2u sihat

2u sihat السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Untuk sebarang keraguan atau pertanyaan hubungi kami di talian

017-9318842

atau melalui email

[email protected]

02/02/2021
01/09/2017

Viral satu mesej berkenaan makanan ataupun penyebab-penyebab kanser.

Disini kami ingin menerangkan satu-satu berkenaan perkara tersebut. Adakah makanan fast food food seperti nugget, sosej, bebola ikan/daging, french fries, burger dan lain-lain boleh menyebabkan kanser.

Jawapannya ya, ia boleh meningkatkan risiko utk terkena kanser terutamanya pengambilan daging yang diproses

1) Daging proses meningkatkan risiko kanser

22 pakar daripada 10 negara telah menganalisis lebih daripada 800 kajian untuk sampai kepada satu kesimp**an. Mereka mendapati pengambilan 50gram daging yang diproses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%. Iaitu sama seperti 1 ketul 'hotdog'. Untuk daging merah p**a seperti daging lembu, ia mempunyai kebarangkalian untuk meningkatkan risiko terkena kanser usus, pancreas dan juga prostate.

Proses yang terlibat dalam penghasilan daging proses adalah penambahan garam, pengawetan, penapaian dan juga pengasapan(smoking)

Bukanlah bermaksud anda makan daging terproses hari ini terus anda mendapat kanser hari ini. Tetapi pengambilan daging terproses dalam waktu yang lama meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser tersebut.

2) Bagaimana dengan french fries. Adakah ia boleh menyebabkan kanser?

French fries pun sama. Ia dikatakn kemungkinan boleh menyebabkan kanser jika diambil selalu.

Ini disebabkan kehadiran satu kompaun iaitu acrylamide yang boleh menyebabkan kanser.

Pengkaji telah menemukan kompoun ini di dalam beberapa jenis makanan yang dimasak pada suhu melebihi 120 darjah celcius(sebagai contoh menggoreng). Kentang yang digoreng mempunyai tahap acrylamide yang tinggi berbanding daripada makanan lain. WHO menyatakan bahawa acrylamide di dalam makanan merupakan satu kerisaun yang besar dan kajian yg lebih terperinci diperlukan untuk melihat kpd risiko tersebut.

Bagaimana Acrylamide terhasil?

Asparagine merupakan asid amino(unit asas bagi pembentukan protein) yang terdapat dalam banyak sayur-sayuran. Kandungannya lebih banyak dalam beberapa jenis kentang. Apabila di masak pada suhu yang tinggi iaitu melebihih 120 darjah celcius, gula dan aspargine akan bertindak balas dan menghasilkan kompaun acrylamide.

Proses masakan seperti menggoreng(deep fry), memanggang dan menggunakan oven merupakan salah satu penyebab terhasilnya kompaun acrylamide

Kesimp**an:
Makanan-makanan tersebut mempunyai risiko untuk menyebabkan kanser. Bukanlah bermaksud anda diharamkan langsung untuk memakannya. Tetapi perlulah diambil pada kuantiti yang sangat rendah dan jarang diambil.

Dan pengambilannya pada hari ini tidak terus menyebabkan kanser. Tetapi cara permakanan yang kronik seperti ini akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser dimasa hadapan

Nanti kita sambung yang lain

Sumber:
1)https://www.cancer.org/latest-news/world-health-organization-says-processed-meat-causes-cancer.html
2)https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/acrylamide-fact-sheet

30/07/2017
26/05/2017

Usah alpa dengan ujian sihat, sebelum ujian sakit datang menyapa.

25/09/2016

Peringatan kpd diri yg lupa.

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.

Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput,

"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga kamu begitu membenci saya?

Siput menjawab,

"Kalian kaum katak mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,

Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih"

Katak menjawab,

"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)"

Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang...

Siput terharu...
Akhirnya baru sedar...
→ ternyata cengkerang yang dimilikinya bukan merupakan suatu beban..
→ tetapi adalah kelebihannya..

😄 Nikmatilah kehidupanmu 😄
[ Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain ]

→ IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan ←

→ rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan p**a saat kita di rumah mewah & pergi berkereta

# rezeki sebenarnya adalah → jiwa dan hati yang tenang 💖
# Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal

"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita ber-SYUKUR..
→ Tetapi ber-SYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia 😄

18/09/2016
Tips memilih telur ayam..Telur bahan paling penting semasa memasak..Xde telur maka gundah gulana la hidup..
02/08/2016

Tips memilih telur ayam..

Telur bahan paling penting semasa memasak..

Xde telur maka gundah gulana la hidup..

Tip membeli telur, Pilih telur yang bersih dan tidak retak. Ini kerana telur mudah mengalami kerosakan atau busuk, maka ia perlu disimpan dan dimasak dengan sempurna. Telur mempunyai lapisan luar kulit semulajadi yang melindungi liang-liang kulit dari dimasuki bakteria. Sekiranya dibasuh dan disimpan lama, lapisan tersebut akan hilang dan ini menyebabkan bakteria menjangkiti telur tersebut dan boleh menyebabkan pencemaran bagi telur tersebut

Penggantian 1 ketul peha ayam dgn sumber protien lain..Ianya bersamaan dgn.......
29/04/2016

Penggantian 1 ketul peha ayam dgn sumber protien lain..
Ianya bersamaan dgn.......

25/03/2016
04/03/2016

The last scene with the beggar was really touching....a person who have almost nothing still can do great things, it doesn't have to be something big but small things like his honesty makes it super great.

18/02/2016

Address

Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 2u sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share