16/11/2018
PADA USER IPHONE TOLONG BACAA !!
Jika malas membaca,abaikan.
Kat penulisan ni sy terangkan kenapa iphone boleh jadi stuck di logo Apple
1) Masalah Bateri.
-Bateri Cepat habis/Drain
-Battery status tidak konsisten
(Kejap 10% kejap 15%)
-iP tiba-tiba mati walaupun masih ada Battery.
-Panas luar Biasa.
-Jika iP mati secara tiba-tiba , untuk hidupkan semula anda perlu cas atau tekan tombol ON/OFF untuk hidupkan kembali.
2) Selepas anda mengalami masalah pertama Diatas. Hp anda akan mengalami satu masalah untuk hidup balik bila battery dah habis , indicator charging keluar tapi mengambil masa yang lama untuk hp kembali boot up/tidak seperti biasa.Selepas itu fasa seterusnya jika battery tidak lagi boleh menyimpan cas , hp anda akan keluarkan logo apple dan mati berulang kali semasa hp dicas dan jika dicabut charger hp mati . ini bermakna , hp anda sudah tidak lagi dapat detect battery walaupun battery terpasang.Jika sampai ditahap ini , terus pergi tukar battery , Jangan lagi gatal gatal nak cas ingat boleh Hidup lah mcm miracle . Nak tahu kenapa kena berhenti cas bila hp dah start stuck logo?
Motherboard akan terkena dampaknya.
1) Memory/NAND akan terkena dampak bad block .
2) Shorting .
3) Charging ic
Dan lain lain.
Sebab tu kalau dah masuk fasa stuck logo ni , kami technician boleh cakap masalah motherboard lepas tukar battery tp still stuck logo , “Mesti Software kan bang?” , iye betul , kita akan run Software Kalau stuck logo , if if if itune dapat Clean flash is ok , kalau Ada error kat itunes?
Confirm lah motherboard korang dah problem,jadi faham kan dari asal battery boleh rosak motherboard? , Kami tak tipu/Kencing korang pun , “Eh , bang asal battery je tp kenapa boleh cakap motherboard pulak” ini ayat fevret kami technician kampung dgr
Kami tak tipu pun korang , kalau tipu tak halal pun duit tipu tu. Tak berkat ok.kami tahu halal haram dalam perniagaan . Jadi ubah persepsi tu kat kami ni orang melayu .
Siapa yang rajin membaca tahniah .
Post ni tak mention sesiapa .
Sekadar kongsi , nak share silakanlah .
Assalamualaikum