27/08/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
LABUAN | 25 Ogos 2026
Bertemakan โMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ, Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) turut serta memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1448H/2026M anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.
Seramai 50 orang warga ASB telah mewakili kontinjen ASB dalam sambutan tersebut yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kebersamaan.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datoโ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen P.166 Labuan.
Turut hadir ialah Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI; serta Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan dan organisasi, kampung serta institusi pengajian yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini, khususnya kepada para pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati dan meneladani akhlak mulia, sunnah serta ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๏ทบ