29/01/2018
I SYNERGY GROUP LIMITED IS NOW CERTIFIED SHARIAH-COMPLIANT
Great news!!
Our company and affiliate marketing platform is growing with so many exciting developments, one of which was our plan for getting the shariah compliant certification for our company.
We have been working towards getting the certification since 2016, and thus it is with absolute pleasure that we would like to announce I Synergy Group Limited (iSYNERGY) is now officially certified SHARIAH-COMPLIANT. We are thrilled to share this great news with you as you are the backbone of our success.
On 12 January 2018, SIRIM QAS International, Malaysia’s leading certification, inspection and testing body under SIRIM Berhad, has officially certified I Synergy Group Limited with the MS 1900:2014 Shariah Based Quality Management Systems certification. The scope of the certification is for the group’s primary business activities in Malaysia, specifically the provision of training and services for the affiliates in Affiliate Junction’s agency program and the retail affiliate program, MyKad Smart Shopper, operations, rewards and incentives. With Shariah Compliance regulations implemented in our operations, certain aspects such as the ‘Halal Filtering System’ for Muslims affiliates and merchants have been modified accordingly.
With regards to sharing this great news to the public as well as any future updates on iSYNERGY’s Shariah Compliance status, it is important for all affiliates/agencies to ONLY share the announcements made on Affiliate Junction’s official page. This is to avoid any inaccuracies or misrepresentation of information that could cause complications to our business operations and Shariah Compliance status. As a quick reminder, we request the cooperation of everyone to adhere strictly to the “Social Media Posting Guide” and “AJ Affiliate & Agency Best Practice” documents that have been uploaded to the Agency dashboard when it comes to the usage of the iSYNERGY and Affiliate Junction branding for any marketing activities, design of marketing collaterals and postings on social media. If you have any uncertainties on the usage of our brand, including social media postings pertaining to iSYNERGY’s Shariah Compliance status, do not hesitate to email us at [email protected] for approval and advice. Please be informed that strict disciplinary action will be taken against sharing misleading information to the public, especially on social media.
We would like to take this opportunity to thank all of you for your constant support and belief in the company and Affiliate Junction throughout the years. With your continuous support, iSYNERGY and Affiliate Junction will continue to set precedence as the leading affiliate marketing industry in Southeast Asia!
For any enquiries, please call us at 03-2242 1333 or send an e-mail to [email protected]
Thank you.
Regards,
AJ Management Team
________________________________________________________________
ISYNERGY GROUP LIMITED DIPERAKUI SEBAGAI SYARIKAT PATUH SHARIAH
Berita baik!!!
Syarikat kita dan rangkaian Affiliate Junction telah berkembang dengan jayanya, dan salah satu rancangan adalah untuk mendapatkan sijil pematuhan shariah bagi syarikat kita.
Kita telah pun berusaha untuk mendapatkan pensijilan ini sejak 2016, dan dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan bahawa I Synergy Group Limited (iSYNERGY) kini telah diperakui secara rasmi bahawa ianya adalah syarikat yang mematuhi shariah yang sah. kami ingin berkongsi berita hebat ini bersama anda, kerana anda adalah teras kejayaan kami.
Pada 12 Januari 2018, SIRIM QAS International, badan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian terkemuka di bawah SIRIM Berhad, secara rasmi mengesahkan I Synergy Group Limited dengan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS 1900: 2014. Skop pensijilan ini adalah untuk aktiviti perniagaan utama di Malaysia, khususnya penyediaan latihan dan perkhidmatan bagi program agensi Affiliate Junction dan program affiliate retail, MyKad Smart Shopper, operasi, ganjaran dan insentif. Dengan peraturan pematuhan shariah yang dilaksanakan dalam operasi kami, aspek tertentu seperti 'Sistem Penapisan Halal' bagi affiliate dan peniaga beragama Islam telah diubah dengan sewajarnya.
Berhubungan dengan perkongsian berita yang hebat ini serta sebarang kemas kini mengenai status pematuhan shariah bagi syarikat iSYNERGY kepada orang ramai di masa hadapan, ia adalah amat penting bagi semua affiliate/agensi untuk hanya berkongsi pengumuman di halaman facebook rasmi Affiliate Junction SAHAJA. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang ketidaktepatan atau gambaran yang salah bagi maklumat yang boleh menyebabkan komplikasi kepada operasi perniagaan dan status pematuhan shariah kita. Sebagai peringatan penting, kami amat memohon agar anda sentiasa prihatin dan mematuhi kepada “Social Media Posting Guide” dan “AJ Affiliate & Agency Best Practice” yang telah dimuat naik ke agensi dashboard bagi pengunaan iSYNERGY dan penjenamaan Affiliate Junction untuk sebarang aktiviti pemasaran, design dalam bentuk kolateral pemasaran dan sebarang penyiaran di media sosial. Sekiranya anda mempunyai sebarang ketidakpastian mengenai penggunaan penjenamaan yang sedia ada, atau penyiaran media sosial yang berkaitan dengan status pematuhan shariah iSYNERGY, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected] untuk mendapatkan kelulusan dan nasihat. Untuk makluman anda, tindakan disiplin yang ketat akan diambil terhadap perkongsian maklumat yang mengelirukan kepada orang ramai, terutamanya di media sosial.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas sokongan berterusan dan kepercayaan anda terhadap syarikat dan Affiliate Junction sepanjang tahun. Dengan sokongan berterusan anda, iSYNERGY dan Affiliate Junction akan menjadi industri pemasaran utama di Asia Tenggara dan seterusnya di masa hadapan!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 03-2242 1333 atau hantar e-mel ke [email protected].
Terima kasih.
Salam Hormat
Pihak Pengurusan AJ