31/12/2021
Sedikit coretan untuk penghujung tahun ini, yang menutup cerita pahit dan manis perjuangan diri sendiri serta orang lain.
Segala jenis kritikan dan dorongan yang kian hari mematangkan kita. Petikan dari Dr. MAZA, “Tahun baru hanyalah angka” sering bermain di fikiran aku. Tentang adakah aku masih di cerita tahun sebelumnya? Adakah kebaikan yang pernah aku kongsi bersama insan yang lain? Adakah aku mengubah kesilapan dan kegagalan aku, dan mencari resolusi yang baru? Aku selalu menghadapi kegagalan yang mengecewakan. Tapi aku tahu setiap orang mempunyai peluang untuk sampai ke puncak.
“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”
-Buya Hamka
Semoga 2022 menjadi tahun untuk kita bangkit, menjadi yang lebih baik. Maaf untuk salah silap dan semoga kejayaan serta berkat mengiringi kita.
!حى على الفلاح