13/08/2020
1. Keletihan
Antara faktor utama yang kita alami ketika berat statik ialah keletihan yang melampau. Iaitu mungkin keletihan yang amat dari bekerja seharian, bangun awal, sampai bersenam kuat waktu petang, 5 hari seminggu.
Tu memang tahap letih yang dimaksudkan, yang menyebabkan berat statik berlaku (tapi haruslah, korang sendiri tahu letih korang macam mana jugak).
Jadi untuk elakkan plateau ni adalah jangan memaksa diri: kalau dah seharian penat tu, takpa lah nak skip bersenam. Atau korang kurangkan strength training 4x seminggu k, 3 hari lain workout rilek2 macam jalan dekat taman ka. Gitulah.
2. Kelaparan
Yang ni pun boleh menjadi punca berat korang takat tu ja. Di mana bila korang mula turunkan berat badan, tubuh akan mula react dengan nak korang makan banyak – masa tu lah mengidam nak coklat, nak melantak kepsi, atau green tea ice cream family mart tu.
Ia normal dan biasa ja berlaku. Kuncinya adalah korang pastikan ketika perut memberontak nak makan pun, korang hanya makan makanan yang dibolehkan dalam diet sahaja.
3. Diet kelaut
Faktor ini akan berlaku selalunya selepas korang nampak berat korang menurun, dan korang cepat-cepat makan seperti biasa. Contohnya beriya diet telur rebus dalam 3 hari, berat turun 3 kg, esoknya terus makan nasi kandar melepas geram.
Acano nak kurus gitu 🤪
Itu yang menyebabkan berat badan korang naik turun naik turun takat situ ja. Hati-hati tau, berat yo-yo sebegitu akan melemahkan tubuh dalam jangka panjang.
4. Mengamalkan Rutin Senaman Yang Kurang Tepat
Senaman tu tak salah, hanya silap kita dalam memilih rutin dan jenis senaman agar penurunan berat badan berlaku dengan berkesan.
Komponen utama senaman iaitu kardio dan strength training perlu sekali bersama-sama, kalau tak ia tak akan balance (min personally anggap, result tak cantik lah) jadi perlunya korang pastikan rutin senaman yang korang buat dalam seminggu, ada kedua-dua komponen ini.
Senaman kardio memanjang memang boleh kurus, tapi j***m otot pun hilang sekali dan seperti yang dikongsikan sebelum ini; j***m otot kurang = kadar metabolisme juga berkurang.
Sebenar ada banyak lagi punca tapi ini adalah yg selalu. So check it out & don't stress stress.
Trust the process 😘