08/04/2026
Hari ke 10 bapak pergi menghadap Ilahi. Baru aku betul2 faham perasaan rakan2 yg kehilangan ayah atau ibu. Aku ingat rasa sedih semakin hilang, tetapi ada masa betul2 menghiris hati. Lagi p**a bapak pergi secara mengejut.
Aku redha, walaupun ada rasa ralat sebab aku tak dapat ikut sama beraya hari tu. Setiap tahun emak dan bapak jalan beraya SG dengan kami, tahun ini satu-satunya kami terlepas oleh kerana VEP renewal belum diluluskan. Suratan takdir. Mungkin ini asbab untuk aku selalu ingat Dan mendoakan bapak di sana.
Ada satu lagi harapan emak dan kami sekeluarga. Kami nak jumpa En. Fazli Dari Punggol. Dalam gambar ada tapi hanya Dari sisi atau belakang.
Kebetulan En Fazli ni lalu Dan ternampak emak minta tolong. Ikut cerita emak, dia terus datang Dan tatang kepala bapak (macam dalam gambar). Mungkin dia risau ada neck injury sebab bapak jatuh kebelakang. Mungkin dia ada background medical, kami tak pasti.
Dia tanya nama bapak Dan dia terus memanggil "cik Hussain, cik Hussain"..
Dia tatang kepala bapak walaupun ambulans dah sampai. Even dah naik stretcher dia tetap bersama team medic menunggu sampailah ambulans pergi. Kejadian ini berlaku di Pasir Ris Street 52. Ikut maklumat, beliau berjumpa rakan di kawasan tersebut. Mungkin jalan beraya.
Sesiapa yang mengenali En Fazli ni, atau sesiapa yg duduk di Punggol, minta tolong sampai2kan agar kami dapat bertemu En Fazli ni. Harapan kami terutamanya emak, ingin menyampaikan setinggi tinggi terima kasih kepada beliau atas jasa baiknya memberikan keselesaan kepada bapak.
Terima kasih kepada yg membantu Dan mendoakan. Terima kasih En. Fazli.
Al Fatihah - Hj Hussain Bin Ramli.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.