21/04/2022
Tiada hari atau tarikh yang spesifik (khusus) berhubung dengan kedatangan Lailatul Qadar.
Dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang mengetahui Lailatul Qadar secara tepat.
Sungguhpun begitu, ada saranan daripada Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya: “Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari).
Dalam 10 malam terakhir ini, marilah bersama kita ganda kan ibadat dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya kita beristiqamah, insya-Allah, yakinlah akan ada suatu malam yang bernama Lailatul Qadar.