iQurban Malaysia

iQurban Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from iQurban Malaysia, Business service, No. 71, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru, Malacca City.

Selamat menyambut awal Muharram Tahun 1445H.Semoga ibadah kita tahun ini diterima oleh Allah dan semoga tahun baru hijra...
18/07/2023

Selamat menyambut awal Muharram Tahun 1445H.

Semoga ibadah kita tahun ini diterima oleh Allah dan semoga tahun baru hijrah ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,Dikala itulah bermulanya seja...
28/06/2023

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN

Salam Eidul Adha kami ucapakan kepada umat Islam.

ربَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ Robbanaa akhrijnaa min h...
23/06/2023

ربَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ

Robbanaa akhrijnaa min haadzihil qoryatidz dzoolimi ahluhaa waj’al lanaa min ladunka waliyyan waj’al lanaa min ladunka nashiiroo
Maksudnya : "Ya Allah, keluarkanlah kami dari tempat ini yang zholim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi‐Mu serta berilah kami penolong dari Mu"
(QS. An‐Nisa: 75)

“Wahai Nabi Ibrahim, tunaikanlah Nazarmu”Nabi Ibrahim A.S terjaga daripada mimpi. Terkejut kerana ayat di dalam mimpi be...
20/06/2023

“Wahai Nabi Ibrahim, tunaikanlah Nazarmu”

Nabi Ibrahim A.S terjaga daripada mimpi. Terkejut kerana ayat di dalam mimpi berkenaan. Nabi Ibrahim A.S tidak pasti sama ada ini adalah perintah Allah SWT atau mimpi dari syaitan.

Begitulah permulaannya kepada perayaan kedua terbesar bagi umat Islam iaitu perayaan Hari Raya Aidiladha. Ia juga dipanggil Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan menunaikan ibadah qurban. Daftar sekarang di laman sesawang rasmi kami www.iqurban.my

MASIH belum dapat lembu untuk Qurban? MASIH belum dapat slot untuk sertai Qurban??Belum terlewat... Jom sertai Ibadah Qu...
18/06/2023

MASIH belum dapat lembu untuk Qurban?
MASIH belum dapat slot untuk sertai Qurban??

Belum terlewat... Jom sertai Ibadah Qurban dengan iQurban.my tahun ini. Masih ada kuota tambahan;

Infaq Qurban Tempatan
• RM 750.00/Bahagian
• TERHAD! 5 Ekor/35 Bahagian Sahaja

Belian Lembu Qurban
• Saiz Normal (200 - 250KG)
• RM 4,800.00/Ekor Sahaja

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi iQurban.my;

• Website www.iqurban.my atau,
• Whatsapp https://wa.me/60137786906

(*Harga tidak termasuk Penghantaran)

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua insan yang bergelar bapa.Terima kasih atas segala pengorbananmu.Semoga setiap t...
18/06/2023

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua insan yang bergelar bapa.

Terima kasih atas segala pengorbananmu.

Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami akan tumbuh sebagai pohon mawar yang mengharum di taman syurga-Mu.

Amin

َللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَAllaahumma a'innii 'alaa dzikrika wa syukrika wa hus...
15/06/2023

َللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allaahumma a'innii 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibaadatika

Maksudnya : "Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik."

Tempoh dan masa berqurban hendaklah dilakukan dalam ketetapan berikut;1.Penyembelihan hendaklah dilakukan pada hari Naha...
12/06/2023

Tempoh dan masa berqurban hendaklah dilakukan dalam ketetapan berikut;

1.Penyembelihan hendaklah dilakukan pada hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah) meliputi malamnya.

2.Penyembelihan dilakukan setelah selasai menunaikan solat sunat Hari Raya dan bacaan khutbah.

3.Makruh untuk penyembelihan yang dilakukan pada waktu malam dan tidak sah bagi penyembelihan yang dilakukan sebelum terbit fajar.

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba...
08/06/2023

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”
(HR Muslim)

Kami di iQurban.my ingin memaklumkan bahawa tempahan bagi Program Infaq Qurban Tempatan dan Penjualan Lembu Qurban (Hidu...
06/06/2023

Kami di iQurban.my ingin memaklumkan bahawa tempahan bagi Program Infaq Qurban Tempatan dan Penjualan Lembu Qurban (Hidup) telah DITUTUP.

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda. Semoga segala urusan kita dalam menjayakan ibadah Qurban pada tahun ini dipermudahkan dan beroleh keberkatan.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
04/06/2023

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 5 Jun 2023 bersamaan 16 Zulkaedah 1444H.

Daulat Tuanku

Menurut pandangan ulama mazhab Syafie: Pembahagian daging korban adalah1.Untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahl...
02/06/2023

Menurut pandangan ulama mazhab Syafie:
Pembahagian daging korban adalah

1.Untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.

2.Untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.

3.Untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Syafie ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ia sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban.

Address

No. 71, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru
Malacca City
75450

Telephone

+60137786906

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when iQurban Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to iQurban Malaysia:

Share