22/01/2018
MAKANAN YANG KENA ELAKKAN UNTUK SARAPAN.
Sarapan pagi merupakan waktu makan yang wajib sebelum kita memulakan aktiviti seharian.
Namun begitu, ada beberapa jenis sarapan yang kita s**a tetapi sebenarnya kita perlu elakkan.
Nak tahu makanan apa yang kita perlu elakkan ketika sarapan dan kenapa perlu elakkan?
Jom baca.
#1 Pastri
S**a makan pastri seperti donut, wafel atau tart setiap pagi?
Kena elakkan.
Pastri merupakan makanan yang diperbuat daripada tepung putih halus, dan mengandungi tambahan gula yang boleh menyebabkan gula dalam darah naik mendadak.
Pastri juga boleh menyebabkan kita mudah rasa lapar😋.
2 # Jus
Jus yang sedia dipack kebanyakannya sudah ditambah dengan gula dan sebenarnya tiada buah pun sebaliknya dicampur bahan kimia.
Sebaiknya, makan buah-buahan sebenar untuk sarapan.
#3 Salad Dressing
Salad merupakan makanan yang menyihatkan.
Namun, dressing yang ditambah dalam salad kebanyakannya diperbuat daripada bahan seperti minyak soya dan gula tiruan.
Nak makan salad, buat dressing sendiri.
#4 Bijirin rendah serat
Low fiber cereal mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.
Jika makan bijirin ini untuk sarapan, kita akan jadi cepat lapar sebelum lunch.
#5 Pankek
Pankek kosong biasanya bila nak makan, kita tambah sirap, sos coklat, dan pelbagai lagi tambahan untuk rasa sedap.
Ini boleh menyebabkan, kita menjadi ketagih dengan gula.
Kalau makan pankek, buat pankek dengan greek yougurt sebagai tambahan protein dan gunakan sirap maple semulajadi.
Sebelum bekam di sebelah pagi, sebaiknya sarapan dulu dua jam sebelum bekam.
Nak bekam?
Hello-hello kami
018-2138188