Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak

Call Directions Website Contact the business

Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak Bodyguard & Security Training Academy

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepadaYang Berhormat Datuk Amar Haji Moha...
30/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada
Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak pada tanggal 29 September 2026.

Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang berterusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT dalam menerajui pentadbiran Sarawak.

Ikhlas Daripada
Ahli Majlis Tertinggi & Warga PPPS




KENYATAAN MEDIAPERSATUAN PENGAWAL PERIBADI SARAWAK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWA...
29/09/2026

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN PENGAWAL PERIBADI SARAWAK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWAK

KUCHING, 28 September 2026 โ€” Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak (PPPS) telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.

PPPS diwakili oleh Presiden Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak Cr Bolhasan Hj. Putit, bersama Ahli Majlis Tertinggi dan Barisan Jurulatih.

Kunjungan hormat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara PPPS dengan UKPS, khususnya dalam aspek keselamatan, profesionalisme serta pembangunan industri pengawal peribadi di Sarawak.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai kepentingan meningkatkan kompetensi, disiplin, integriti dan tahap profesionalisme pengawal peribadi bagi memastikan perkhidmatan keselamatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap yang tinggi serta mematuhi peraturan dan ketetapan yang berkuat kuasa.

PPPS melihat hubungan dan kerjasama dengan UKPS sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh peranan pengawal peribadi sebagai sebahagian daripada ekosistem keselamatan profesional di Sarawak.

โ€œKeselamatan Diperkasa, Profesionalisme Diutamakan

25/09/2026

Beliau berkata, perkembangan industri keselamatan dan pengawal peribadi hari ini memerlukan bukan sahaja aspek kemahiran dan pengalaman, tetapi juga sistem pengurusan serta verifikasi yang lebih profโ€ฆ

Berikut CONTOH pada data AHLI TERLATIH yang di guna pakai sistem BODYGUARD SARAWAKDibawah adalah Contoh Kad Ahli aktif d...
24/09/2026

Berikut CONTOH pada data AHLI TERLATIH yang di guna pakai sistem BODYGUARD SARAWAK

Dibawah adalah Contoh Kad Ahli aktif dan tidak Aktif๐Ÿ˜€

24/09/2026

Untuk kemaskini Keahlian sila guna gambar ukuran passport, atau selfie muka paras bahu SAHAJA dan upload sijil tamat kursus

24/09/2026

Untuk Ahli yang berdaftar, jumaat ini adalah mesyuarat AMT untuk pengesahan Ahli Terlatih dalam sistem,sila kemaskini (Tuntut Ahli) dalam Website Bodyguard Sarawak, setelah disahkan anda semua dapat melihat STATUS DIGITAL Kad Ahli anda

Platform rasmi keahlian, semakan status ahli & khidmat pengawal peribadi profesional bagi Persatuan Pengawal Peribadi Sa...
23/09/2026

Platform rasmi keahlian, semakan status ahli & khidmat pengawal peribadi profesional bagi Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak (PPPS).

Platform rasmi keahlian PPPS - mohon keahlian, semak status ahli & sahkan kad ahli pengawal peribadi profesional Sarawak.

16/09/2026
https://bodyguardsarawak.com/tuntut-keahlianNOTIS RASMI โ€“ PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KEAHLIANKepada: Semua Ahli Bodyguard S...
11/09/2026

https://bodyguardsarawak.com/tuntut-keahlian

NOTIS RASMI โ€“ PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KEAHLIAN

Kepada: Semua Ahli Bodyguard Sarawak

Dimaklumkan bahawa pihak Bodyguard Sarawak sedang melaksanakan proses pengemaskinian dan penyelarasan data keahlian sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas pengurusan rekod ahli serta pembangunan laman web rasmi Bodyguard Sarawak yang baharu.

Sehubungan itu, semua ahli adalah diminta untuk melengkapkan Borang Pengemaskinian Maklumat Ahli secara dalam talian melalui pautan yang disediakan.

Kerjasama setiap ahli amat penting bagi memastikan rekod keahlian yang disimpan adalah tepat, lengkap dan terkini, serta dapat digunakan bagi urusan rasmi persatuan pada masa akan datang.

Maklumat yang dikemaskini akan digunakan bagi:

1. Penyelarasan dan pengemaskinian rekod keahlian;
2. Penyediaan pangkalan data ahli yang lebih sistematik;
3. Pengurusan urusan rasmi dan komunikasi persatuan; dan
4. Integrasi maklumat yang berkaitan ke dalam laman web rasmi Bodyguard Sarawak yang baharu.

Semua ahli dimohon mengambil tindakan dengan mengisi borang tersebut dengan lengkap dan tepat.

Salinan KP dan salinan sijil latihan adalah diperlukan.
๐Ÿ”— Borang Pengemaskinian Data Ahli:
https://bodyguardsarawak.com/tuntut-keahlian

Setelah borang di Isi tempoh menungu adalah selama 14 hari, pihak kami akan sahkan keahlian untuk menyemak butiran permohonan.

Kerjasama dan tindakan semua ahli amat dihargai bagi memastikan proses pengemaskinian data ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

PENGURUSAN BODYGUARD SARAWAK

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPersatuan Pengawal Peribadi Sarawak (PPPS) mengucapkan setinggi...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak (PPPS) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh warga Malaysia, khususnya rakyat Sarawak yang tercinta.

Kemerdekaan bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi warisan perjuangan, disiplin, dan ikatan perpaduan yang wajib kita pelihara bersama. Sebagai sebuah persatuan yang berteraskan integriti dan keselamatan, PPPS sentiasa berkomitmen untuk menyokong keharmonian serta kedaulatan tanah air.

๐Ÿ“Œ Mesej & Teras Kemerdekaan PPPS 2026:
๐Ÿ“ Memelihara Jati Diri: Kekalkan nilai murni, disiplin, dan rasa bangga terhadap identiti nasional sebagai benteng kekuatan bangsa.
๐Ÿ“ Meraikan Kemerdekaan: Mengagungkan semangat kebebasan menerusi keharmonian pelbagai kaum, budaya, dan agama.
๐Ÿ“ Menuju Negara Terbilang: Bersatu hati menggembleng tenaga demi kemakmuran, keselamatan, dan kejayaan masa depan negara.

Marilah kita terus berganding bahu, menjaga keamanan yang dikecapi, dan memelihara perpaduan demi generasi akan datang.

"Memelihara Jati Diri, Meraikan Kemerdekaan โ€“ Menuju Negara Terbilang 2026"

Ikhlas daripada:
Barisan Jawatankuasa & Seluruh Ahli
Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak (PPPS)

Address

1st Floor, Sublot 47, Matang HUB, Jalan Matang
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak:

Shortcuts

Share