18/09/2026
APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation) Workshop 2026.
Alhamdulillah, satu pengalaman dan peluang yang sangat bermakna buat Koperasi Sungei Marong Agro Farm Samarahan Berhad, Kampung Melayu,Kota Samarahan, Sarawak untuk menyertai APEC Workshop on Various Stakeholder Participation in Trade and Market Enhancement di Narita, Jepun.
Program anjuran IDACA (Institute for the Development of Agricultural Cooperation in Asia) bersama Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF), Japan ini membuka ruang untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta belajar bersama peserta dari pelbagai negara.
Terima kasih juga kepada Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada koperasi kami.