Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak

Call Directions Contact the business

Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak Semuanya tentang hartanah, jual, beli dan sewa.

Siapa yang nak jual rumah, beli rumah atau nak tahu A-Z proses berkenaan jual beli hartanah boleh DM page ini.Terima kasih

SALAM RAMADAN 1447HSelamat menunaikan ibadah puasa kepada semua😊Jom rebut pahala, bersihkan jiwa!🤲Saharuddin Yusoff Peru...
18/02/2026

SALAM RAMADAN 1447H

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua😊

Jom rebut pahala, bersihkan jiwa!🤲

Saharuddin Yusoff
Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak
REN25938
ESPRIT ESTATE AGENT SDN BHD


RUMAH UTK DIJUAL | FASA 3B, LORONG WARISAN, SERI MANJUNG🏘️Rumah setingkat intermediate💲RM270,000⚠️Leasehold✅Wiring baru ...
17/02/2026

RUMAH UTK DIJUAL | FASA 3B, LORONG WARISAN, SERI MANJUNG

🏘️Rumah setingkat intermediate
💲RM270,000
⚠️Leasehold

✅Wiring baru seluruh rumah tahun 2020 sekali tukar kepada 3-phase
✅Plug aircond dan water heater di dalam setiap bilik(3) dan bilik air(2)
✅Mozek seluruh rumah termasuk ruangan parking kereta
✅Design rumah yang sangat sesuai dan privacy.Ruang tamu tidak terus nampak dapur.

LOKASI RUMAH
📌Lokasi yang strategik belakang Hospital Seri Manjung
📌Dekat dengan SK & SMK Seri Manjung, Kolej Vokasional,IKM Lumut
📌Jalan kaki sahaja ke gerai nasi kerabu Kak Ina yang paling sedap di Manjung😋

Butiran lanjut ada pada setiap gambar.

Boleh terus tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan dan set temujanji untuk viewing rumah ini👇

www.wasap.my/601124239549/Fasa3BRM270K

www.wasap.my/601124239549/Fasa3BRM270K

www.wasap.my/601124239549/Fasa3BRM270K

Saharuddin Yusoff
Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak
REN25938
ESPRIT ESTATE AGENT SDN BHD

14/02/2026

Siapa perasan jika dulu tahun 2020 rumah subsale teres intermediate area taman yang nama fasa di Manjung ni boleh dapat 200-240K, skrg dah 250-270K⚠️

Daftar syarikat enterprise, apa yang best?1.Daftar semudah A.B.C2.Dah daftar, nak buka akaun bank pun semudah D.E.F3.Dah...
13/02/2026

Daftar syarikat enterprise, apa yang best?

1.Daftar semudah A.B.C

2.Dah daftar, nak buka akaun bank pun semudah D.E.F

3.Dah berjaya buka akaun bank atas nama syarikat, dah boleh semua pendapatan dan perbelanjaan berkaitan perniagaan boleh pakai akaun tu.

4.Jangan lupa daftar dengan LHDN andai belum ada nombor cukai pendapatan individu.Jika dah ada dan masih bekerja, boleh pakai yang sedia ada sahaja dan pendapatan dari perniagaan ni dikira sebagai pendapatan tambahan dari gaji bulanan.

5.Rekod tak susah pun kalau transaksi keluar masuk akaun syarikat tu hanya pakai untuk perniagaan kita.Sekarang dah ada QR, lebih mudah cuma kena pastikan yang scan QR hanya untuk urusan perniagaan sahaja kerana pembayaran melalui QR ni tiada reference untuk dirujuk dalam bank statement.

6.Setiap bulan download bank statement supaya boleh buat simple rekod transaksi bulanan.Resit pembelian masuk file atau scan upload dalam folder gdrive secara disiplin.

7.Cukup setahun, upah jer auditor walaupun tak wajib supaya incase LHDN hantar surat, boleh refer balik auditor tu.Kadang tak sempat atau tak mahir nak buat akaun untung rugi atau rekod merekod ni, upah sahaja auditor.Kos lebih murah banyak dari syarikat sdn bhd.

8.Nanti declare sahaja pendapatan ikut laporan yang disediakan oleh auditor.Boleh siap minta tolong lagi nak isi macam mana masa declare tu.

9.Jika bisnes dah tak jalan, nak tutup syarikat enterprise ni pun senang.Tak perlu renew kemudian akaun syarikat tu akan tertutup terus tapi pastikan transfer siap-siap baki yang ada ke akaun personal sebelum bank tutup akaun secara auto.

10.Tak rugi daftar syarikat enterprise andai kita serius untuk gunakan pendapatan perniagaan kita sebagai "payslip" bagi pinjaman kereta, rumah mahupun pembiayaan perniagaan kita.

11.Jika tak daftar, pendapatan dari perniagaan yang masuk ke akaun personal walaupun puluhan ribu setiap bulan tidak dikira sebagai "payslip" untuk buat pinjaman walaupun untuk membeli kereta.
Andai anda seorang yang s**a membeli secara tunai tanpa perlukan sebarang pinjaman, tak perlu pun daftar syarikat cuma jangan lupa membayar zakat pendapatan dan simpanan sahaja setiap tahun ya!😊

Semoga bermanfaat untuk semua😊

Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak
REN25938
ESPRIT ESTATE AGENT SDN BHD

Orang yang sama.Nombor REN yang sama.Muka ada beza tak sahabat semua?😁Salam perkenalan dari saya, Saharuddin Yusoff peru...
13/02/2026

Orang yang sama.
Nombor REN yang sama.

Muka ada beza tak sahabat semua?😁

Salam perkenalan dari saya, Saharuddin Yusoff perunding hartanah sejak 2017.

Kini kembali semula ke dunia hartanah di bawah agensi ESPRIT ESTATE AGENT SDN BHD

💌Kepada yang ada minat nak join team saya di Perak boleh whatsapp kita sembang-sembang.

📍Kepada yang nak jual rumah, tanah, bangunan kedai, kilang area negeri Perak boleh roger-roger.

📌Kepada yang baru nak cari rumah pertama, nak tahu kelayakan berapa maksimum loan rumah yang boleh lepas dari gaji yang ada sekarang pun boleh jer pm2 ni.

REN25938
ESPRIT ESTATE AGENT SDN BHD

01/02/2025

Salam

Adakah anda sedang mencari rumah bawah RM200K di Perak?

Jika ya, anda dijemput untuk join group whatsapp yang ini secara PERCUMA❤️

https://chat.whatsapp.com/HbWCHmK6ue72PHngFJCcQA

Semoga group ini membantu anda memiliki rumah pertama untuk didiami atau dijadikan pelaburan pertama anda, in sha Allah😊

Sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat anda yang sedang mencari rumah pertama seperti anda♥️


Hadir Continuous Development Programme(CDP) untuk renew REN Tag bagi tahun 2024.Tahun depan akan tukar nama ke Ren Renew...
11/12/2023

Hadir Continuous Development Programme(CDP) untuk renew REN Tag bagi tahun 2024.

Tahun depan akan tukar nama ke Ren Renew Programme(RRP) mungkin sebab ada yang silap register CDP dengan CPD😅

Info menarik yang kena ambil tahu untuk semua REN:

1.Teruslah hadis RRP selepas ini kerana kalau kena hadir balik NCC selepas ni akan ada ujian sebelum boleh dikeluarkan sijil kehadiran NCC untuk register REN.Untuk makluman speaker ni update kurang 50% REN yang akan hadir ke CDP ni😅.Lagi satu kemungkinan akan diupgrade dari level SPM sahaja dah boleh amik NCC, nnti mungkin Diploma above sahaja yang boleh apply untuk REN ni.

2.Tahun depan SST naik dari 6% ke 8%

3.Nak renew REN tag perlu pulangkan REN Tag lama dulu baru akan dapat REN Tag yang berlainan warna.Lepas ni akan keluar REN Tag yang berlainan warna setiap tahun.

4. Tahun ni, kos CDP naik dah dulu RM200 tahun ni RM225.Dengor tadi takda lunch dah berbanding dulu siap lunch.Mungkin kos yang mahal gamoknyer😅

5.Sijil dapat lambat 3-4minggu dan kena ambil di lokasi yang akan dimaklumkan semula nanti.

Alhamdulillah selesai CDP untuk tahun 2024🤲

Memang takda lunch komerrr!🥴

Dulu bayar RM200 lunch siap buffet hotel tu😅

Address

Lumut
32040

Telephone

+60135143437

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perunding Hartanah Berdaftar Negeri Perak:

Shortcuts

Share