22/11/2025
Dah beberapa kali saya perasan dua-tiga kedai yang TAK mahu gunakan bayaran secara cashless contohnya tap dengan kad atau QR.
Contoh kes pertama:
- Kedai mamak di Cyberjaya. Masa tengah beratur nak bayar, saya perasan cashier dia sengaja terbalikkan QR Code dan minta bayaran cash. Orang depan saya pun bayarlah secara tunai. Bila sampai turn saya, saya kata saya tak ada cash. QR atau TAP boleh saja, cashier tu siap cakap mesen rosak. Cash only. Saya kata Itu you ada QR, kenapa u tutup? Dia pun buat muka lepas tu tunjuk QR. QR tu siap bayar akaun bank nama kedai mamak tu.
- Hari ni di Kota Warisan, saya cuci kereta di Kip Mall. Bila nak ambik, cashier dia cakap “bang, cash saja bang, QR rosak”.
Saya pun kata dekat dia, QR u koyak ka?
Dia kata: tak bang, itu QR tak jalan.
Saya pun try scan, saya tunjuk dekat dia.. dan saya kata ini company punya akaun, kenapa u tak mau guna? U mau tipu u punya bos ka?
Dia pun terus buat bodoh.
Jadi cerita dia mudah. Kalau kedai tu tak nak ambik QR code walupun QR tu ada disitu, maka hanya ada tiga makna sahaja:
1 - Akaun bank depa kena block dengan bank
2 - Depa nak lari bayar cukai pendapatan
3 - Pekerja nak curi duit.
Saya pernah berniaga restoren dan kedai. Saya dah banyak kali kena cashier dan pekerja curi duit.
Jadi…sila berhati hati buat pengusaha kedai, dan kita sebagai pelanggan jangan membantu mereka buat salah melainkan memang betul sistem tgh problem dll.