16/08/2026
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 🤲
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada pihak penganjur, agensi-agensi yang terlibat, para peserta, sukarelawan, penduduk Kampung Penakup Ulu, para penaja serta seluruh pengunjung yang hadir bagi memeriahkan Regatta N.58 Balingian @ Penakup Ulu, Mukah 2026.
Sokongan, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak telah menjadikan acara ini satu pengalaman yang amat bermakna dan kenangan yang pastinya akan kami hargai.
Ini merupakan julung kalinya kami berada dan turut serta di sini. Dengan penuh rendah hati, pihak kami ingin memohon maaf sekiranya sepanjang penglibatan kami terdapat sebarang kekurangan, kelemahan, kesilapan atau kekhilafan. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina amat kami hargai dan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Sekalung tahniah dan syabas kami ucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang telah diraih. Kepada peserta yang belum berjaya, jangan sesekali berputus asa. Penyertaan, semangat juang dan usaha yang telah ditunjukkan amat kami hargai. Teruskan berlatih, teruskan berjuang dan semoga kita bertemu lagi pada edisi akan datang dengan kejayaan yang lebih membanggakan.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan Regatta N.58 Balingian @ Penakup Ulu, Mukah 2026.❤️🤝
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Insya-Allah. 🤲