11/10/2026
🤝🎉 GERAK KERJA GOTONG-ROYONG & AKTIVITI KEMASYARAKATAN KAMPUNG PINGGAN JAYA 🎉🤝
📅 Tarikh: 11 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Tempat: Dewan Kampung Pinggan Jaya
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KRT Kampung Pinggan Jaya , Persatuan Penduduk Kpg Pinggan , JKKK, Wanita serta seluruh penduduk Kampung Pinggan Jaya yang telah berganding bahu menjayakan persiapan majlis pernikahan dan ijab kabul pasangan:
💍 Nurul Safriani binti Rusnadi ❤️ Hisyamudin bin Jaafar
Selain kerja-kerja gotong-royong dan persiapan majlis perkahwinan, program turut dimeriahkan dengan Pertandingan Mobile Legends dan Karaoke Santai yang menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, mencungkil bakat serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.
👏 Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat atas komitmen, sumbangan tenaga dan kerjasama yang diberikan. Semangat muafakat seperti inilah yang menjadi kekuatan masyarakat Kampung Pinggan Jaya.
Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat kekeluargaan, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan penduduk.
KAMPUNG PINGGAN JAYA — BERSATU, BERGANDING BAHU, MEMBAWA BERKAT! ❤️🤝