Ams Autospec HQ

Ams Autospec HQ AMS Great Resources (M) Sdn Bhd 201901034716-1344046-A

Bau Hapak? Ini Cara Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan Dalam Kereta====Kereta yang bersih belum tentu bebas bau. Kadang-k...
03/06/2026

Bau Hapak? Ini Cara Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan Dalam Kereta
====
Kereta yang bersih belum tentu bebas bau. Kadang-kadang masuk saja dalam kereta terus bau hapak, lembap atau kurang menyenangkan sampai ganggu mood pemanduan.

Masalah ini bukan sekadar tidak selesa, malah boleh jadi petanda ada kotoran, kulat atau sistem aircond yang perlu diperiksa.

Jadi jom tengok macam mana car akita boleh hilangkan bau hapak dalam raunga kereta kita.

No.1: Buka Tingkap Sekali Sekala
===
Kereta yang sentiasa tertutup boleh memerangkap bau dan kelembapan dalam kabin. Sesekali buka tingkap untuk bantu pengudaraan dan keluarkan udara lama dari dalam kereta.

Langkah mudah ini boleh membantu kurangkan bau hapak terutama selepas hujan atau cuaca lembap.

No.2: Vakum & Bersihkan Kabin Secara Berkala
===
Sisa makanan, habuk dan tumpahan minuman yang tidak dibersihkan boleh menjadi punca bau yang tidak menyenangkan.

Vakum tempat duduk, bawah seat dan ruang sempit secara berkala untuk pastikan kabin sentiasa bersih.

No.3: Bersihkan Cabin Filter
===
Selain bersihkan kabin kita juga perlu periksa cabin filter. Cabin filter yang kotor adalah antara punca utama bau kurang menyenangkan dalam kereta.

Bila habuk, kotoran dan kelembapan terkumpul terlalu lama, ia boleh menghasilkan bau hapak terutama bila aircond dibuka.

Jika sudah terlalu kotor atau lama tidak ditukar, sebaiknya gantikan dengan yang baru.

No.4: Periksa Sistem Aircond
===
Cooling coil atau saluran aircond yang lembap boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Ini menyebabkan bau busuk keluar setiap kali aircond dihidupkan.

Servis aircond secara berkala membantu membersihkan sistem dan memastikan aliran udara lebih segar.
Kesimpulannya, bau dalam kereta bukan sesuatu yang patut diabaikan. Selain menjejaskan keselesaan, ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan terutama jika berpunca daripada kulat atau bakteria.

Kalau bau masih tidak hilang walaupun sudah dibersihkan, mungkin sudah tiba masa untuk pemeriksaan sistem aircond secara menyeluruh. Jemput datang ke bengkel kami.

📲Hubungi Kami: 0102778865
⌚Waktu operasi : 8:30pg hingga 6:00ptg
🌐 https://amsautospec.my/

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-...
31/05/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku

Selamat menyambut Hari Wesak di samping keluarga tercinta.Ucapan tulus ikhlas kepada semua penganut Buddha di Malaysia.S...
31/05/2026

Selamat menyambut Hari Wesak di samping keluarga tercinta.
Ucapan tulus ikhlas kepada semua penganut Buddha di Malaysia.
Semoga Hari Wesak membawa kedamaian, kasih sayang dan kebahagiaan buat anda dan keluarga.


Aidil Adha Penuh Bersejarah,Melihat Pengorbanan ISMAIL anaknya IBRAHIMIMAN penuh di dada melaksanakan perintah ILAHISemo...
27/05/2026

Aidil Adha Penuh Bersejarah,
Melihat Pengorbanan ISMAIL anaknya IBRAHIM
IMAN penuh di dada melaksanakan perintah ILAHI
Semoga menjadi pedoman erti PENGORBANAN sebenar

🌙 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 🌙Aidiladha bukan sekadar sambutan…Ia mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlas...
26/05/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 🌙

Aidiladha bukan sekadar sambutan…
Ia mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan hati dan mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga serta insan tersayang.

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada daging dan darah korban itu, tetapi Dia memandang kepada ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj: 37)

Ikhlas berkorban.
Ikhlas beramal.
Ikhlas memberi.

Daripada keluarga besar AMS Autospec
✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨

26/05/2026
PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN & OPERASI BENGKEL AUTOMOTIF5 Hari Bersama UniKL KulimPeserta: 5 Orang Lepasan Pelajar UniK...
18/05/2026

PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN & OPERASI BENGKEL AUTOMOTIF
5 Hari Bersama UniKL Kulim
Peserta: 5 Orang Lepasan Pelajar UniKL
Pengajar: Team AMS AUTOSPEC

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada lepasan pelajar UniKL Kulim tentang asas sebenar dalam membuka dan menguruskan bengkel automotif.

Sepanjang program ini, peserta akan didedahkan kepada beberapa aspek penting seperti proses pembukaan bengkel, undang-undang dalam perniagaan, strategi pemasaran, pengurusan pekerja, pengurusan kewangan serta kaedah menyelesaikan masalah dalam operasi harian bengkel.

Team AMS AUTOSPEC telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan program ini sebagai tenaga pengajar dan pembimbing kepada peserta.
Kami mengambil tanggungjawab ini bukan kerana tugas, tetapi atas rasa tanggungjawab dan simpati terhadap anak bangsa sendiri. Harapan kami, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan ini dapat menjadi bekalan kepada mereka untuk membina masa depan yang lebih baik dalam bidang automotif dan perniagaan.

Daripada bengkel, lahirnya usahawan.
Daripada ilmu, terbentuknya masa depan bangsa.

Day 1Module: Automotive Business & Entrepreneurship
12/05/2026

Day 1
Module: Automotive Business & Entrepreneurship

TOP 3 SALES PERFORMER AMS AUTOSPEC 🏆APRIL 2026Bukan senang nak capai sales puluhan ribu dalam dunia automotive.Wajib ada...
12/05/2026

TOP 3 SALES PERFORMER AMS AUTOSPEC 🏆
APRIL 2026

Bukan senang nak capai sales puluhan ribu dalam dunia automotive.
Wajib ada:
✔ Disiplin
✔ Konsisten
✔ Kepercayaan customer
✔ Ilmu sales & service
✔ Kerja kuat tanpa kenal penat

Tahniah kepada team yang berjaya buktikan usaha, komitmen dan semangat luar biasa bulan ini 💪

🏆 TOP 1
EN MUHAMMAD MUHIBBUDIN
(AMS Kulim Hi-Tech)
🔥 RM80,117.90

🥈 TOP 2
EN AIDIL AMNAN
(AMS Juru)
🔥 RM61,530.00

🥉 TOP 3
EN YAHYA
(AMS Lunas)
🔥 RM57,904.50

Anda semua bukan sekadar buat sales…
Tetapi berjaya bina keyakinan customer terhadap AMS Autospec ❤️

Semoga pencapaian ini jadi inspirasi kepada seluruh team AMS Autospec untuk terus melangkah lebih jauh 🚀

“Bila kerja ada sistem, disiplin dan teamwork yang kuat… hasil dia luar biasa.”

Tahniah team! 👏🔥









Pandu Selamat, 3 Jenis Jek Pemilik Kereta Kena Tahu  =====Kadang-kadang sebagai pemandu kita sendiri tidak tahu rupa ata...
11/05/2026

Pandu Selamat, 3 Jenis Jek Pemilik Kereta Kena Tahu
=====
Kadang-kadang sebagai pemandu kita sendiri tidak tahu rupa atau kegunaan jek sebab jarang diperlukan. Lagi satu, jek bukan satu jenis saja ada lagi dua yang akan kita tengok dalam perkongsian ini.

Jadi kalau lepas ini tayar pancit, buka bonet kereta dah boleh kenal jek dan boleh kongsi sikit ilmu tentang 3 jenis jek agar boleh sama-sama tambah pengetahuan.

No.1: Jek Gunting (Scissor Jack)
===
Jek jenis ini memang disediakan sekali dengan kereta baru dan paling biasa kita lihat. Rekaannya ringkas dan mudah disimpan dalam bonet.

Dalam keadaan kecemasan seperti tukar tayar di tepi jalan ia sesuai digunakan. Namun ia memerlukan tenaga banyak untuk dipusing dan kurang stabil jika digunakan di permukaan tidak rata.

No.2: Jek Botol (Bottle Jack)
===
Rekaan seakan botol ini menggunakan sistem hidraulik. Mampu mengangkat beban berat seperti SUV atau pick-up. Jek ini juga bersaiz kompak sesuai untuk kebanyakan bonet kereta.

Cuma kekurangannya, ia memerlukan ruang yang lebih tinggi di bawah kereta untuk digunakan dan kurang sesuai untuk kereta rendah (lowered).

No.3: Jek Buaya (Floor Jack)
===
Namanya buaya tapi membantu mengangkat kereta tanpa perlu banyak tenaga dengan sistem hidrauliknya.

Jenis ini menggunakan mekanisme naik dan turun seperti mulut buaya yang terbuka. Jek ini lebih besar berbanding model jek kereta lain menjadikan ia mampu angkat pelbagai jenis kenderaan.
Kesimpulannya, setiap jenis jek ada kegunaan tersendiri. Untuk kecemasan, scissor jack sudah mencukupi. Tapi kalau nak lebih selesa dan selamat, jek hidraulik adalah pilihan lebih baik.

Yang penting, pastikan anda tahu cara guna jek dengan betul dan sentiasa utamakan keselamatan ketika menukar tayar.

📲Hubungi Kami: 0102778865
⌚Waktu operasi : 8:30pg hingga 6:00ptg
🌐www.amsautospec.my

Address

NO. 142, Persiaran 3, Kulim Avenue
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:30
Tuesday 08:30 - 18:30
Wednesday 08:30 - 18:30
Thursday 08:30 - 18:30
Friday 00:00 - 00:15
Saturday 08:30 - 18:30
Sunday 08:30 - 18:30

Telephone

+6044080549

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ams Autospec HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ams Autospec HQ:

Share