Roadtax/Insurans Murah & Cepat

Roadtax/Insurans Murah & Cepat Perbaharui insurance dan cukai jalan anda disini! Mudah dan Cepat �

Alhamdulillah siap job tukar nama kenderaan bergerak harini🤲🏻Semoga dipermudahkan segala urusan cust sy hariniTq percaya...
10/12/2023

Alhamdulillah siap job tukar nama kenderaan bergerak harini🤲🏻
Semoga dipermudahkan segala urusan cust sy harini
Tq percayakan khidmat kami🙏🏻






Salam Nuzul Al-Quran 1444H✨
07/04/2023

Salam Nuzul Al-Quran 1444H✨

AUTOLIFE INSURANCE / TAKAFUL. PENTING KE TIDAK?Setiap kali anda membeli kereta baru dan pinjaman kenderaan sudah dilulus...
13/01/2022

AUTOLIFE INSURANCE / TAKAFUL. PENTING KE TIDAK?

Setiap kali anda membeli kereta baru dan pinjaman kenderaan sudah diluluskan, ketika menandatangai perjanjian jual beli pihak bank biasanya akan menawarkan takaful atau insurance kepada pembeli yang dinamakan sebagai autolife insurance

OK, insurance atau takaful autolife akan memberi perlindungan kepada pembeli sekiranya pembeli meninggal dunia, jatuh sakit atau hilang keupayaan untuk bekerja dan membayar semula pinjaman kenderaan. Sekiranya pembeli mengalami situasi di atas seperti yang termaktub dalam polisi, maka kenderaan tersebut akan dilindungi oleh takaful

Kenderaan yang dilindungi oleh takaful atau insurance tadi akan diserahkan kepada pemilik (dalam kes pemilik mengalami sakit kronik dan gagal mencari nafkah) atau diserahkan kepada waris (dalam kes pemilik meninggal dunia) secara percuma oleh pihak insurance.

Pihak bank tidak akan menuntut kenderaan tersebut dan ia akan dibayar oleh pihak insurance atau takaful. OK sebagai nota tambahan, instrument takaful merujuk kepasa insuran yang mematuhi garis panduan syariah manakala insuran biasa adalah insuran konvensional



Untuk makluman mangsa banjir seluruh negara yang kereta mereka rosak akibat banjir. Baca sepenuhnya. Kereta jangan di cu...
22/12/2021

Untuk makluman mangsa banjir seluruh negara yang kereta mereka rosak akibat banjir. Baca sepenuhnya. Kereta jangan di cuci dulu. Ambil Photo atau video dalam keadaan sedia ada- Zmy.

*PROSES CLAIM KERETA BANJIR*

1. Ambik gambar kereta yang terlibat. Untuk bukti.

2. Call hotline general insurans atau takaful

3. Syarikat Insuran/Takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta

4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaikpulih oleh panel syarikat insuran/takaful

Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, memang kena repair sendirilah.

So, jika ada *Special Perils(flood)*, boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.

Bawah ni compilation hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.

1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin : 03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788
15.AIA -??? [email protected] focus general

Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.

Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful.

Apa-apa pun, pastikan ada Special Perils(flood) dlm existing cover note insurans / takaful, baru boleh claim.

MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover perils, in...
20/12/2021

MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?

Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover perils, ini langkah anda kena buat 👇🏻👇🏻👇🏻

1. Jangan start enjin.

2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.

3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.

4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana2 workshop panel insurans untuk membuat claims.

Kalau renew dengan ejen, boleh call ejen terus ya.

Semoga banjir cepat surut dan hujan berhenti segera.

“Wahai bumi! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan!) berhentilah.”

Semoga Bermanfaat 🤲🏻💜

Sebenarnya masih ramai lagi pemilik-pemilik kenderaan tidak tahu ada Perlidungan Peril Khas untuk melindungi kenderaan k...
19/12/2021

Sebenarnya masih ramai lagi pemilik-pemilik kenderaan tidak tahu ada Perlidungan Peril Khas untuk melindungi kenderaan korang yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

“TUAN, KALAU KERETA ROSAK AKIBAT DIHEMPAP POKOK MASA RIBUT ATAU BANJIR, BOLEH CLAIM INSURANS TAK?”

Sebenarnya boleh, dengan syarat korang maklumkan kepada pihak insurans untuk buat tambahan SPECIAL PERILS COVER dalam insurans kenderaan korang.

Apakah Special Perils Cover?

Perlidungan tambahan untuk kerosakan melibatkan ribut, banjir, tanah runtuh, mendap, gempa bumi dan juga bencana alam yang lain (bergantung pada syarikat insurans yang anda pilih).

Berapakah Caj Insurans Tambahan Ini?

ANGGARAN pengiraan Special Perils ini adalah 0.5% daripada nilai kereta. Contohnya, kalau cover nilai kereta RM10k, harga tambahan bagi Special Perils adalah seperti berikut:

RM10,000 x 0.5% = RM50
Tambah sekali dengan caj SST, jumlah RM53 sahaja perlu ditambah.

Tidaklah semahal manapun sebenarnya jika dibandingkan dengan kerosakan seperti dalam gambar-gambar ni, betul tak? Apatah lagi sekarang musim ribut petir hampir seluruh negara. Bertindaklah dengan bijak.

Alhamdulilah kawan2 passing job thumbprint..boleh kayuh slow2 job hari minggu . Tukar nama bergerak MyegAda yg jual moto...
17/08/2021

Alhamdulilah kawan2 passing job thumbprint..boleh kayuh slow2 job hari minggu . Tukar nama bergerak Myeg

Ada yg jual motor sbb blh pakai duit..
Ada yg beli motor utk kegunaan kerja..
Ada yg jual sbb dh mmg x guna lagi..

Keadaan PKP kesan nya semua orang merasa cuma diuji dgn cara berlainan.

Semoga yg sakit cepat sembuh,yg sihat tetap jaga SOP

http://www.wasap.my/60148029503/MyegBergerak




Kepada pelanggan Allianz Insuran. Anda automatik akan dapat perlindungan percuma Covid-19 ini secara percuma ye.YE PERCU...
23/05/2021

Kepada pelanggan Allianz Insuran. Anda automatik akan dapat perlindungan percuma Covid-19 ini secara percuma ye.YE PERCUMA.. Hanya berikan no telifon dan email.KITA MASIH BELUM MENANG. KENAIKKAN KES MENDADAK SETIAP HARI

29/04/2021
K1 murah. Interchange buang no lama masuk no baru. Roger2
22/04/2021

K1 murah. Interchange buang no lama masuk no baru. Roger2

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan p**a tuduh orang lain tidak solat.Jika kita sudah dapat istiqoma...
17/04/2021

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan p**a tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan p**a menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan p**ang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci.

Begitulah.

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

- The Tazkirah Iman -

Address

Kuantan
25100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roadtax/Insurans Murah & Cepat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share