24/05/2025
✨ *Seaside Fair Dataran Lang PETANG INI!* ✨
Cuaca segar selepas hujan, suasana semakin meriah dengan kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa! 🌤️🌍
Si cilik sedang bersiap sedia dengan pakaian tradisional masing-masing untuk Pertandingan Cilik Busana, mempamerkan keunikan budaya pelbagai kaum di Malaysia. 🇲🇾👧👦
🎶 Diiringi persembahan busking santai dari Lavaa, sambil pengunjung menikmati pelbagai juadah dan minuman tempatan serta hasil seni kraf unik dari vendor-vendor tempatan.
🎤 Jangan lepaskan peluang malam ini!
Program malam bakal dimeriahkan dengan Pertandingan Karaoke dan Persembahan Kebudayaan yang pasti menghiburkan!
📍 Lokasi: Dataran Lang, Langkawi
🕚 Masa: 11 pagi - 11 malam
📅 Tarikh: Hari ini sehingga 25 Mei
Mari datang beramai-ramai, bawa keluarga dan rakan-rakan! 💃🕺