Setiausaha Syarikat Kulim

Setiausaha Syarikat Kulim Pengurusan professional bagi penubuhan dan perihal syarikat Sdn Bhd. Pengurusan professional bagi penubuhan dan perihal syarikat Sdn Bhd

Upgrade Your Business Enterpise to Sdn Bhd. Jom kami bantu anda !!!
05/09/2023

Upgrade Your Business Enterpise to Sdn Bhd. Jom kami bantu anda !!!

  Artikel ini ingin membawa anda berfikir dari satu sudut lagi sekiranya hendak membuat keputusan dan penilaian untuk na...
28/06/2022



Artikel ini ingin membawa anda berfikir dari satu sudut lagi sekiranya hendak membuat keputusan dan penilaian untuk naik taraf ke sdn bhd iaitu dengan menimbang tara kos yang bakal di belanjakan berbanding kelebihan yang bakal anda perolehi dari Sdn Bhd yang bakal anda tubuhkan. Sebelum meneruskan hasrat ke Sdn Bhd mungkin artikal ini dapat membantu anda serba sedikit dalam membuat penilaian yang lebih baik pabila hendak ke Sdn Bhd iaitu dengan menimbangtara KOS dengan FAEDAH yang bakal di miliki.
KOS dalam artikal ini adalah merujuk kepada kos pengurusan yang bakal di tanggung oleh pemilik Sdn Bhd. Antara kos yang bakal di tanggung adalah fee setiausaha syarikat, penyediaan laporan kewangan, kos audit, kos pengiraan cukai, dan sekiranya untung perlu bayar cukai. Kebanyakkan usahawan yang naik taraf ke Sdn Bhd, sebelum ini semasa di Enterprise kebanyakkan kos yang di sebut, mereka tidak perlu tanggung. Jadi bila berada di Sdn Bhd sekiranya tidak di urus dengan baik ianya akan menjadi suatu bebanan kepada pemilik.
FAEDAH dalam artikal ini p**a merujuk kepada apa yang pemilik perolehi sekiranya mempunyai syarikat Sdn Bhd. Boleh jadi dari segi nilai matawang ataupon kesan tidak langsung. Bila kedua-duanya di timbang tara baru lah keputusan yang baik dapat di buat oleh pemilik Sdn Bhd.
Kita lihat senarionya begini, di awal penubuhan sekiranya kos yang tanggung iaitu naik taraf ke Sdn Bhd mampu membuatkan prospek kita beranggapan perniagaan kita berkembang maju dan ini membuatkan mereka berasa yakin seterusnya membuat keputusan untuk membeli ataupon berurusan dengan kita kan lebih berbaloi tu untuk naik taraf. Pada mulanya iainya adalah faedah yang tidak dapat di nilai dengan matawang iaitu tanggapan, tetapi bila mereka mula membeli atau menandatangani kontrak dengan kita, kan berbaloi tu. Bagi yang tidak yakin, kajiselidik sangat membantu dalam bahagian ini. Mungkin anda boleh tanyakan sekiranya anda naik taraf ke Sdn Bhd, bagaimana tahap keyakinan untuk berurusan dengan anda?. Soalan begini anda boleh utarakan semasa kajiselidik anda. Bagi perniagaan yang mensasarkan berurusan dengan syarikat korporat, kebanyakkan mereka memilih untuk berurusan dengan mereka yang bertaraf sdn bhd. Kan berbaloi bila dapat membekalkan apa yang mereka mahu.
Senario kedua p**a begini, mungkin selepas dua tahun anda beroperasi dan pada masa itu setelah selesai proses audit semua anda berhasrat hendak membeli sebuah rumah. Dengan gunakan dokumen sedia ada prosesnya lebih mudah dan lengkap. Berbanding semasa anda di enterprise, penyediaan dokumennya anda uruskan sendiri dan tiada panduan di beri. Kan lebih berbaloi tu bila ke Sdn Bhd. Lebih manis bila anda perolehi asset yang anda hanya perlu keluarkan modal yang sedikit dan siap dalam masa terdekat. Ini bagi kes hartanah baru terutamanya. Kerana situasi ini terjadi pada klien Registersdnbhd.com sendiri, iaitu pembiayaan dan rumah siap dalam tahun yang sama. Tidak perlu tunggu terlalu lama dan membayar “progress payment” yang lama. Dalam situasi klien kami kos yang di keluarkan termasuk dari mula penubuhan hingga lah ke penyediaan deposit dan "progress payment" rumah sekitar RM30,000 bagi hartanah bernilai lebih dari RM400,000. Kan berbaloi tu? Dan mungkin selepas 10 tahun dengan nilai pasaran rumah berkenaan, mungkin pemilik boleh buat refinance untuk membeli hartanah lain dan seterusnya modal asal yang di keluarkan sudah balik modal. Kebiasaan pihak kami menekankan Sdn Bhd ini adalah untuk keuntungan dan persediaan jangka panjang. Bukannya bagi jangka pendek.
Senario seterusnya, untuk Sdn Bhd, pengusaha di sokong oleh Setiausaha Syarikat, akauntan, juruaudit dan agen cukai. Bagi pengusaha yang menggunakan Enterprise, kebanyakkannya mengurus sendiri. Jadi perihal pengurusan cukai di urus sendiri oleh pemilik. Bagi pengusaha yang aktif terutamanya, sekiranya Sdn Bhd, dengan ada nya bantuan professional yang telah di bayar oleh syarikat Sdn Bhd dapat menjimatkan cukai yang bakal di tanggung, kan lebih berbaloi tu? Dapat khidmat dari mereka bagaimana mengurus cukai dengan lebih baik dan berkesan.
Senario seterusnya contohnya setelah bertahun anda gunakan Sdn Bhd dan anda telah pon belanjakan kos pengurusan termasuk lah kos pembayaran cukai. Pada suatu saat anda perlukan dana tambahan. Jadi dengan dokumen yang anda modal tambahan yang anda perlukan boleh dapat pembiayaan, kan berbaloi tu? Sekiranya anda gunakan Enterprise pembiayaan yang di pohon ada hadnya, berbeza dengan Sdn Bhd. Di enterprise sekiranya bisnes anda bagus macam mana pon, dia ada had pembiayaan yang di benarkan, berbanding dengan Sdn Bhd. Rugi lah dengan “track record” yang bagus, sekiranya enterprise, ada had dan limitasi tertentu untuk anda kembangkan lagi potensi bisnes anda. Dana tambahan anda boleh gunakan untuk kos pemasaran ka? Dan mana lah tahu pada masa tu sekiranya ada pelabur yang berminat, anda dah boleh jalankan usahasama terus. Dengan ciri-ciri yang ada pada Sdn Bhd, usahasama yang di jalankan boleh berjalan dengan lebih baik.
Senario terakhir yang hendak di utarakan, setelah bertahun anda dah belanjakan kos pengurusan ke atas Sdn Bhd dan akhirnya anda membuat keputusan hendak jual atau tidak mahu teruskan perniagaan sedia ada, dan lebih manis sekiranya nilai jualan yang anda perolehi hingga jutaan ringgit, kan berbaloi tu? Selama ini anda dah pon perolehi keuntungan atas syarikat, tapi di akhirnya anda dapat sekali lagi keuntungan atas syarikat yang di usahakan. Tak ka berbaloi tu?
Kenal pasti kos yang bakal di belanjakan, urus dengan sebaiknya, InshaAllah anda akan perolehi faedah atau kelebihan atas syarikat yang anda usahakan.
: Penubuhan Syarikat Sdn Bhd || Khidmat Setiausaha Syarikat || Khidmat Juruakaun Luar || Pengurusan Cukai
: www.registersdnbhd.com














SATU KEGEMBIRAAN Bilamana pelanggan maklum dah lulus. Anda antara mereka duduk ceruk di pedalaman, tapi nak ada ssm juga...
27/06/2022

SATU KEGEMBIRAAN

Bilamana pelanggan maklum dah lulus. Anda antara mereka duduk ceruk di pedalaman, tapi nak ada ssm juga. Jadi kita bantu sehabis baik dengan teknologi dan prosedur ssm terkini. InshaAllah.








MENYATUNI PELANGGAN DI UTARABila ada keperluan kita turun, singgah jumpa. Berdiskusi apa yang patut untuk lancarkan bab ...
27/06/2022

MENYATUNI PELANGGAN DI UTARA

Bila ada keperluan kita turun, singgah jumpa. Berdiskusi apa yang patut untuk lancarkan bab pengurusan. Dan tak semua boleh di buat secara atas talian. Turun ke lapangan buatkan kita lebih paham masalah pelanggan.





NAK RENEW SSM?
05/04/2020

NAK RENEW SSM?






TIP MUDAH LOANAPAKAH YANG MEMBANTU LOAN LULUS?1. Dokumen yang lengkap. Bagi Enterprise ada bank statement, borang cukai ...
13/03/2020

TIP MUDAH LOAN

APAKAH YANG MEMBANTU LOAN LULUS?

1. Dokumen yang lengkap. Bagi Enterprise ada bank statement, borang cukai dan salinan SSM.

2. Rekod CCRIS yang baik iaitu rekod pembayaran dengan institusi kewangan dan PTPTN.

3. Punyai bukti yang ada pendapatan bisnes. Iaitu segala duit masuk under perniagaan di masukkan ke dalam akaun perniagaan sebelum di belanjakan.

4. Telah menjalankan perniagaan lebih dari 2 tahun. Tanda bisnes dah semakin mengukuh.

5. Punyai pembayaran cukai. Jumlah pembayaran perlulah seiring dengan jumlah loan yang hendak di buat. Mana mungkin bank nak beri pembiayaan pada perniagaan yang rugi atau bayar cukai skit tapi nak loan besar.

P/s: Semalam ke tempat klien di sungai buloh. Sapa nak main sampai muntah sila lah ke sana. PM saya , nanti saya share address. Rate dia pon murah giler weiii.

Sekian, terima kasih.

Nur Firdaus bin Muhammad
Registersdnbhd.com
Akauntan Bertauliah.





10/12/2019




TANDA SETUJU LANTIK KAMISEBAGAI SETIAUSAHA SYARIKATAlhamdulillah perjalanan ke pejabat cawangan KULIM membuahkan hasil. ...
04/11/2019

TANDA SETUJU LANTIK KAMI
SEBAGAI SETIAUSAHA SYARIKAT

Alhamdulillah perjalanan ke pejabat cawangan KULIM membuahkan hasil. InshaAllah esok pihak kami akan mula proses permohonan.

Moga di permudahkan. Aminnn




Lagi satu kelulusan untuk syarikat dari Kulim. Moga sukses bengkel ni.
26/09/2019

Lagi satu kelulusan untuk syarikat dari Kulim. Moga sukses bengkel ni.




Alhamdulillah lulus. Klien untuk cawangan Kulim kedah.
26/09/2019

Alhamdulillah lulus. Klien untuk cawangan Kulim kedah.



www.propertyprofile.myAlhamdulillah dah mula develop sebuah laman sesawang yang kita janjikan nak tawarkan perkhidmatan ...
23/09/2019

www.propertyprofile.my

Alhamdulillah dah mula develop sebuah laman sesawang yang kita janjikan nak tawarkan perkhidmatan yang berkaitan hartanah khas buat klien kami. suatu usaha permulaan untuk pembinaan legasi perniagaan.

MILLIONMIND SDN BHD
Start-up | Develop | Expand | Enjoy







Boleh hubungi kami untuk kami bantu anda.Info lanjut di laman sesawang tertera.
21/09/2019

Boleh hubungi kami untuk kami bantu anda.
Info lanjut di laman sesawang tertera.



Address

Kulim Avenue
Kulim

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60176476900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setiausaha Syarikat Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Setiausaha Syarikat Kulim:

Share