18/09/2026
Menjelang SPM, persediaan yang baik boleh membantu pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang dan yakin.
Pada Sabtu lalu, Vale Malaysia bersama PPD Manjung menghimpunkan 280 pelajar dalam Seminar SPM yang memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sains, Matematik, Kimia dan Fizik.
Menerusi bimbingan yang diberikan, para pelajar berpeluang menilai kembali tahap persediaan serta mempelajari teknik-teknik menjawab soalan dengan tepat dan berkesan
Semoga ilmu yang dikongsi menjadi bekal berguna apabila tiba masanya untuk mereka melangkah ke dewan peperiksaan. Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026!