La Genius SAVER Kulim

La Genius SAVER Kulim La Genius SAVER ialah kad pintar yang dapat mengurangkan beban kita iaitu penjimatan elektrik dan minyak petrol sebanyak 30%.

SIAPA PAKAI KERETA AUTO WAJIB BACA NIE...JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan...
01/07/2017

SIAPA PAKAI KERETA AUTO WAJIB BACA NIE...

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini...

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah "N" nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke "N", (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di "N" sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step "D" sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan) dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang (harga murah tetapi selepas 3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan "D" semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di "N" sahaja.

Jangan di "P", ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step "N" dan "D" diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock” antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dgn step "2" atau step kedua selepas "N". Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada "D" atau satu step di bawah "N".

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step "2" umpama anda bermula dengan gear "1" untuk kereta manual.

Step "D" p**a ibarat gear "2" atau "3" bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan "2" step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step "D".

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di Lembah Klang ni faham-faham sendirilah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step "D". Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step "D", sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

INFO TAMBAHAN:

1) Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak. Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit, kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air menitis keluar dari lubang ekzos.

Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”. Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran".

2) Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin. Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.

Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah. Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin. Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.

Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”. Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ). Elakkan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.

Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering. Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.

3) Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”. Ianya boleh merosakkan enjin anda, tetapi boleh daripada “semi synthetic” kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan p**ak kembali kepada “semi synthetic".

4) Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis, penghawa dingin, radio, lampu atau system audio lain. Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat, kemudian baru matikan enjin.

Like & Follow Viral Media Johor

5) Air hendaklah sentiasa diperiksa, kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.

Gunakan air masak atau air yang telah disuling. Jika selama ini anda menggunakan air paip, saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.

Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip, kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes. (bukan semua mekanik begitu, siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendirilah)

6) Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus. Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri. Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.

7) Penjagaan penghawa dingin. Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80% sahaja. Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.

8) Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya. Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri. Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.

9) Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.

Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut. Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.

Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja”. Gunakan minyak petrol yang sama sahaja, jangan terlalu kerap menukar jenama petrol.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT ANDA SEMUA.

Info:Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. M...
29/06/2017

Info:

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Peringatan utk semua yg balik kampung. SILA VIRAL KEPADA SEMUAKejadian berlaku pada pukul 11.00pm 20/06/2017Tadi aku dgn...
22/06/2017

Peringatan utk semua yg balik kampung.

SILA VIRAL KEPADA SEMUA

Kejadian berlaku pada pukul 11.00pm 20/06/2017

Tadi aku dgn family nk balik Taiping(balik raya) singgah rnr sg buloh (jejantas) makan kfc

Lepas makan nk gerak xsmpai 1km bergerak temperature keta naik mencanak

Aku berhenti tepi jalan xsmpai 5 minit ada india smpai terus ketuk tingkap tanya

"kereta rosak ka?" (Konon niat nak tolong)

Aku malas nak layan sebab dah agak ni geng tow truck, aku cuma cakap "tarak rosak, mau tunggu kawan la"

Sebenarnya aku dah call plus utk tow kereta aku .... jadi aku tolak offer india ni

Lepas tow truck insurance bawa smpai workshop .... foreman check penutup tanki air radiator bahagian bawah ada org bukak

Hati-hati geng, penutup bawah ni tak perlu nak buka bonet depan kereta.

Jadi kerja2 manusia xberguna ni akan bawak kereta kita ke workshop dia utk cas mahal2 sbb diorg tau kita akan bayar sbb nk pakai raya

Benda ni baru berlaku tadi tp nasib dah settle

Peringatan utk semu kawan2 yg nak balik raya..... kalau singgah mana2 rnr tolong sorang stay kat kereta atau lebih baik jgn berhenti

Amik rehat yg cukup di rumah lepas tu gerak slow2

Beli siap2 air makanan atau sbgnya letak dlm kereta

Nk buang hajat atau sbgnya check sblm gerak walaupun sorang ada di kereta

Kena sakit kepala

Target penjenayah ini adalah org yg berkeluarga

Tolong viral kepada semua supaya berhati-hati.

14/06/2017
TIPS LEBIH JIMAT PETROL KERETA✅ Isi minyak di waktu awal pagi✅ Kurangkan berat kenderaan✅ Periksa tekanan angin tayar✅ P...
08/06/2017

TIPS LEBIH JIMAT PETROL KERETA

✅ Isi minyak di waktu awal pagi
✅ Kurangkan berat kenderaan
✅ Periksa tekanan angin tayar
✅ Penyelenggaraan kereta secara berkala
✅ Penggunaan gear yang betul
✅ Penggunaan brek yang betul

Thanks Petron Bandar Baru Kulim

Cara untuk air cond kereta bagi sejuk
05/06/2017

Cara untuk air cond kereta bagi sejuk

D.I.Y SEJUKKAN AIRCOND KERETA Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap

- PERINGATAN KEPADA PEMANDU -Jangan letak botol air di lantai kereta. Nanti bergolek masuk bawah pedal brake. benda keci...
06/05/2017

- PERINGATAN KEPADA PEMANDU -

Jangan letak botol air di lantai kereta. Nanti bergolek masuk bawah pedal brake. benda kecil seperti ini boleh bawa kemalangan!

Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh atau pun dekatTips-tips nak buat periksa keretaKat sini aku bagikan secar...
29/01/2017

Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh atau pun dekat

Tips-tips nak buat periksa kereta
Kat sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang
1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel

Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar
.............................................................................

Pemeriksaan Keadaan Minyak enjin.. .............................................................................

Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min


Pemeriksaan kandungan Minyak Brake

Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.


Pemeriksaan Minyak Power Stering

Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).


Pemeriksaan Air Radiator (coolant)

Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar


Pemeriksaan fungsi Wiper

Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus


7)Periksa Getah wiper

Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.


Pemeriksaan Aircon sistem

Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..

Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi

Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…


Pemeriksaan Keadaan Tayar

Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok..

08/10/2016


Address

Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when La Genius SAVER Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to La Genius SAVER Kulim:

Share