa untuk belajar bagaimana menyusun idea, bercakap dengan lebih yakin dan menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Bukan sekadar belajar teori — mereka bercakap, mencuba, silap, perbaiki dan cuba lagi. 💪🎙️

Kerana seorang pemimpin bukan sahaja perlu mempunyai idea yang baik, tetapi perlu mempunyai keberanian dan kemahiran untuk menyuarakannya.

iLead Strategy
Pencetus Potensi Diri.

✨ EXCELLENT MINDSET: BUILDING HIGH PERFORMANCE TEAM ✨Telah berlangsung Program Excellent Mindset pada 20 - 21 September ...
23/09/2026

✨ EXCELLENT MINDSET: BUILDING HIGH PERFORMANCE TEAM ✨

Telah berlangsung Program Excellent Mindset pada 20 - 21 September 2026 bersama warga LHDN Kota Bharu, dengan fokus kepada pembentukan positive work behaviour, ownership, accountability serta pengukuhan communication, trust & team collaboration dalam membina pasukan berprestasi tinggi. 💪🏻

Terima kasih kepada LHDN Kota Bharu atas kepercayaan yang diberikan kepada iLead Strategy. Semoga segala pengalaman dan pembelajaran sepanjang program dapat diterapkan ke arah budaya kerja yang lebih positif, kolaboratif dan sentiasa mengutamakan continuous improvement. 🚀✨

✨ CULTURE CATALYST: ENGAGING HIGH PERFORMANCE ✨Pada 8 September, telah berlangsung Program Culture Catalyst: Engaging Hi...
10/09/2026

✨ CULTURE CATALYST: ENGAGING HIGH PERFORMANCE ✨

Pada 8 September, telah berlangsung Program Culture Catalyst: Engaging High Performance bersama Environment Idaman Sdn. Bhd. (Kulim). Program ini memberi fokus kepada pembentukan budaya kerja yang positif, komunikasi berkesan serta pengukuhan semangat kerjasama bagi membina pasukan yang lebih engaged dan berprestasi tinggi. 💪🏻✨

Terima kasih kepada pihak Environment Idaman Sdn. Bhd. atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat diterapkan dalam membentuk budaya kerja yang lebih positif dan mencapai prestasi yang lebih cemerlang! 🌟

A day full of challenges, teamwork, laughter and new experiences! ✨ Leadership Camp bersama International Islamic School...
08/09/2026

A day full of challenges, teamwork, laughter and new experiences! ✨ Leadership Camp bersama International Islamic School Malaysia (Kuantan) telah berlangsung pada 5 September 2026 di Cempaka Resort dengan pelbagai aktiviti yang menguji kepimpinan dan kerjasama para peserta.

Setiap cabaran adalah peluang untuk belajar, setiap aktiviti mencipta kenangan. 💪🏻 Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. See you at the next adventure! 🫶🏻

Pada 26 Ogos 2026, telah berlangsungnya Kursus Pembangunan Jati Diri & Organisasi Seksyen Khidmat Pengurusan di Morib, y...
28/08/2026

Pada 26 Ogos 2026, telah berlangsungnya Kursus Pembangunan Jati Diri & Organisasi Seksyen Khidmat Pengurusan di Morib, yang menghimpunkan para peserta dalam satu pengalaman pembelajaran yang penuh inspirasi dan bermakna. 🌱

Kursus ini memberi fokus kepada pembentukan jati diri yang positif, peningkatan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta pengukuhan semangat kerja berpasukan dalam membina organisasi yang lebih berdaya saing. 💪🏻🤝

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan diri yang lebih baik dan organisasi yang lebih cemerlang. ✨

Build the character. Strengthen the team. Empower the organisation. 💙

Address

A 119, First Floor, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan Bussiness Centre
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6017-9737806

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when iLead Strategy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to iLead Strategy:

Shortcuts

Share