Lady Eyda Laundry

Lady Eyda Laundry Ironing • Folding • Normal wash • Handwash

delivery provided charge per km

17/10/2025
23/07/2025

"Di sebalik baju yang kemas,
ada satu rahsia yang jarang orang tahu…
dan anda bakal jadi antara yang pertama memilikinya."

📘 eBook ini bukan sekadar tip,
tapi kunci untuk bebas dari stres gosok baju.

Coming soon launching on 25th of July . Bersedia untuk dimudahkan.

23/07/2025

Terima kasih menggunakan service gosok & lipat dari kami ❤️💙

Hidup bukan hanya tentang bersabar menanti masalah selesai atau masa sukar berlalu. Tapi ia tentang bagaimana kita boleh...
23/07/2025

Hidup bukan hanya tentang bersabar menanti masalah selesai atau masa sukar berlalu. Tapi ia tentang bagaimana kita boleh teruskan hidup — mencari kegembiraan, kekuatan dan hikmah — walaupun sedang berada dalam kesusahan.

Seperti menari dalam hujan — ia bukan masa yang ideal, tapi kita tetap memilih untuk tersenyum, menikmati momen dan tidak membiarkan keadaan mengawal emosi kita.

“Bintang bersinar kerana adanya malam,begitu juga kita—ujian itulah yang mengangkat nilai diri.”
15/07/2025

“Bintang bersinar kerana adanya malam,
begitu juga kita—ujian itulah yang mengangkat nilai diri.”

"Teruskan berdoa, walaupun hanya dalam diam. Tidak perlu lafaz yang panjang, cukup dari hati yang ikhlas. Allah Maha Men...
11/07/2025

"Teruskan berdoa, walaupun hanya dalam diam. Tidak perlu lafaz yang panjang, cukup dari hati yang ikhlas. Allah Maha Mengetahui setiap keresahan, impian dan harapan yang tersimpan jauh di dasar hatimu. Walau belum nampak hasilnya sekarang, yakinlah bahawa setiap doa sedang naik ke langit, dan akan sampai tepat pada waktunya yang terbaik menurut Allah. Jangan putus asa, kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan."

09/07/2025

"Jangan biarkan luka semalam meragut nikmat hari ini.
Kerana setiap detik yang Allah beri adalah rahmat,
bukan untuk ditangisi dengan kisah silam,
tapi untuk disyukuri dan diisi dengan sabar dan reda."

Allah tak pernah sia-siakan air mata hamba-Nya.
Apa yang pergi adalah ujian,
dan apa yang datang adalah hadiah yang belum disedari.

Jangan hidup dalam bayang semalam,
kerana rezeki, ketenangan dan rahmat Allah sentiasa turun untuk hari ini.
Syukur hari ini, sabar semalam,
insyaAllah esok lebih indah.

Pengalaman adalah guru terbaik: Setiap peristiwa yang kita alami, sama ada kejayaan atau kegagalan, mengandungi pengajar...
08/07/2025

Pengalaman adalah guru terbaik: Setiap peristiwa yang kita alami, sama ada kejayaan atau kegagalan, mengandungi pengajaran berharga. Kehidupan memberikan kita pelajaran melalui interaksi dengan orang lain, cabaran yang dihadapi, dan situasi yang tidak dijangka.

Ingat, bila kita terus belajar, kita takkan jadi 'pokok taugeh' yang tak berkembang. Kita akan jadi macam pokok rendang yang sentiasa subur dan berbuah! Kan best macam tu?

8 julai 2025

Pakej terkini buat semua pelanggan tetap LadyEyda Laundry. Sangat berbaloi dan mudah bila ada pakej jimat macam ni 🫰🏼.In...
07/07/2025

Pakej terkini buat semua pelanggan tetap LadyEyda Laundry. Sangat berbaloi dan mudah bila ada pakej jimat macam ni 🫰🏼.
InsyaAllah Kami faham apa yang client perlukan

Alhamdulilah terima kasih setia dengan servis dr LadyEyda Laundry ❤️
07/07/2025

Alhamdulilah terima kasih setia dengan servis dr LadyEyda Laundry ❤️

Jangan mendongak terlalu tinggi hingga lupa bumi yang menyokong langkahmu.Kita ini bukan langit yang megah tak tersentuh...
07/07/2025

Jangan mendongak terlalu tinggi hingga lupa bumi yang menyokong langkahmu.
Kita ini bukan langit yang megah tak tersentuh,

tapi hanya segenggam tanah yang dipinjamkan nyawa dan kasih-Nya.
Asal kita dari debu, kembali juga ke debu,
maka apa gunanya berdiri bongkak, sedang jiwa pun bukan milik mutlak.

7 julai 2025

"Apa yang ditulis untukmu, takkan pernah terlepas darimu. Apa yang bukan milikmu, takkan pernah kekal walau digenggam er...
05/07/2025

"Apa yang ditulis untukmu, takkan pernah terlepas darimu. Apa yang bukan milikmu, takkan pernah kekal walau digenggam erat. Maka berusahalah sebaiknya, berdoalah sepenuhnya, dan bertawakallah dengan tenang."

✨ Kadang-kadang kita penat mengejar, kecewa bila tak dapat apa yang kita inginkan. Tapi ingat, Allah tak pernah salah dalam menyusun takdir. Mungkin sekarang belum waktunya. Mungkin Allah sedang siapkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang kita minta.

🕊️ Rezeki, jodoh, peluang, kejayaan — semuanya akan datang tepat pada masanya. Bukan cepat, bukan lambat, tapi tepat. Selagi kita terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah, pasti ada jalannya.

📖 Seperti firman Allah:
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya." (Surah At-Talaq, 65:3)

Address

196, Jalan Sri Putri 1/7, Taman Putri
Johor Bahru
81000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+60122022500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lady Eyda Laundry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share