24/09/2016
Sedikit perkongsian tentang PENTINGNYA!!! PELINDUNGAN PENDAPATAN..
Kebanyakan orang yang saya jumpa, lebih sibuk nak miliki medical kad berbanding life policy. Samada dah beli atau baru nak beli. Hampir kesemua cakap medical tu penting sekarang. Dah jadi benda keperluan, katanya
Habis Takaful Income Replacement tak penting ke?
Tahukah anda - Takde sapa akan ganti-semula gaji anda sepenuhnya setiap bulan. Not even kakitangan awam. Setakat dapat maksima separuh gaji pokok terakhir. Itu pun bergantung kepada bilangan bulan berkhidmat untuk kerajaan.
Sedarlah bahawa bila anda sudah tiada, semua harta simpanan & pelaburan anda akan dibekukan. Tak dapat dimanafaatkan hingga selesai agihan pusaka melalui surat kuasa tadbir. Nak dapat surat kuasa tadbir minima 1-2 tahun!! Sapa nak kasi anak isteri makan hari-hari?
"Alahhh takpe. Buat wasiat nanti settle!"
Tuan puan, ada wasiat pun ambik masa untuk dapat surat kuasa tadbir. Buat wasiat kena bayar. Agih harta pusaka pun kena bayar. Biasa 10% dari harta kena makan dek kos agihan pusaka. Ingat semua tu free?
Ada harta pun belum tentu dapat ganti-semula gaji bulanan yang sama berterusan. Banyak harta untuk diguna sendiri seperti rumah, kereta etc, bukan untuk dilaburkan
Jadi, jangan pandai order je bila beli Takaful
"Nak beli medical kad, kalau boleh ada savings" katanya.
Biar konsultan Takaful semak keperluan anda dulu!
Kami bukan pelayan restoran tukang ambik order. Kami adalah penasihat professional.