Mukmin Generation Training & Consultancy

Mukmin Generation Training & Consultancy Program Terbaik Untuk Pelajar ! Hubungi Kami Sekarang !!



26/02/2020

Bismillah, izinkan saya menulis dan mengupas isu terkini berkaitan seorang pendidik yang dirakam sedang merangkak di dalam kelas di hadapan semua anak didiknya.

Jujur bila saya melihat, saya sendiri agak terkejut dan tarik nafas dalam bila melihat video, majoriti ramai yang kata ibu kepada pelajar tersebut agak melampau apabila merakam dan menviralkannya.

Ada juga yang komen, ustazah tu sendiri sebenarnya banyak buat hal, dicubit anak didik sampai lebam dan banyak lagi.

Sebelum saya menulis ini, saya banyak tengok ramai pos dan kebanyakannya mengatakan ibu pelajar salah. Baiklah, sebenarnya saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Cuma apa yang boleh saya ulas di sini ialah, masalah yang kita nampak adalah anak nya sendiri mengadu pada ibunya yang lutut dia sakit masa nak ambil solat dan takut nak datang ke sekolah lagi.

Masalah kedua yang kita nampak adalah seorang guru sendiri yang disuruh merangkak mungkin kerana takut ibu pelajar buat laporan kepada pihak atasan atau sebaliknya.

Kepada ibubapa, guru atau sesiapa pun anda, mari saya kongsikan pada anda satu perkara yang boleh kita fikirkan. Mungkin ramai yang kata, alah dulu aku kena lagi teruklah..ini saya nak bagitahu, itu zaman dahulu, zaman sekarang adalah zaman viral atau kita sebut zaman keaiban, zaman fitnah.

Sebelum saya sambung, satu perkara ingin saya ingatkan, jika anda ada sharekan video ini, padamlah agar ia tidak menjadi lubuk dosa kita hanya kerana satu perkongsian.

Seterusnya, ini yang saya boleh ulas adalah, Sekiranya pihak guru tersebut salah dan ada yang komen dia memang buat banyak masalah terhadap pelajar, ibubapa boleh buat aduan pada pihak atasan dan bawakan bukti sekali. Saya pasti tindakan pasti akan diambil dan itu adalah cara yang betul. Yang tidak betul adalah dengan merakam dan mengviralkan hingga menjadi tontonan berjuta dan dikongsi berjuta orang juga.

Tuan puan, tahukan anda mungkin guru tersebut dibayar gajinya lebih rendah dari anda yang mungkin gaji sudah cukup selesa, tapi pengorbanan dia yang sebenar lebih besar dengan mendidik anak anda.

Kesilapan yang terang dan jelas kita nampak p**a adalah sikap seorang ibu itu sendiri yang terpengaruh dengan sikap masyarakat yang s**a merakam dan menviralkan. Saya percaya ramai ibubapa yang cukup berpendidikan dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak., namun dengan kesilapan yang kecil sebenarnya boleh membuatkan anak anda atau pelajar yang ada dalam kelas akan ingat peristiwa ini sampai bila-bila dan akan beri kesan yang buruk.

Namun, apa yang saya harapkan adalah jika benar guru tersebut ada buat salah, buatlah aduan dan nyatakan kejadian beserta bukti, selesai cara baik.

Jika ibubapa p**a yang bersikap begini, anda perlulah sentiasa fikir adakah ini jalan terbaik yang anda buat, dan jika sudah terlanjur buat salah, mohon maaflah. Ilmu yabg diberikan pada anak anda adalah satu keberkatan hasil dari didikan seorang guru, risau anak hilang berkat dan tak pandai sampai bila-bila. Ingatlah, duit banyak bukan boleh jadi asbab anak pandai, namun keberkatan dan doa dari guru itu sendiri.

Memang tak dinafikan ada guru-guru yang garang, namun garang bukan kerana mereka benci, tapi mereka tegas dalam mendidik, menghukum bukan membenci tapi hukum agar tidak berulang kesilapan yang sama.

Saya juga cukup bimbang, jika di dunia sudah banyak kita buat kejahatan, berapa lama p**a masa esok, Allah nak tayang semua dosa kita dekat akhirat di hadapan semua manusia..

Moga kejadian ini, menjadi iktibar dan buat kita muhasabah serta sentiasa berfikir sebelum bertindak. InsyaAllah.

Sidiq Addin
Pakar Motivasi Pelajar

Jemput Singgah Ruangan Telegram saya.

https://t.me/sidiqaddin

Untuk Renungan Bersama.
26/02/2020

Untuk Renungan Bersama.


05/07/2019

AKHLAK secara terminologi bererti tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik.

Kepada semua kaunselor di Malaysia, jemput singgah dan  boleh follow saya ruangan Channel Sidiq Ad'Din secara PERCUMA.🌈 ...
13/05/2019

Kepada semua kaunselor di Malaysia, jemput singgah dan boleh follow saya ruangan Channel Sidiq Ad'Din secara PERCUMA.🌈

InsyaAllah, ada perkongsian di sana dan juga maklumat program yang cgu boleh dapatkan.

Klik 👉https://t.me/sidiqaddin

Bagi sebarang jemputan : hubungi saya di talian 011 2547 3484.

Terima Kasih.

Dapatkan Tips,Motivasi, Nasihat & info program Untuk Pelajar Terbaik Di sini.Whatsapp 011 2547 3484 untuk Tempahan Program.

Jomm Dapatkannn🤗
10/05/2019

Jomm Dapatkannn🤗

Bismillah, syukur Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan juga keluar Buku pertama saya. Sudah banyak kali fikir sebenarnya nak pos ke tidak lagi disebabkan beberapa perkara lagi belum selesai.

Akhirnya, siaplah juga hasil saya yang pertama, berperah otak menulis menjadikan ia sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar dan juga sesiapa sahaja yang bergelar sebagai seorang pelajar.

Buku ini memang berunsur motivasi yang berkaitan dengan belajar, kehidupan, keluarga, percintaan yang di mana soalannya sering ditanya kepada saya. Buku ni santai sahaja dan InsyaAllah pasti sampai pada pembaca.

Tajuk buku itu sendiri ada kaitan dengan prinsip sebagai seorang pelajar di mana, dia mahu dia ambil dan dia dapat.

Banyak permasalahan yang saya kumpulkan dan saya kongsikan jawapan dalam buku ini juga. Belum lagi buku ini lahir, sudah pun ramai yang menempah dan mahukannya.

Terima kasih pada mereka yang bantu saya menyiapkan buku ini dari segi designya dan cetaknya. Moga buku ini memberi banyak manfaatnya kepada mereka yang membaca.

Buku ini sesuai untuk bacaan para pelajar, juga pada ibubapa yang mahu hadiahkan buat anak mereka, dan sesiapa sahaja yang mahukannya.

Doakan saya ya Tuan Puan 🤗

Jika anda mahukan buku ini, boleh dapatkannya dengan Harga RM25.00 sahaja.

Boleh klik whatsapp di bawah 👇
http://www.wasap.my/601125473484/tempahbukudeen



10/05/2019

Bismillah, syukur Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan juga keluar Buku pertama saya. Sudah banyak kali fikir sebenarnya nak pos ke tidak lagi disebabkan beberapa perkara lagi belum selesai.

Akhirnya, siaplah juga hasil saya yang pertama, berperah otak menulis menjadikan ia sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar dan juga sesiapa sahaja yang bergelar sebagai seorang pelajar.

Buku ini memang berunsur motivasi yang berkaitan dengan belajar, kehidupan, keluarga, percintaan yang di mana soalannya sering ditanya kepada saya. Buku ni santai sahaja dan InsyaAllah pasti sampai pada pembaca.

Tajuk buku itu sendiri ada kaitan dengan prinsip sebagai seorang pelajar di mana, dia mahu dia ambil dan dia dapat.

Banyak permasalahan yang saya kumpulkan dan saya kongsikan jawapan dalam buku ini juga. Belum lagi buku ini lahir, sudah pun ramai yang menempah dan mahukannya.

Terima kasih pada mereka yang bantu saya menyiapkan buku ini dari segi designya dan cetaknya. Moga buku ini memberi banyak manfaatnya kepada mereka yang membaca.

Buku ini sesuai untuk bacaan para pelajar, juga pada ibubapa yang mahu hadiahkan buat anak mereka, dan sesiapa sahaja yang mahukannya.

Doakan saya ya Tuan Puan 🤗

Jika anda mahukan buku ini, boleh dapatkannya dengan Harga RM25.00 sahaja.

Boleh klik whatsapp di bawah 👇
http://www.wasap.my/601125473484/tempahbukudeen



29/04/2019

ADA satu kisah, seorang anak ni umurnya lingkungan dalam 12 ke 13 tahun. Bijak budaknya.. Periksa selalu cemerlang, tapi hari-hari mukanya tak ceria.. Kadang-kadang nangis lagi-lagi lepas waktu solat.

25/03/2019
07/03/2019

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang disyariatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36 yang bermaksud, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah Taala ialah 12 bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan lang...

7 JANUARY 2019| AKADEMI ISLAM AS SUFFAH.Alhamdulillah, Syukur dijemput kali ke 2  ke sini bagi bersama pelajar-pelajar d...
07/01/2019

7 JANUARY 2019| AKADEMI ISLAM AS SUFFAH.

Alhamdulillah, Syukur dijemput kali ke 2 ke sini bagi bersama pelajar-pelajar di sini. Tersenyum mereka saat saya sampai.. Ada yang kata, ustaz lama tak jumpa ustaz... Ingat tak dapat jumpa dah.. Allahu, sebak dengar.. Mereka rindu majlis ilmu sebenarnya..

Terima Kasih semua sebab sudi jemput saya, beri layanan yang sangat baik. Seronok bersama penghafaz Quran semua. Hebat-hebat semuanya.

Terima kasih pihak AAkademi Islam As Suffah Ust SSobri Nadzarijuga. Semoga ada rezeki kita bertemu lagi, moga plan ustaz dan staff berjalan lancar.

Sebak juga rasa tadi, pelajar-pelajar tak bagi balik dan mahukan lagi. Allahu.. Mereka adalah org yang dahagakan Ilmu.

InsyaAllah, ada rezeki jumpa lagi ya. :)

Ibubapa yang nak cari pusat Tahfiz yang bagus dan ada Akademik juga, saya sarankan untuk daftarkan anak dan hantar mereka untuk belajar di Akademi Islam As Suffah ini.

Bagi Jemputan ke Sekolah, IPT/S dan mana-mana organisasi,boleh hubungi saya di Talian 011 2547 3484.







Address

Kuantan
26100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

01125473484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mukmin Generation Training & Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mukmin Generation Training & Consultancy:

Share