Koperasi Usahawan Transformasi Lormalong Sabah Berhad

Koperasi Usahawan Transformasi Lormalong Sabah Berhad Sebuah koperasi yang berasaskan pertanian dan penternakan terletak di Kampung Lormalong, Kunak

18/10/2024
LAWATAN KERJA PIHAK ANGKASA KE KOPERASI USAHAWAN TRANSFORMASI LORMALONG SABAH BERHAD (KOPUTRAL) BERHUBUNG KEANGGOTAAN AN...
16/10/2024

LAWATAN KERJA PIHAK ANGKASA KE KOPERASI USAHAWAN TRANSFORMASI LORMALONG SABAH BERHAD (KOPUTRAL) BERHUBUNG KEANGGOTAAN ANGKASA

16/10/2024, NADI Kg. Lormalong - Encik Muhd Ashry Bin Rasgar, Penolong Pegawai Kerja, Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd - ANGKASA Cawangan Tawau telah mengadakan lawatan bagi mengemaskini keanggotaan koperasi KOPUTRAL untuk menjadi Ahli ANGKASA.

Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOPUTRAL, Encik Ajah Bin Rasin, Encik Maswan Bin Sulad dan Encik Azizul Bin Karamdin bersama beberapa orang ahli koperasi yang turut hadir.

Dalam lawatan ini, Encik Muhd Ashry telah berkongsi dan memberi penerangan lebih jelas berkenaan halatuju dan manfaat yang bakal diperolehi oleh pihak koperasi setelah mendapat keahlian ANGKASA.

Pihak KOPUTRAL sangat berterima kasih diatas kunjungan ini. Segala info dan maklumat yang disampaikan tadi akan diusaha untuk dimanfaatkan sebaiknya demi kebaikan dan pembangunan komuniti Kampung Lormalong.




Address

Kampung Lormalong
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Usahawan Transformasi Lormalong Sabah Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share