Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu

Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu ini menawarkan khidmat kpd rakyat di kawasan ini.

Khidmat kita adalah profesional, tidak berpaksikan politik kepartian & lebih mengutamakan dasar yang memanfaatkan rakyat jelata.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan tamat secara rasmi pada hujung Disember 2026 (sekitar 27 hingga 3...
04/08/2026

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan tamat secara rasmi pada hujung Disember 2026 (sekitar 27 hingga 30 Disember 2026), genap lima tahun selepas persidangan pertama berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November 2021. Walaupun ketua menteri Melaka berkata negeri itu tidak akan ikut rentak Johor dan N9, namun kejayaan Umno mewujudkan 7 kerusi ADUN lantikan telah membangkit suasana tidak puashati dalam kerajaan perpaduan negeri itu di mana DAP menentang kewujudan 7 ADUN lantikan itu dan keluar daripada kerajaan negeri tersebut.

Setelah tewas di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan, bolehkah KEADILAN mempertahankan kerusi-kerusi mereka di Melaka ini? Dapatkah KEADILAN memperbaiki prestasinya setelah menyaksikan kekalahan di ketiga-tiga negeri tersebut? Ini masih menjadi tanda tanya.

Bahang Pemilihan KEADILAN 2025 yang lalu masih terasa sehingga hari ini. Ketua-ketua cabang yang tewas dalam pemilihan yang lalu tetapi pasukannya p**a memang sememangnya telah memberikan banyak masalah kepada ketua-ketua cabang yang baru dipilih.

Kita tengok contoh Cabang Kota Melaka ini yang pernah menyaksikan timbalan ketua cabangnya mencabar ketua cabang meletakkan jawatan atau menghadapi undi tidak percaya dalam mesyuarat agung. Hasilnya, undi tidak percaya berjaya diperoleh, namun ibupejabat parti enggan mengiktirafnya kerana undi tidak percaya itu tidak wujud dalam perlembagaan parti.

Selain daripada Melaka, terdapat lebih 60 cabang seluruh negara yang telah menyaksikan ketua-ketua cabang yang memenangi pemilihan parti tetapi pasukan yang didukungnya kalah, di mana ketua-ketua cabang terpaksa menghadapi barisan timbalan ketua cabang dan ahli-ahli jawatankuasa dari pihak lawan yang menang.

Bagaimana ketua-ketua cabang yang tanpa pasukannya ini dapat bekerjasama dengan pasukan daripada pihak lawan? Begitu juga dengan pasukan lawannya yang juga enggan bekerjasama dengan ketua-ketua cabang yang baru dipilih.

Maka habis, terbantut usaha sesebuah cabang untuk menyediakan diri bagi menghadapi PRN dan PRU yang akan datang apabila ketua-ketua cabang ini tidak dapat kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa daripada pihak lawan. Ranaplah jentera daerah mengundi (JDM) kerana tiada persediaan dan sibuk dengan usaha menggulingkan ketua-ketua cabang mereka.

Lagi satu masalah adalah, dana parti yang tidak diedarkan kepada cabang-cabang menyebabkan banyak cabang tidak dapat menggerakkan operasinya serta menyediakan diri mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Hampir semua cabang lumpuh akibat ketiadaan dana, lepas itu program tidak dapat diadakan, perjumpaan tergendala, aktiviti-aktiviti tersadai begitu sahaja, sewa pejabat & bayaran utiliti tertunggak, mesyuarat tidak diadakan kerap dan banyak lagi masalah.

Masalah ketiadaan dana ini merupakan salah satu daripada punca KEADILAN kalah di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan. Sedarlah ibupejabat parti

Kenapa Bendahari Agung PAS, Iskandar Samad tidak cukup jantan seperti sivaguru supermaniam? Dan kenapa PAS tidak cukup j...
16/06/2026

Kenapa Bendahari Agung PAS, Iskandar Samad tidak cukup jantan seperti sivaguru supermaniam? Dan kenapa PAS tidak cukup jantan untuk memanggil sidang majlis tertinggi PN bagi mengusulkan pemecatan parti Bersatu dari gabungan tersebut?

Kan para pemimpin PAS sudah pun berunding dengan rakan komponen PN yang lain seperti Gerakan dan MIPP? Jadi, kenapa tidak bertindak lagi? Takut apa? Masih bergantung kepada sumber kewangan Bersatu?

Dahulunya PAS ambil RM90 juta dari Umno sewaktu bersama dalam satu gabungan tidak formal, Muafakat Nasional (MN). Setelah MN dibenam PAS, parti itu memikat Bersatu p**a!

Menyerupai pelacur jalanan.

Bendahari Agung Iskandar Samad berkata Bersatu perlu memahami realiti politik selepas PAS memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengannya.

Reformasi bukannya sesuatu yang mudah dilaksanakan, setelah negara kita sudah enam dekad diperintah oleh golongan nasion...
16/06/2026

Reformasi bukannya sesuatu yang mudah dilaksanakan, setelah negara kita sudah enam dekad diperintah oleh golongan nasionalis dan puak konservatif kaum dan agama.

Pada PRU15 yang lalu, walaupun PH berjaya menduduki tempat pertama dari segi jumlah kerusi, namun PH tidak dapat membentuk kerajaannya sendiri kerana langkah itu perlulah memerlukan majoriti dua pertiga pada keseluruhannya.

Disebabkan ketiadaan majoriti dua pertiga, PH terpaksa membentuk kerajaan perpaduan bersama BN, GPS, dan GRS bagi memastikan negara kita terus stabil dari segi politik dan juga ekonomi.

Dengan langkah tersebut, barulah negara kita menjadi stabil dari segi politik dan ekonomi beransur pulih dengan matawang ringgit pun kembali stabil dan menjadi semakin kuat.

Yang PH tidak dapat melakukan secara keseluruhan adalah pelbagai reformasi yang telah dijanjikannya, kerana langkah tersebut memerlukan pindaan perlembagaan persekutuan yang turut memerlukan sokong dua pertiga ahli- ahli parlimen.

Oleh kerana kerajaan perpaduan ini adalah campuran fraksi reformis, konservatif dan kewilayahan, adalah agar sukar dan rumit untuk mendapat sokongan kesemua fraksi yang amat berlainan dari segi fahaman, dasar dan ideologi politik.

Justeru itu, PH terpaksa bertolak ansur demi menstabilkan negara dan ekonomi agar rakyat tidak terkesan dengan ketidakstabilan yang timbul akibat kemelut politik berterusan.

Masalah di sini adalah, rakyat kurang faham dengan struktur kerajaan yang ada pada hari ini, menyangka bahawa PH telah berkuasa dan terus gagal merealisasikan reformasi secara menyeluruh.

Apatah jika PH enggan berganjak dan berkeras meneruskan reformasinya secara menyeluruh? Kerajaan yang ada mungkin tumbang dalam masa yang singkat jika BN, GPS atau GRS menarik sokongan kerana ada "kepentingan" mereka tidak dijaga atau mereka membantah reformasi yang diketengahkan PH.

Jika perkara ini berlaku, maka negara kita akan terus mengalami suasana yang tidak stabil yang akan akibatkan ekonomi negara merudum.

Jadi, fahamilah keadaan sekarang.

Some netizens think Anwar's Reformasi chant is no longer appropriate since he now has the power to make the reformation possible. But is the reality of the situation so simple?

16/06/2026

Pertandingan Durian Komuniti Kampung yang dianjurkan oleh JPKKP Kg Baru Junjong, Kulim akan diadakan pada 21/6/2026 ini. Syabas diucapkan kepada Puan Lok Hean Hiong selalu pengerusi JPKKP Kg Baru Junjong kerana telah bertungkus lumus berusaha untuk memastikan kejayaan program tersebut.

Jom ke Pekan Junjong pada Ahad ini untuk mengikuti sambutan dan pertandingan tersebut.

16/06/2026
Jangan sesatkan pemikiran masyarakat Melayu dengan mengatakan Melayu kini berpecah. Sebenarnya, hanya segelintir parti p...
10/06/2026

Jangan sesatkan pemikiran masyarakat Melayu dengan mengatakan Melayu kini berpecah. Sebenarnya, hanya segelintir parti politik yang berpecah, bertambah banyak, maka bertambahlah polihan untuk masyarakat Melayu tentang parti politik Melayu manakah yang dapat memberikan khidmat yang lebih memuaskan, parti manakah yang ada dasar yang praktikal, munasabah dan membina dan parti politik manakah yang lebih berdaya saing dari segi seni pentadbiran, pembuatan dasar, punyai pemikiran yang munasabah dan tidak melihat agama dan bangsa sebafai senjata politik mereka semata-mata.

Ibrahim Ali mengingatkan semua pihak agar tidak menjadi "batu api" atau cuba mencari keuntungan peribadi daripada konflik yang berlaku.

Langkah positif yang dikelola oleh Ketua Cabang KBB demi mengeratkan hubungan antara ahli, masyarakat setempat dengan pi...
31/03/2026

Langkah positif yang dikelola oleh Ketua Cabang KBB demi mengeratkan hubungan antara ahli, masyarakat setempat dengan pimpinan parti peringkat Komunikasi Keadilan Cabang Kulim Bandar Baharu Kedah

Bagaimanakah perpaduan seumpama ini dapat dicapai? Begitu mudah sekali apabila perpaduan ini dikecapi di kalangan masyar...
31/03/2026

Bagaimanakah perpaduan seumpama ini dapat dicapai? Begitu mudah sekali apabila perpaduan ini dikecapi di kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan tanpa mengira warna kulit.

Inilah usaha sebilangan besar masyarakat tanpa latarbelakang politik yang ingin melihat keamanan dikecapi dengan perpaduan hasil usaha semua rakyat Malaysia, yang sangat mengidamkan konsep Malaysia untuk Rakyat Malaysia (Malaysian Malaysia) atau Bangsa Malaysia.

Kenapa kita perlu menyetujui konsep Malaysia dan Perpaduan ini? Ianya bagaikan suatu bentuk penyatuan yang akan menghilangkan sifat-sifat negatif berbaur perkauman, syak wasangka, perasaan benci dan punyai hasad dengki ke atas kaum-kaum tertentu.

Pendek kata, kita perlukan satu identiti tunggal bagi mewujudkan Malaysian Malaysia atau Bangsa Malaysia yang sejagat, bukannya Melayu mengatasi Cina atau Cina mengatasi Melayu, mahupun India mengatasi Melayu dan Cina serta pelbagai lagi dakyah yang cuba diperkasa oleh politik pihak lawan.

Kenapa perlu melaksanakan ketuanan ke atas dua tiga kaum yang lain? Kenapa p**a ketuanan diketengahkan bagi menguasai sesuatu hak atau menjadikan sesuatu itu eksklusif buat sesuatu kelompol atau etnik?

Malaysia perlu kita bangunkan bersama, jaga-jaga ia secara bersama, sama-sama kita hadapi cabaran semasa, sama-sama kita berganding bahu melawan arus cabaran demi kelangsungan dan kemajuan negara, sama-sama kita bawa negara kita ini ke arah kemuafakatan nasional dan berdiri sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, "a Malaysian Malaysia" untuk semua rakyat dengan kesaksamaan dan keadilan sejagat.

Usah kita berbangsa-bangsa secara asing, pecah memecah belah, syak mensyaki antara satu sama lain ataupun menaruh api memarakkan kebencian dan hasad dengki terhadap mana-mana kaum atau agama, usah kita memperkasakan satu-satu bangsa untuk menguasai bangsa-bangsa lain.

Kita berdiri teguhlah sebagai bangsa Malaysia demi Malaysia!

Hayatilah kepelbagaian budaya, kesenian dan perpaduan di negara kita ini secara bersama agar ia dapat merapatkan silaturahim di kalangan masyarakat kita.

Race and religion run deep in Malaysia. They shape who we are, how we live, and what we pass down to our children. In a ...
14/03/2026

Race and religion run deep in Malaysia. They shape who we are, how we live, and what we pass down to our children. In a country blessed with so many cultures, these differences should be something to celebrate—a sign of how rich and vibrant our society really is.

But lately, something troubling has been happening.

Instead of bringing us together, race and religion are being used to tear us apart. We’ve all seen it—the way certain politicians reach for these issues whenever they need to distract, divide, or deflect.

Instead of bringing us together, race and religion are now being used to tear us apart. We’ve all seen it in the way certain politicians reach for these issues whenever they need to distract, divide, or deflect.

Address

Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share