12/12/2021
🌐PUTEH CONSULTING
📯Nukilan buat Renungan
✍️Oleh Che MAD, Fasilitator Utama.
📯Mereka yang kelihatan dalam gambar-gambar ini adalah sebahagian daripada peserta yang pernah menghadiri kursus/program kendalian MAD. Ada dalam kalangan mereka yang berkhidmat di sektor awam, ada yang bersama sektor swasta dan tidak ketinggalan dari pelbagai pertubuhan/badan bukan kerajaan (NGO)
📯Bagi MAD, mereka bukan hanya sekadar peserta, tetapi penyertaan mereka dalam setiap perbincangan/aktiviti sepanjang program telah menyertakan pelbagai pengetahuan, pengalaman dan pendedahan baru samada kepada sesama mereka mahupun terhadap diri MAD secara peribadi
📯 Dan setelah usai menghadiri program dan menjadi telah lumrah kehidupan, ada yang terus kekal berhubung, ada yang telah kembali ke Rahmatullah, dan ada juga yang entah di mana sekarang.
Apapun, terima kasih kerana kalian telah menjaei. Soalan, perkongsian, gelak tawa dan juga ada kalanya tangisan kalian telah lebih mendewasakan MAD. MAD juga mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan mahupun salah silap MAD ya.
Ya Allah, limpahilah mereka dengan rahmah dan kasih sayang Mu, kurniakanlah rezeki yang berkat, keluarga yang sakinah, semoga mereka semua berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat.