03/05/2024
Lelaki Itu.
Bismillah.
Bila dijadikan drama kisah masyarakat, lebih ramai yang terbuka mata dan hati untuk ambil tahu dan faham tentang isu perwarisan dan realiti dalam kehidupan. Tahniah buat Penerbit dan penulis skrip Lelaki Itu, Erma Fatima dan diarahkan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif.
Alhamdulillah, dalam SB Group ada yang mengulas drama ni. M Lina Azlina.
1. Qaidah - ada hak tuntut harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan. Namun harta sepencarian ni ada pecahan atau peratusannya. Dia nak tuntut semua harta pada asalnya. Memang tak boleh lah. Bahagian faraid dia sebagai isteri p**a perlu dikongsi dengan madu. Bukan lagi 1/8 untuk dia seorang. Sebaliknya bahagian 1/8 itu perlu dikongsi bersama 2 lagi isteri Syed Mirza. Maka Qaidah mendapat 1/24 bahagian faraid sahaja.
2. Imani - Nikah luar negara masih boleh didaftarkan walau selepas pasangan meninggal dunia sebelum tuntutan faraid boleh dibuat. Imani juga boleh tuntut harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan sahaja iaitu 1 tahun. Pada asalnya, dia nak tuntut harta sepencarian daripada tempoh 8 tahun sebab jadi orang penting dalam syarikat dan banyak membantu Syed Mirza membangunkan perniagaan tersebut. Tapi hat tu tak boleh lah kerana pada ketika itu statusnya hanya sebagai pekerja sahaja. Namun akhirnya dia membatalkan tuntutan tersebut atas nasihat bapanya.
3. Anak Imani - disebabkan dia masih dibawah umur, dia berhak mendapat keseluruhan bahagian faraidnya sebagai anak lelaki.
4. Sarina - Dia memiliki sijil nikah, maka perkahwinannya sah dan berhak menuntut bahagian faraid sebagai isteri.
5. Khai - waris yang menerima bahagian terbanyak selain anak Imani sebagai anak lelaki Syed Mirza. Namun Khai mewaqafkan kesemua bahagiannya atas nama Batrisya.
6. Nama Khai berbin kan Abdullah kerana pada ketika kelahiran, sijil nikah ibunya masih belum diperolehi. Maka perlu mendaftarkan kelahiran anaknya sebagai TIADA BAPA dan dibin kepada Abdullah.
7. Hanya selepas 7 tahun kelahiran Khai, barulah Sarina mendapatkan pengesahan pernikahan dan memperolehi sijil nikah tersebut. Sepatutnya Sarina boleh ke JPN semula untuk menukar maklumat bapa sebagaimana pengesahan Mahkamah Syariah agar dapat ditukarkan nama anak kepada Syed Khairullah bin Syed Mirza. Tetapi ini tidak dibuat yang telah mengakibatkan berlakunya pernikahan bersama adik kandung yang tidak diketahui kewujudannya.
8. Qaidah sepatutnya beruntung kerana Mirza ada anak-anak lelaki daripada madu-madunya. Kalau tidak, sebahagian harta suaminya itu akan diwarisi oleh adik Syed Mirza yang muncul diakhir episod yang kelihatan tiada potensi untuk melepaskan bahagian. At least Khai melepaskan untuk bekal Batrisya manakala Imani melepaskan sebagai bekalan Syed Mirza.
9. Mungkin ada khilaf editing kat sini bilamana pada 1 scene Imani membatalkan tuntutan harta sepencarian yang dibuat pada awalnya. Namun peguamnya mengatakan dia juga menyerahkan bahagian faraidnya kepada Sarina. Rujuk di sini ↩️
https://www.facebook.com/share/v/aZ7jfrGJ8L4RzvoC/?mibextid=w8EBqM
Dalam erti kata sepatutnya Sarina menerima 2/24 atas pemberian Imani tersebut.
Namun pada sesi penggulungan, Imani kata dia nak waqaf p**a bahagiannya pada rumah anak-anak yatim. Rujuk di sini ↩️
https://www.facebook.com/share/v/TpjjxoDz6qAu7iwc/?mibextid=w8EBqM
Tergamak Imani mempermainkan perasaan Sarina 🤭. Tak kisah lah tu. Ceritanya Imani berhak je nak beri kepada sesiapapun bahagiannya.
10. Ada kesilapan pada pembahagian faraid dalam episod akhir ini kerana bahagian Batrisya telah diabaikan. Hakim menyebut bahagian Khai dan anak Imani menerima 14/48 dan bahagian kedua-dua anak perempuan sebagai 7/48 tiap seorang. Seolah-olah Syed Mirza hanya meninggalkan 2 anak perempuan sahaja.
11. Batrisya tetap ada bahagian daripada pusaka ayahnya walaupun dia telah meninggal dunia. Kerana ayahnya mati terlebih dahulu sebelum dia. Sepatutnya Khai dan anak Imani masing-masing menerima 6/24, manakala 3 anak perempuan Syed Mirza termasuk Batrisya menerima 3/24 tiap seorang.
12. Maka bahagian Batrisya 3/24 tersebut kemudiannya diwarisi p**a oleh ibunya, Qaidah sebanyak 1/6 bahagian, kakak-kakaknya yang merupakan adik-beradik seibu sebapa sebanyak 2/3 bahagian dikongsi sama rata. Manakala bakinya adalah milik Khai serta anak kepada Imani yang merupakan adik-beradik sebapa secara sama rata.
13. Ini tidak disebut dalam episod ini dan bukan untuk dijadikan pertikaian. Dia nak buat drama je... bukan nak buat kelas faraid 🤭 so dimaafkan. Hanya info tambahan untuk korang ambil maklum.
OK dah tamat cerita ni 😁.
Siapa yang marah-marah cerita ini merapu, inilah realiti sebenar yang berlaku kat luar sana. So korang tau lah betapa merapunya orang kita melalui kehidupan yang hanya nak bersenang di dunia.
Oh ya, harta pusaka Syed Mirza dalam drama ni 12 billion.
Terima kasih juga buat Nurhanis Syazni Roslan yang buat Conceptual Framework Drama Lelaki Itu. Siapa yang belum tengok drama ni akan faham la jalan cerita.
Semoga lebih ramai akan ambil tahu tentang kesan dan akibat POLIGAMI dalam perwarisan, PERKAHWINAN yang TAK DIDAFTARKAN, WATI' SYUBHAH, pengesahan NASAB ANAK, PUSAKA, FARAID, HARTA SEPENCARIAN, KEMATIAN BERLAPIS dan HARTA BATIL...
Kalau disentuh satu persatu akan jadi lebih dari 30 episod ni...
"Tiada apa yang perlu disambung lagi untuk drama ini" kata Erma Fatima.
Kredit kepada FB Hartini Zubir.