25/05/2023
"Mendefinisikan erti kejayaan"
Kemenangan tidak seharusnya menjadi satu-satunya kriteria untuk mengukur kejayaan.
Paradigma yang tertumpu semata-mata pada pemenang dan yang kalah adalah satu cara perbandingan untuk menentukan siapa yang lebih unggul. Walau bagaimanapun, perspektif ini gagal untuk merangkum keseluruhan kehidupan, kerana ia hanya menandakan kejayaan dalam satu aspek dalam hidup.
Mengamalkan pemikiran yang tertumpu semata-mata pada kemenangan boleh membawa kepada akibat yang tidak diingini.
Apabila individu hanya bertumpu untuk menangi dalam sesuatu tanpa apa jua alasan. Dan Jika mereka mempunyai kuasa atau pengaruh untuk memanipulasi peraturan permainan, mereka mungkin memanipulasinya untuk "advantage" mereka, supaya mereka akan mencapai kemenangan demikian.
Daripada tertumpu pada kemenangan semata-mata, utamakan pertumbuhan dan kemajuan peribadi. Menerima pendekatan ini memastikan rasa pencapaian yang berkekalan dalam sebarang usaha yang anda lakukan.
Sebagai contoh , pertimbangkan permainan golf. Jika anda kerap kali mendapati diri anda kalah kepada orang lain, ia boleh mengecewakan. Walau bagaimanapun, jika anda melihat peningkatan dalam purata skor anda dari semasa ke semasa melalui permainan yang konsisten, ini menandakan ada peningkatan cara permainan anda, walaupun anda mengalami kekalahan sekali-sekala dengan orang lain.
Oleh itu, dalam usaha penetapan matlamat anda yang seterusnya, tumpukan objektif yang menggalakkan "personal growth" .