13/08/2026
Seni Sebagai Bahasa Emosi
Ada perasaan yang terlalu berat untuk diluahkan dengan kata-kata.
Kadangkala, seseorang tidak tahu bagaimana hendak berkata, “Saya sedang tidak baik”, namun perasaan itu mungkin muncul dalam bentuk warna, garisan, bentuk dan simbol.
Di sinilah seni boleh menjadi satu ruang untuk meluahkan apa yang sukar disebut.
Terapi seni bukan tentang menghasilkan lukisan yang cantik atau menjadi seorang yang berbakat, sebaliknya, proses mencipta itu sendiri boleh menjadi ruang untuk mengenali emosi, memahami diri dan melepaskan tekanan.
Sebuah lukisan mungkin kelihatan sederhana pada mata kita, tetapi di sebaliknya mungkin tersimpan cerita tentang kesedihan, kehilangan, trauma, harapan atau proses untuk bangkit semula.
Sebab itu pameran terapi seni lebih daripada sekadar mempamerkan karya dimana ia sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk melihat bahawa di sebalik setiap karya, ada manusia yang sedang berusaha memahami dan menyembuhkan dirinya.
Mungkin sudah tiba masanya kita melihat seni bukan hanya dengan mata, tetapi juga dengan empati.