05/09/2019
Hai hampa, petang ni kami nak share beberapa tips untuk kurus π sapa ja yang taknak kurus kan, betul dak ? Mahu tahu dak cara untuk kuruskan badan dengan cepat ? Awal tahun haritu siapa yang berazam nak kurus ? Angkat tangan πββοΈπββοΈ
Sekarang dah awal bulan 9 guyss, berapa kilogram dah yang berjaya hilangkan ?
Kalau azam anda belum tercapai, pakai baju masih ketat, seluar hampir tak boleh nak zip, terkeluar semua spare tyre yang tak berapa nak cantik, tengok cermin rasa tak best, jum baca tips tips dekat bawah ni!
Kami nak kongsikan cara untuk kuruskan badan dalam masa 30 hari yang selamat dan juga berkesan!
1) Kawal pemakanan seharian. πππ
- Secara amnya, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika hampa dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori untuk wanita, 2000 kalori untuk lelaki.
- Untuk kurus, elakkan makanan yang bergoreng & berkuah. Pilih makanan yang dikukus, dibakar & digril. Kurangkan garam dan gula dalam masakan. Elakkan penggunaan serbuk perasa. Untuk sayur-sayuran, ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur yang digoreng.
- Lebih baik amalkan buah-buahan! π₯πππ½πππ
2) Makan sedikit tapi kerap. πππ₯
- Tips utama untuk kurus ialah makan sedikit tapi kerap. Kalau lapar? Anda boleh snacking. Tapi awas, jangan snacking dengan cempedak goreng, keropok lekor atau popia bersira. Tukar kepada kekacang, salad & buah-buahan.
3) Jangan Makan Malam. πππ
- Kalau nak kurus, elakkan daripada makan pada waktu malam. Pastikan anda makan malam sebelum pukul 8.00. Disiplin sangat penting kalau nak kurus.
- Selepas pukul 8.00 malam, kalau lapar jangan makan. Tapi anda boleh isi perut yang lapar dengan air teh atau kopi tanpa gula. Kalau lapar sangat, tak boleh tahan, makan salad atau buah. Atau pun, lagi bagus kalau anda tidur awal.
4) Teh hijau. π΅
- Teh hijau atau green tea sememangnya membantu anda yang ingin menurunkan berat badan. Rasa lapar? Minum teh hijau. Ia bukan sahaja membantu mengisi perut yang lapar, ia juga boleh mengurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Paling best? Ia membantu membakar kalori. Tapi ingat, bancuh tanpa gula.
5) Senaman. πββοΈπββοΈ
- Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk muscle toning. Nak buat senaman apa? Berapa kali seminggu?
- Senaman kardio sangat membantu untuk anda kurus. Di antara jenis senaman kardio ialah berlari, mengayuh basikal, berenang, lompat tali skipping, dan kalau anda ada keahlian gymnasium boleh gunakan mesin-mesin kardio yang ada.
- Berapa kali seminggu kena bersenam? Jawapannya bergantung kepada anda. Minimum ialah 20 minit 3 kali seminggu. Kalau dapat lagi kerap & lebih lama, lagi membantu untuk anda kuruskan badan. Jaga pemakanan, rajin bersenam, pasti anda akan kurus.
6. Tidur yang Cukup. πββοΈπββοΈπ΄
Percaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan.
Itulah dia cara kuruskan badan dalam masa 30 hari yang selamat dan berkesan. Amalkan tips yang kami senaraikan tadi secara konsisten, anda pasti akan tersenyum selepas 30 hari. Kami jamin, baju anda akan rasa longgar. Naik atas mesin penimbang, anda senyum sampai ke telinga.
SELAMAT KURUSKAN BADAN GUYS! ππππββοΈ
Like fb page https://www.facebook.com/perfumehannassecret/ untuk tips lain yang lebih menarik ! β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈπ