Onlinevengers Lubuk Jutawan Terkini

Onlinevengers Lubuk Jutawan Terkini Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Onlinevengers Lubuk Jutawan Terkini, Business service, no 205, Kuantan.

25 hb/26 hb.. Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:- Bil air RN30.00.- Duit rumah RM700....
11/05/2015

25 hb/26 hb.. Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut p**ak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju s**an yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung p**a mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, p**anglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak p**a nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus p**ang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak p**ang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya p**ak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Realiti MELAYU MALAYSIA HARI INI

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN...-> Jika ada yang pasarannya seluruh dunia mengapa pilih yang terhad dalam negara sahaja ?-> J...
21/04/2015

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN...

-> Jika ada yang pasarannya seluruh dunia mengapa pilih yang terhad dalam negara sahaja ?
-> Jika ada peluang menjadi yang terawal (dari kawan-kawan) … mengapa tangguhkan hingga terlambat…!
-> Jika anda seorang POSITIF … mengapa anda sia-siakan LUBUK DUIT ANDA yang seterusnya ini ?
-> Jika anda betul-betul nak buat DUIT … Mari sertai sekarang … mengapa perlu tunggu lagi !!!

17/04/2015

.. MOTIVASI DIRI..
=======================
KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..
TAPII..X SABARR...KAYA KAN DIRI SENDIRIII..
=>Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
=>Baru sebulan berniaga dah harap dapat p**angan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
=>Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
=>Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. ..Kita boleh sabar!
Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
=>Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!
=>Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!
=>Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
=>Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak s**a. Boss p**ak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!.Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3..
=>Rumah kita macam tu jugak..
=>Kenderaan...dahh naik panauuu
=>Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
=>Hidup seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita boleh sabar!
=>Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah... Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?
:D PERSOALAN NYA...
=>Apakah impian anda?
=>Apakah matlamat anda?
=>Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
=>Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?...............
Buatlah BISNES dgn hati yg ikhlas kerana TUHAN..
√ Niat nak tolong org..
√ Nak meningkatkan
pendapatan..
√ Nak jadi jutawan dunia
akhirat..
Setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak berbakti dan berjihad di jalan Tuhan Masing2.
Call/Whatsapp/Wechat/PM : 011-12173593(Wawa)

17/04/2015

Keraguan adalah pembunuh kejayaan ramai orang.
Cadangan saya, mula berniaga sekarang kerana ini mungkin pertama kali dalam hidup anda ia berjaya merubah hidup dan kewangan anda dalam masa yang singkat.
100% berniaga!
Jujur saya katakan, samada anda tidak mula atau tidak ia tidak ada perbezaan kepada saya dan hidup keluarga saya, tetapi saya percaya ianya bakal membawa perubahan besar dalam hidup anda.

17/04/2015
16/02/2015

Renungan...

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........ Sahabat2ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
karena syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
karena syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak s**a dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Tiada orang yang mahu rugi. Tetapi semua orang perlu hadapi rugi. Lebih penting apabila kita belajar daripada setiap ker...
04/12/2014

Tiada orang yang mahu rugi. Tetapi semua orang perlu hadapi rugi. Lebih penting apabila kita belajar daripada setiap kerugian.

Tiada orang yang mahu gagal. Tetapi semua orang perlu hadapi gagal. Lebih penting apabila kita terus belajar daripada setiap episod kegagalan.

Orang berjaya terus berjaya apabila berani menghadapi kenyataan, kerugian dan kegagalan. Itu ibarat ujian yang wajib diduduki untuk naik ke setiap tangga kejayaan.

Layang-layang yang tidak ditarik sekali sekala tidak akan terbang meninggi. Semakin ditarik semakin tinggi ia menjulang.

Bola yang dihempas perlahan ke lantai tidak akan melantun tinggi. Semakin kuat dihempas semakin tinggi ia menjulang.

Begitu jua dengan kita, semakin diuji semakin berani. Semakin gagal semakin cekal. Semakin rugi semakin mahu lagi.

Bulatkan tekad, teruskan usaha dan jangan pernah berputus asa.

--------------------

Mana mungkin tanamnya padi tumbuhnya lalang.

Tips : Terus semangat dan Terus buat.Bagaimana ? Begini, semak akaun bank kita setiap pagi sebelum keluar rumah dan seti...
04/12/2014

Tips : Terus semangat dan Terus buat.

Bagaimana ?
Begini, semak akaun bank kita setiap pagi sebelum keluar rumah dan setiap malam sebelum tidur.

Kemudian apa ?
Tanya diri sendiri, cukup kah berapa yang ada tu ?

Kemudian lagi ?
Tengok semula Buku Nota Matlamat yang mahu kita capai.

Kemudian ? Pm saya utk usrah B.A.N.G.K.I.T berniaga bersama ..

Address

No 205
Kuantan
25990

Telephone

+601112173593

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Onlinevengers Lubuk Jutawan Terkini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share