UPPM DUN N.63 KUNAK

Directions

UPPM DUN N.63 KUNAK UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DUN N.63 KUNAK, SABAH.

ALHAMDULILLAH 🤲SUMBANGAN BATA UNTUK MASJID NURUL SYUHADA, KG. PANGKALAN MADAIAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, satu ...
28/09/2026

ALHAMDULILLAH 🤲

SUMBANGAN BATA UNTUK MASJID NURUL SYUHADA, KG. PANGKALAN MADAI

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, satu lagi usaha murni untuk membantu pembangunan kemudahan masyarakat telah berjaya dilaksanakan.

Sebanyak 3 bundel bata telah disumbangkan kepada Masjid Nurul Syuhada, Kg. Pangkalan Madai bagi kegunaan pembinaan pagar masjid.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pemaju Mukim, mewakili YB Dato Sri Dr Anil Sandhu, dan diterima dengan kerjasama JKKK Kg. Pangkalan Madai.

Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan kerja-kerja pembinaan serta penambahbaikan masjid, sekali gus memberikan keselesaan kepada para jemaah dan seluruh penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB DATO SRI DR ANIL SANDHU yang telah menyumbang dan sokongan dalam menjayakan usaha ini.

🤲 Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.






ALHAMDULILLAH, PRIHATIN TERHADAP PENDIDIKAN ANAK-ANAKAlhamdulillah, satu lagi usaha murni dalam membantu keluarga yang b...
25/09/2026

ALHAMDULILLAH, PRIHATIN TERHADAP PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Alhamdulillah, satu lagi usaha murni dalam membantu keluarga yang berdepan dengan kekangan kewangan telah dilaksanakan melalui sumbangan bantuan wang tunai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada sebuah keluarga yang memerlukan.

Sumbangan ini disampaikan susulan keadaan seorang adik yang berhasrat untuk berhenti daripada persekolahan akibat kekangan kewangan keluarga. Keadaan tersebut mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak yang berkaitan agar kebajikan serta kelangsungan pendidikan anak ini dapat terus dibantu dan dipertahankan.

Usaha ini merupakan hasil kolaborasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N63 Kunak, dalam memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada menerima bantuan dan perhatian sewajarnya.

Dalam kesempatan ini, UPPM DUN N63 Kunak turut mewakili YB DATO SRI DR ANIL SANDHU, yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat, khususnya keluarga yang berdepan dengan cabaran kehidupan serta anak-anak yang memerlukan sokongan untuk meneruskan persekolahan.

Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga, membantu memenuhi keperluan harian dan persekolahan, serta memberi ruang kepada adik berkenaan untuk terus menimba ilmu dan mengejar cita-cita.

Pendidikan merupakan aset penting dalam membina masa depan anak-anak. Justeru, usaha membantu mereka agar terus bersekolah adalah tanggungjawab bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas keprihatinan, kerjasama dan tindakan dalam membantu keluarga ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta memberi manfaat kepada keluarga yang menerima.

“Kebajikan Dipelihara, Pendidikan Diteruskan, Masa Depan Dicorakkan.”







🤝 KUNJUNGAN HORMAT & KERJASAMA STRATEGIK24 September 2026Alhamdulillah, telah berlangsung kunjungan hormat yang mencermi...
24/09/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT & KERJASAMA STRATEGIK

24 September 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung kunjungan hormat yang mencerminkan kolaborasi dan kerjasama erat antara Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun N63 Kunak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kunak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kunak

Pertemuan ini menjadi ruang untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama serta membincangkan usaha dan pendekatan bersama dalam memperkasa kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat, khususnya demi kepentingan anak-anak serta komuniti di Daerah Kunak.

Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat terus diperkukuhkan dan menghasilkan manfaat yang berterusan kepada masyarakat.

“Bersama Membina Masyarakat, Demi Masa Depan Anak-Anak Kunak.”

ALHAMDULILLAH 🤲🏻Sumbangan Bakul Makanan daripada YB DATO SRI DR ANIL SANDHU diteruskan lagi sebagai tanda keprihatinan d...
24/09/2026

ALHAMDULILLAH 🤲🏻

Sumbangan Bakul Makanan daripada YB DATO SRI DR ANIL SANDHU diteruskan lagi sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada masyarakat setempat.

Sumbangan ini telah diagihkan oleh Pemaju Mukim dengan kerjasama serta bantuan JKKK kampung, bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Antara kampung yang terlibat dalam pengagihan ialah:

📍 Kampung Telaga 7
📍 Kampung Getah
📍 Kampung Cenderawasih
📍 Kampung Sapang Air
📍 Kampung Kadazan
📍 Kampung Pangi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB DATO SRI DR ANIL SANDHU atas keprihatinan serta usaha berterusan dalam membantu dan menjaga kebajikan masyarakat.

Terima kasih juga kepada Pemaju Mukim dan JKKK kampung atas kerjasama dalam menjayakan pengagihan sumbangan ini.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada penerima,InsahAllah sumbangan ini akan di teruskan ke kampung seterusnya 🤲🏻❤️

22/09/2026
22 SEPTEMBER 2026 | SELASAZIARAH PRIHATIN & USAHA MEMBANTU MURID YANG BERISIKO BERHENTI SEKOLAHUnit Pemimpin Pembangunan...
22/09/2026

22 SEPTEMBER 2026 | SELASA

ZIARAH PRIHATIN & USAHA MEMBANTU MURID YANG BERISIKO BERHENTI SEKOLAH

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N63 Kunak Mewakili Yb Dato Sri Anil Sandhu di ketuai Tuan Sharif Azlan bin Abd Rahman (PPM) Pemaju Mukim, Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta Puan Ramlah binti Tahang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kunak 1, telah mengambil maklum mengenai keadaan seorang murid yang berhasrat untuk berhenti sekolah berikutan kekangan kewangan keluarga.

Keadaan keluarga murid berdepan cabaran apabila bapa murid mengalami strok, sekali gus memberi kesan terhadap kemampuan keluarga dalam menampung keperluan harian dan persekolahan anak.

Sehubungan itu, usaha bersama akan digerakkan bagi mengenal pasti bentuk bantuan dan sokongan yang bersesuaian agar murid berkenaan dapat meneruskan persekolahan serta tidak tercicir dalam pendidikan.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi sinar harapan kepada keluarga dan memastikan masa depan pendidikan anak-anak terus terbela.

“Setiap Anak Berhak Mendapat Pendidikan.”






18 SEPTEMBER 2026 | JUMAATMAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUNAK TAHUN 2026MAlhamdulillah, Unit Pemimpin ...
18/09/2026

18 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUNAK TAHUN 2026M

Alhamdulillah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N63 Kunak telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak Tahun 2026M yang berlangsung di Masjid Daerah Kunak.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB DATO SRI DR ANIL SANDHU dengan tema:

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Penghargaan juga kepada semua pihak yang turut hadir dan memberikan sokongan dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Semoga majlis ini menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan ukhuwah, perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.
Mengalun Selawat, Menyulam Rindu, Menyatukan Jiwa.




🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾Semoga semangat perpaduan terus mekar, Malaysia kekal aman, maju dan sejahtera.Selamat Hari ...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan terus mekar, Malaysia kekal aman, maju dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia, 16 September 2026!
Malaysia MADANI – Rakyat Disantuni, Negara Diperkasa. 🇲🇾❤️

15 SEPTEMBER 2026 | SELASA📍 Padang Bandaran SempornaCERAMAH PERDANA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ DR. HAJI DAS’AD LATIFSyukur A...
16/09/2026

15 SEPTEMBER 2026 | SELASA
📍 Padang Bandaran Semporna

CERAMAH PERDANA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ DR. HAJI DAS’AD LATIF

Syukur Alhamdulillah UPPM DUN N63 KUNAK Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Akram Abd Rauf, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N64 Sulabayan, atas jemputan untuk menghadiri Ceramah Perdana Istimewa Bersama Ustaz Dr. Haji Das’ad Latif yang membawa tema:

🌙 “MAHABBAH RASULULLAH” 🌙

Semoga majlis ilmu ini terus menyemarakkan rasa cinta dan kerinduan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menjadi wadah untuk memperkukuhkan ukhuwah dan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Alhamdulillah atas kesempatan dan jemputan yang diberikan.
Semoga segala usaha dan penganjuran majlis yang penuh barakah ini mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.






15.SEPTEMBER.2026 (Rabu) PENYAMPAIAN SUMBANGAN TONGKATAlhamdulillah, telah berlangsung penyampaian sumbangan tongkat dar...
15/09/2026

15.SEPTEMBER.2026 (Rabu)
PENYAMPAIAN SUMBANGAN TONGKAT

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian sumbangan tongkat daripada YB Dato Sri Dr. Anil Sandhu kepada Puan Waynia binti Abah di Kampung Selamat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil YB, Tuan Nordin bin Maming (CDO), bersama Pemaju Masyarakat & Pemaju Mukim, serta dibantu oleh Saudara Samporna @ Yakup bin Jaafa, JKKK Kampung Selamat.

Semoga sumbangan ini dapat membantu memudahkan urusan dan pergerakan Puan Waynia dalam menjalani kehidupan seharian.

Keprihatinan dan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan. 🤝


Address

BANGUNAN PEJABAT URUSETIA
Kunak
91207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM DUN N.63 KUNAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share