Mahligai Ilmu

Mahligai Ilmu Mencari Keredhaan Hakiki

KEBIMBANGAN YANG SIA-SIASeringkali selepas solat, terdetik di hati ini dan menjadi persoalan...Solat aku diterimakah?Bet...
06/02/2021

KEBIMBANGAN YANG SIA-SIA

Seringkali selepas solat, terdetik di hati ini dan menjadi persoalan...

Solat aku diterimakah?
Betulkah cara aku solat ni?
Sempurnakah ayat dalam bacaan aku?

Perkara ni adalah normal. Kerana setiap manusia akan mengalami rasa dan pemikiran yang begini.

Bertenang para kaum Nabi Adam. Kita dilahirkan didunia ini adalah sebagai khalifah Allah SWT .

Jadi, kita mestilah melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala perkara yang terlarang dan mungkar.

Oleh itu, untuk dapatkan solat yang sempurna kita mestilah berusaha perbetulkan cara solat kita dengan sempurna untuk mengejar syurga yang kekal kelak.

Jika kita sebagai ibu bapa tidak solat secara sempurna. Pernah tak terfikir macam mana p**a nasib anak kita p**a?

Perkara yang terbesar yang perlu difikirkan..

Macam mana cara untuk aku ajar anakku solat dengan sempurna kelak?

Kerana setelah kita meninggalkan dunia selamanya, doa dari anak yg soleh dan solehah yang akan menyelamatkan kita disana kelak.

Jadi, macam mana untuk kita berusaha mendapatkan solat dengan sempurna?

Balas "NAK TAHU" sekarang untuk saya bantu anda keluar dari zon bahaya

Yang Ikhlas,
Sapinah
Pakar Anak Solat Sempurna

KITA JAGA KITASejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan me...
06/02/2021

KITA JAGA KITA

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pertengahan bulan Disember 2019 lalu, wabak ini seakan berterusan membelenggu penduduk dunia.

Kesan dari wabak menyebabkan majoriti pejabat, perniagaan dan organisasi di seluruh dunia terjejas dan ditutup demi memutuskan rangkaian wabak.

Di Malaysia, baru-baru ini kerajaan mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek peratusan kes kian meningkat di seluruh negeri kecuali Sarawak.

Sedikit sebanyak menimbulkan perasaan resah dan gusar di hati rakyat, memikirkan kerja yang secara fizikal perlu ditangguhkan lagi.

Susulan itu, masyarakat dididik dengan pengamalan norma baharu bagi menghalang penularan wabak ini.

Langkah-langkah pencegahan dan SOP yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang wajib dipatuhi.

Namun begitu umat Islam disaran untuk berikhtiar melalui doa dan amalan harian seperti zikir.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai orang - orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang bersabar.”

Oleh itu, ini antara doa yang disarankan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Perlu dipandang dari sudut positif, 1001 hikmah PKP, antaranya kita dapat meluangkan masa dan berkumpul bersama anak-anak.

SEMOGA BERMANFAAT & SELAMAT BERAMAL

Ikhlas,
HANNA

JAGA KESIHATAN SEMUDAH ABCSabda Rasulullah bermaksud:“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila k...
02/02/2021

JAGA KESIHATAN SEMUDAH ABC
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Hadis diatas jelas menunjukkan yang Islam menegaskan untuk sentiasa menjaga pola pemakanan & kesihatan. Makan cuma makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan.
Satu cara menjaga kesihatan menurut Rasulullah adalah dengan berhenti makan sebelum kenyang. Ia dapat mencegah berbagai masalah pencernaan.
Rasulullah memberi contoh yang baik mengenai bagaimana porsi makanan yang baik untuk dikonsumsi. Umat Islam disarankan mengatur porsi makan elok-elok baik makan & minum.
Hindari makanan haram juga akan menjadikan kita kesihatan terjaga. Makanan haram dapat menimbulkan berbagai kerugian bagi tubuh. Contoh makanan haram adalah bangkai.
Berpuasa dapat jadikan tubuh badan kita sentiasa sihat & kuat. Banyak faedah yang kita akan dapat dengan berpuasa. Ia juga dapat melatih kita untuk lebih sabar.
Dan akhirnya, sebagai umat islam tentu wajib untuk mengikuti berbagai sunnah. Jadikan Rasulullah sebagai idola kerana baginda sangat detail dalam penjagaan kesihatan,
Semoga dengan tip yang di kongsikan dapat kita sama-sama hidup sihat sepanjang hayat.
AMIN

PEMANGKIN KEJAYAAN ANAK SEBENAR“Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak...
01/02/2021

PEMANGKIN KEJAYAAN ANAK SEBENAR

“Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu”

Pelukan setiap hari dengan anak sangat bermakna dan penting ianya terbukti boleh membuat IQ dan EQ anak lebih kuat dan positif. Mereka lebih rasa disayangi dan dihargai.

Puji anak membuatkan anak kita rasa dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu, kita juga s**akan pujian apatah lagi anak. Pujian berbentuk pelukan, kata-kata semangat, dan lain-lain.

Kesabaran dan dugaan menjaga anak hinggalah mereka besar dewesa. Jangan sesekali kita mengeluh dan sebaiknya berdoa memohon kesabaran dalam membesarkan anak-anak.

Bijak buat pilihan, jika ada masalah di tempat kerja dan keluarga, pilihlah untuk selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Keluarga berhak berada dalam pilihan nombor satu kita.

Tunjukkan contoh terbaik, jika kita amat beremosi dan panik dalam menghadapi masalah, anak mudah meniru ibubapa. Setiap tindakan kita menjadi model pada anak.

Dengar cerita anak, anak memang s**a bercerita dan belajarlah menjadi pendengar yg setia. Banyak yg boleh diselitkan seperti nasihat, serta mengajar anak bertutur dengan baik.

Kesimp**annya adalah, jangan sesekali abaikan kerana anak akan kecewa dan mudah mencari tempat mengadu selain ibubapa.

Selesaikan semua masalah anak, In shaa Allah kerja kita buat akan lebih bersemangat dan komited.

Semoga bermanfaat dan kita semua jadi ibubapa yang HEBAT. 🥰

Address

Indera Mahkota
Kuantan
25200

Telephone

+60139667960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahligai Ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share