Halal Training & Certification Coach - Coach Wan

Call Directions Website Contact the business

Halal Training & Certification Coach - Coach Wan Kami menyediakan latihan kesedaran Halal & bimbingan pensijilan Halal JAKIM utk usahawan & industri.
(1)

Kami menyediakan Kursus Kesedaran Halal, latihan persijilan, serta khidmat nasihat Halal. Coach Wan Training And Consultancy adalah Konsultan Bertauliah Halal JAKIM & Rakan Strategik MIHA. Coach Wan Training And Consultancy juga adalah merupakan konsultan berdaftar dengan pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan beberapa agensi lain. Semoga dengan adanya usaha menyediakan Kursus Halal dan Coaching untuk Pensijilan Halal JAKIM akan merancakkan industri Halal di Malaysia.

Salam Hari Malaysia buat semua..
16/09/2026

Salam Hari Malaysia buat semua..

16/09/2026

💡 TIPS HALAL | COACH WAN

“BAHAN SEMUA HALAL, BELUM TENTU OPERASI KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK PENSIJILAN HALAL.”

Ini antara salah faham yang biasa berlaku dalam kalangan usahawan.

Ada yang berkata:

“Coach, semua bahan saya beli memang Halal.”

Bagus. Tetapi dalam pengurusan Halal, bahan mentah hanyalah salah satu bahagian yang perlu diberi perhatian.

Usahawan juga perlu melihat keseluruhan rantaian operasi.

Contohnya:

✅ Dari mana bahan mentah dibeli?
✅ Adakah status Halal pembekal dapat dibuktikan?
✅ Bagaimana bahan diterima dan diperiksa?
✅ Adakah bahan disimpan dengan betul?
✅ Adakah peralatan dan kawasan pemprosesan terkawal?
✅ Bagaimana kebersihan pekerja dan premis dijaga?
✅ Adakah rekod dan dokumen berkaitan disimpan?
✅ Jika berlaku masalah, bolehkah produk dikesan semula?

Sebab itu saya selalu tekankan kepada usahawan:

Halal bukan sekadar apa yang kita gunakan. Halal juga melibatkan bagaimana kita menguruskan operasi.

Jangan tunggu hendak memohon pensijilan Halal baru hendak kemaskan semuanya.

Mulakan sekarang.

📌 Semak bahan.
📌 Semak pembekal.
📌 Kemaskan stor.
📌 Wujudkan SOP.
📌 Simpan rekod.
📌 Latih pekerja.

Apabila amalan ini sudah menjadi budaya dalam perniagaan, perjalanan menuju pensijilan Halal akan menjadi lebih tersusun.

Bina sistem dahulu. Sijil akan menjadi bukti kepada komitmen yang telah kita bina.

Salam sukses selalu!

COACH WAN
Halal Coach | Halal Fasilitator MIHA JAKIM

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi satu amanah untuk kita terus ...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi satu amanah untuk kita terus memelihara keamanan, mengukuhkan perpaduan dan membangunkan negara bersama-sama.

Walaupun berbeza latar belakang, budaya dan pandangan, kita tetap berdiri megah di bawah satu Jalur Gemilang sebagai rakyat Malaysia.

Marilah kita terus melangkah dengan semangat, keberanian dan usaha yang tinggi demi membina masa depan negara yang lebih maju dan sejahtera.

Semarakkan Semangat Merdeka,
Kukuhkan Perpaduan Negara.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Coach Wan






KURSUS KESEDARAN HALAL: DUA SESI, DUA KUMPULAN, SATU MATLAMATAlhamdulillah, selesai mengendalikan Kursus Kesedaran Halal...
31/08/2026

KURSUS KESEDARAN HALAL: DUA SESI, DUA KUMPULAN, SATU MATLAMAT

Alhamdulillah, selesai mengendalikan Kursus Kesedaran Halal bagi sesi pagi dan petang bersama dua kumpulan peserta yang berbeza.

Walaupun berlangsung dalam dua sesi, matlamatnya tetap sama, meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan komitmen dalam melaksanakan amalan halal yang betul.

Saya percaya semua peserta telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang kursus. Setiap perkongsian, perbincangan dan persoalan yang dikemukakan menunjukkan kesungguhan mereka untuk memahami bahawa halal bukan sekadar mendapatkan sijil.

Halal melibatkan keseluruhan proses, bermula daripada pemilihan bahan mentah, penerimaan stok, penyimpanan, penyediaan, pemprosesan, kebersihan sehinggalah produk disampaikan kepada pengguna.

Semoga ilmu yang diperoleh bukan sahaja menambah pengetahuan, tetapi turut diterjemahkan melalui tindakan dan penambahbaikan berterusan di tempat kerja.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan serta komitmen yang diberikan!

Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam memperkukuh ekosistem halal di Malaysia.

Salam sukses selalu!






SIAPA YANG TERIMA STOK DARIPADA PEMBEKAL?Kelmarin bersama 15 orang peserta Kursus Kesedaran Halal dari syarikat jenama y...
17/08/2026

SIAPA YANG TERIMA STOK DARIPADA PEMBEKAL?

Kelmarin bersama 15 orang peserta Kursus Kesedaran Halal dari syarikat jenama yang dikenali ramai.

Dalam sesi ini, saya sentuh satu perkara yang nampak mudah tetapi sebenarnya sangat penting dalam memastikan integriti halal sentiasa terpelihara.

👉 Apabila stok sampai daripada pembekal, siapa yang menerimanya?

Adakah pemeriksaan benar-benar dibuat atau sekadar terima, tandatangan dan terus simpan?

Antara perkara yang sepatutnya diperiksa:

✅ Kuantiti stok yang diterima
✅ Kualiti dan keadaan bahan mentah
✅ Pembungkusan masih dalam keadaan baik
✅ Tiada kebocoran, kerosakan atau pencemaran
✅ Produk yang diterima sama seperti yang dipesan dan diluluskan
✅ Maklumat label dan status halal diperiksa jika berkaitan

Nampak seperti proses biasa.

Tetapi di sinilah antara ruang yang boleh menyebabkan berlakunya ketirisan dalam kawalan halal sekiranya tiada prosedur dan pemantauan yang betul.

Dalam pengurusan halal, kita bukan sekadar bertanya:

“Bahan ini halal atau tidak?”

Kita juga perlu melihat:

“Di bahagian mana terdapat risiko integriti halal boleh terjejas?”

Setiap kawasan, zon dan proses kerja perlu dinilai.

Daripada penerimaan bahan mentah ➡️ penyimpanan ➡️ penyediaan ➡️ pemprosesan ➡️ pembungkusan ➡️ penghantaran kepada pelanggan.

Kita perlu mengenal pasti apakah kebarangkalian berlakunya pencemaran, percampuran, kesilapan atau kecuaian pada setiap peringkat tersebut.

Sebab itu pemahaman mengenai Halal Critical Point (HCP) sangat penting.

Pensijilan halal bukan sekadar mendapatkan sijil.

Ia adalah tentang membina sistem, disiplin dan kawalan supaya integriti halal dapat dipelihara secara konsisten dalam operasi harian.

Kadang-kadang kelompongan yang besar bermula daripada perkara yang kita anggap kecil.

Jangan sekadar terima stok. Periksa. Rekod. Kawal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🤲

09/06/2026

Permohonan halal adalah satu proses. Fahami keperluan dalam permohonan. Tambah baik setiap kekurangan. InsyaAllah sampai akhir anda akan dapat pensijilan halal.

21/05/2026

Geran Permohonan Pensijilan Halal kini dibuka untuk semua usahawan. Jangan tertinggal. Tarikh akhir 31 Mei 2026.

LANGKAH KE ARAH YANG LEBIH BAIKAlhamdulillah, Restoran Restu Ibunda kini sedang dalam proses mendapatkan Pensijilan Hala...
16/04/2026

LANGKAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK

Alhamdulillah, Restoran Restu Ibunda kini sedang dalam proses mendapatkan Pensijilan Halal Premis.

Ini adalah komitmen kami Coach Wan Training and Consultancy sebagai Rakan Strategic JAKIM telah mendapat kepercayaan dari pihak KUSKOP bagi membantu Usahawan Sarawak untuk mendapatkan Geran Pensijilan Halal.

Semoga dengan adanya Pensijilan Halal Premis ini kelak pihak Restoran Restu Ibunda sentiasa istiqamah memastikan setiap hidangan yang dihidangkan bukan sahaja sedap dan berkualiti, tetapi juga mematuhi piawaian halal yang lebih terjamin.

Terima kasih atas kerjasama ini. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan Pensijilan Halal Premis bagi Restoran Restu Ibunda,. Metrocity.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲


Kursus Kesedaran Halal Untuk Syarikat Ummi Warisan.Tahniah diucapkan kepada Syarikat Ummi Warisan atas komitmen dan kesu...
19/01/2026

Kursus Kesedaran Halal Untuk Syarikat Ummi Warisan.

Tahniah diucapkan kepada Syarikat Ummi Warisan atas komitmen dan kesungguhan dalam usaha mendapatkan Pensijilan Halal. 👍

Syarikat ini mengeluarkan pelbagai bahan ramuan untuk pembuatan kek, biskut dan produk bakeri.

Alhamdulillah, lepas tok lagi mudah kitak orang nak pilih bahan yang halal, dan lagi senang usahawan bakeri nak mohon sijil Halal tanpa ragu-ragu.

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadan & Raya — musim puncak untuk produk bakeri.

👉 Pastikan bahan ramuan yang digunakan mempunyai sijil Halal yang sah sebelum membeli.

Mencari yang halal itu adalah FARDHU.

Bukan sekadar patuh, tetapi tanda tanggungjawab kepada pengguna dan keberkatan dalam perniagaan.

Teruskan sokong produk & syarikat tempatan yang mengutamakan Halal, Bersih dan Berkualiti 💪

Terima kasih Ustaz Don dari Maybank Islamic atas kepercayaan.


07/12/2025

Nak buat permohonan halal kena pastikan setiap sumber bahan/ ramuan yang digunakan telah diperakui halal.

Address

Kuching
Kuching

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60138748677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halal Training & Certification Coach - Coach Wan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Halal Training & Certification Coach - Coach Wan:

Shortcuts

Share