02/07/2026
Sekadar perkongsian & legal awareness. Bukan ditujukan kepada mana-mana individu ya. đ
Kadang-kadang kita rasa bila buat LIVE di TikTok, Facebook atau IG, kita cuma tengah "live diri sendiri".
Tapi sebenarnya, apa yang jelas kelihatan atau kedengaran di belakang kita pun boleh jadi sebahagian daripada siaran LIVE tersebut.
Contohnya, kalau di belakang kita sedang dimainkan siaran langsung World Cup, EPL, filem, drama atau rancangan TV, dan penonton kita sebenarnya boleh menonton kandungan tersebut melalui LIVE kita, ia mungkin menimbulkan isu copyright dan juga hak penyiaran.
Ramai yang mungkin tak sedar bahawa stesen penyiar telah membayar berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan hak penyiaran sesuatu acara. Hak untuk kita menonton siaran tersebut tidak semestinya bermaksud kita juga boleh menyiarkannya semula kepada orang ramai melalui akaun media sosial kita.
Setiap kes sudah tentu bergantung kepada fakta. Kalau TV sekadar lalu sekejap di belakang, mungkin isunya berbeza. Tetapi kalau siaran tersebut jelas dipaparkan sepanjang LIVE sehingga orang lain boleh menontonnya melalui akaun kita, itu cerita yang lain.
Perkongsian ini bukan untuk "call out" sesiapa. Kadang-kadang kita sendiri pun mungkin tak sedar perkara sebegini boleh membawa implikasi undang-undang.
Sebab itu, sebagai content creator, selain fikir tentang content yang menarik, elok juga kita ambil tahu sedikit tentang hak cipta dan hak penyiaran.
Apa pendapat anda? Pada pandangan anda, adakah ramai content creator sedar tentang perkara ini?
Hormati harta intelek.
CreateProtectMonetize