Pahang Gold

Call Directions Website Contact the business

Pahang Gold Gold Products Manufacturer

Selamat Hari Malaysia 2026.Semangat perpaduan menyatukan kita dalam membina Malaysia yang makmur, progresif dan sejahter...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026.

Semangat perpaduan menyatukan kita dalam membina Malaysia yang makmur, progresif dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia daripada Pahang Gold.
Aspirasi Merakyatkan Industri Emas.

04/09/2026

20 Gram. Impak untuk peningkatan nilai simpanan aset emas.

Dihasilkan daripada 20 gram emas tulen Au 999.9, Syiling Emas 20g Core Collection Pahang Gold adalah pilihan untuk pemilikan emas fizikal bagi membina simpanan dan portfolio emas dengan nilai yang lebih signifikan.

Miliki hari ini sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan jangka panjang, penyimpanan nilai, aset dan warisan untuk generasi seterusnya.

Dapatkan sekarang di https://www.pahanggold.com/all-products/20g-gold-coin-core-collection.html
Aspirasi Merakyatkan Industri Emas daripada Pahang Gold.

EmasFizikal SimpananEmas Emas9999

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.Kemerdekaan adalah warisan yang dibina atas keberanian, pengorbanan dan semangat kebersama...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.

Kemerdekaan adalah warisan yang dibina atas keberanian, pengorbanan dan semangat kebersamaan.
Bersama-sama, kita terus memelihara perpaduan, memperkukuh keyakinan dan membina negara yang lebih makmur untuk diwariskan kepada generasi masa hadapan.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam satu tekad dan satu aspirasi demi Malaysia tercinta.

Ikhlas daripada Pahang Gold.

PahangDarulMakmur

28/08/2026

Mulakan konsistensi simpanan emas fizikal 1 gram.

Langkah pertama dengan pemilikan wafer emas 1 gram Au 999.9 Core Collection Pahang Gold, ideal untuk pemantapan aset diawal kerjaya dan penigkatan nilai jangka panjang.

Dapatkan sekarang di https://www.pahanggold.com/all-products/1g-gold-wafer-core-collection.html

Aspirasi Merakyatkan Industri Emas daripada Pahang Gold.

1GramEmas GenerasiMuda

Salam Maulidur Rasul SAW 1448/2026.Bersama menyuburkan rasa cinta kepada Baginda dengan menghayati sirah, meneladani akh...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul SAW 1448/2026.

Bersama menyuburkan rasa cinta kepada Baginda dengan menghayati sirah, meneladani akhlak serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan sesebuah ummah terbina melalui iman yang teguh, akhlak yang mulia, ilmu yang bermanfaat, kasih sayang, keadilan dan ukhuwah.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dilafazkan dengan selawat dan pujian serta dizahirkan melalui akhlak, amanah, ihsan serta amalan yang mencerminkan sunnah Baginda.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Ikhlas daripada Pahang Gold.

16/08/2026

1 Dinar. Satu nilai, pelbagai makna.

Dihasilkan daripada 4.25 gram emas tulen Au 999.9, 1 Dinar Pahang Gold, pemilikan emas fizikal yang menggabungkan nilai simpanan, pelaburan dan warisan dalam satu produk.

Miliki sekarang untuk nilai masa hadapan. Wariskan nilainya kepada generasi seterusnya.

https://www.pahanggold.com/all-products/1-gold-dinar-core-collection.html

Aspirasi Merakyatkan Industri Emas daripada Pahang Gold.

SimpananEmas Emas9999

Satu dalam seribu.Bentuk yang sama, saiz yang sama, berdiri dalam barisan yang sama.Tetapi hanya satu yang menarik perha...
05/08/2026

Satu dalam seribu.

Bentuk yang sama, saiz yang sama, berdiri dalam barisan yang sama.

Tetapi hanya satu yang menarik perhatian anda.

Begitulah kami memilih untuk berdiri. Bukan mengikut arus, bukan sekadar menjadi satu lagi nama dalam barisan.

Pahang Gold. Kami berbeza daripada yang lain.

Warisan. Amanah. Selamat.

04/08/2026

Emas putih. Emas merah jambu. Emas hijau. Emas ungu. Emas biru.

Lima warna. Satu logam.

Jadi yang mana satu emas sebenar?

Jawapannya bukan pada warna — tetapi pada apa logam yang dicampur ke dalamnya.

Emas tulen? Ia tidak pernah berubah warna.

Kuning. Sentiasa kuning.

▶️ Tonton video penuh untuk faham mengapa angka 916, 750 dan 999.9 lebih penting daripada warna barang kemas anda.

🔗 pahanggold.com
Warisan. Amanah. Selamat.

DAULAT TUANKUSempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahan...
31/07/2026

DAULAT TUANKU

Sempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya.

Merafakkan sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan dilimpahi rahmat serta hidayah-Nya dengan penuh kedaulatan, memayungi Negeri Pahang Darul Makmur serta seluruh rakyat dengan kebijaksanaan, kemakmuran dan keberkatan.
Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada Pahang Gold.

17/07/2026

Tahukah anda terdapat dua jenis emas di bumi Pahang?

Emas urat terbentuk jauh di dalam batuan, manakala emas aluvium ditemui di dasar sungai hasil hakisan semula jadi yang berlaku selama berjuta-juta tahun.

Tonton video ini dan ketahui bagaimana alam membentuk warisan emas Negeri Pahang serta kisah di sebalik nama Raub, yang sinonim dengan aktiviti mendulang emas sejak dahulu.

Pahang Gold,

Warisan. Amanah.Terjamin.

Address

Pahang Gold Sdn Bhd, B-8026, Ground Floor, Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek
Kuantan
25250

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00

Telephone

+60128554993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahang Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pahang Gold:

Shortcuts

Share