Sugar Fix by Kak Jay

Sugar Fix by Kak Jay I LOVE BAKING
I LOVE COOKING
🤎LIKE & SHARE🤎

06/02/2021

Ayam golek ala-ala sendiri 😁

27/12/2020

Akan mendarat di Tawau

Ayam panggang madu versi air frier
25/12/2020

Ayam panggang madu versi air frier

Ayam panggang korean sos
29/10/2020

Ayam panggang korean sos

Ayam nenas masak merah
29/10/2020

Ayam nenas masak merah

Bawang Goreng Rangup SimpleBahan-bahan:Bawang merah 2 kgBawang putih 500 gTepung berasCara menyediakan:Hiris halus bawan...
02/08/2020

Bawang Goreng Rangup Simple

Bahan-bahan:
Bawang merah 2 kg
Bawang putih 500 g
Tepung beras

Cara menyediakan:
Hiris halus bawang merah dan bawang putih.
Kemudian sebatikan dengan tepung beras. Jangan terlalu banyak tepung.
Goreng sehingga naik wangi & agak rangup.
Tos kan di atas talam berlapis kertas atau tisu.

Sedap dimakan begitu saja

Set Ayam Goreng KunyitBahan-Bahan:Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Kunyit:1 mangkuk kecil hirisan isi ayamsedikit garam1 su...
28/07/2020

Set Ayam Goreng Kunyit

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Kunyit:
1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kari
sedikit serbuk ketumbar
1 sudu kecil tepung jagung
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
Karot
kacang panjang
1 biji cili merah

Bahan-bahan untuk sup ayam:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sup bunjut
ayam, bahagian tulang
air secukupnya
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
karot
1 biji kentang
garam secukupnya
daun sup
daun bawang

Bahan untuk sambal belacan:
6 biji cili merah
6-8 biji cili padi merah
1 biji tomato
1 ketul belacan bakar
gula
garam
perahan jus 4 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam goreng kunyit:
Ambil ayam bahagian isi, bersihkan dan potong kecil.
Perap ayam bersama garam halus, serbuk kunyit, serbuk lada sulah, serbuk kari, sedikit serbuk ketumbar (optional), dan tepung jagung.
Kacau sehingga sebati dan perap seketika.
Hiris nipis bawang holand dan carrot.
Hiris kasar cili merah.
Potong memanjang kacang panjang.
Cincang kasar bawang putih.
Panaskan minyak.
Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan (separuh masak).
Pastikan kerap mengacau bila goreng ayam kunyit supaya ayam garing diluar dan lembut didalam.
Masukkan bawang putih.
Bila bawang putih kekuningan, masukkan kesemua sayur.
Kacau sehingga semua sayur layu (jangan lama sgt)
Kemudian boleh diangkat.

Cara-cara untuk sup ayam:
Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
Masukkan bahan-bahan tadi kedalam blander dan kisar kasar.
Kupas carrot dan kentang kemudian potong kepada ketulan besar.
Hiris nipis daun sup dan daun bawang.
Panaskan periuk.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan satu ikat sup bunjut.
Tambah tulang ayam.
Kacau sikit dan masukkan air secukupnya.
Tutup dengan tudung pan dan reneh sehingga mendidih.
Kemudian masukkan kentang dan carrot.
Masukkan satu kiub pati ayam.
Tambah serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.
Teruskan masak sehingga kentang dan carrot empuk dan tabur dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Cara-cara untuk sambal belacan:
Hiris kasar cili merah,cili padi merah dan tomato.
Masukkan kesemua bahan hiris kasar tadi kedalam blander.
Tambah belacan (sudah dibakar).
Kisar tapi jangan halus sangat.
*Jangan tambah air, cukup air dari jus tomato untuk hasilkan sambal pekat sebati.
Masukkan kedalam mangkuk dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi.

Ayam Paprik SimpleBAHAN-BAHANBahan Ayam: Ayam bahagian dadaSerbuk kunyit sedikitGaram secubit sahajaBahan-Bahan sos: Baw...
28/07/2020

Ayam Paprik Simple

BAHAN-BAHAN

Bahan Ayam:
Ayam bahagian dada
Serbuk kunyit sedikit
Garam secubit sahaja
Bahan-Bahan sos:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
*Tumbuk 3 bahan ini sehingga lumat

Bahan-Bahan Tumis:
Bahan-bahan tumbuk tadi (Bawang merah,putih,halia)
Serbuk cili
Serai 1 batang
Daun limau purut
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis (letak sedikit sahaja nak bagi warna sos cantik)

CARA-CARA
Potong dadu ayam. Letakkan sedikit kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Tumis 3 bahan tadi bersama serbuk cili,serai, dan daun limau purut.
Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, dan kicap.
Tambahkan garam & perasa.
Apabila sudah masak pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang digoreng separuh tadi bersama sayur-sayuran (kacang panjang,bawang besar,cili besar)

Mudah bukan? Tak perlu kisar pun bahan-bahannya. Boleh diganti dengan daging atau seafood pilihan.

Daging Masak HitamBahan-Bahan:500g daging1 batang serai, ketuk1 helai daun pandan1 batang kayu manis5 biji buah pelaga2 ...
14/07/2020

Daging Masak Hitam

Bahan-Bahan:
500g daging
1 batang serai, ketuk
1 helai daun pandan
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
kuntum bunga cengkih
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato, hiris nipis
kicap manis secukupnya
Bahan-bahan untuk perapan:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia

Cara Penyediaan:
Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
Masukkan p**a cili kisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

Tips:
Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.

Buat apa nak tunggu Raya jika kita boleh masak anytime , kan?Rendang Daging Hari RayaBahan-Bahan:Bahan-bahan untuk kisar...
14/07/2020

Buat apa nak tunggu Raya jika kita boleh masak anytime , kan?

Rendang Daging Hari Raya

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk kisar halus:
7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering
sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil biji jintan manis
Bahan-bahan untuk lain:
2 cawan minyak masak
1 kilo daging lembu
2 cawan santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
gula nisan atau gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).
Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).
Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.
Masukkan santan cair.
Renehkan sehingga daging masak empuk.
Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
Masukkan gula melaka @ gula nisan.
Last sekali masukkan garam secukup rasa.

Tips:
Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.
Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.
Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.

Oleh kerana "gantung", kita masak untuk pusingan kedua. Bahan-bahan & cara-cara sama seperti post sebelum ini.🤎LIKE & SH...
04/07/2020

Oleh kerana "gantung", kita masak untuk pusingan kedua. Bahan-bahan & cara-cara sama seperti post sebelum ini.

🤎LIKE & SHARE🤎

Ayam Panggang OvenBahan-bahannya :1 ekor ayam sederhana besar. Tak perlu potong.3 batang serai *3 sudu makan  lada hitam...
04/07/2020

Ayam Panggang Oven

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam sederhana besar. Tak perlu potong.
3 batang serai *
3 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar dengan lesung
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan sos bbq
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu teh gula
Bahan perapan ayam yang bertanda * dikisar lumat.

Cara Penyediaan Ayam Panggang Oven :
Kesemua bahan di atas disatukan dalam satu bekas dan dilumurkan pada ayam. Lumur pada sebelah luar dan dalam juga jika tidak dipotong. Perap minima 3 jam atau semalaman.
Untuk bakar, panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit. Ayam tadi dimasukkan ke dalam bekas yang dialas dengan aluminium foil.
Bakar selama 50-60 minit pada suhu 200’C menggunakan api atas bawah. Nak letak hirisan kentang atau lobak merah pun boleh pada bahagian tepi ayam.

Tips jadikan ayam panggang berkilat, 5 minit sebelum ayam masak, keluarkan ayam dan sapu marjerin atau butter. N bakar lagi selama 5 minit. Ayam panggang akan nampak berkilat lagi.

🤎LIKE & SHARE🤎

Address

MDLD 3756, LOT 157, Taman Aman 3, Lahad Datu
Lahad Datu Town
91110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sugar Fix by Kak Jay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share