Mumtaz Qurban

Mumtaz Qurban Melaksanakan quban dan aqiqah serta wakaf perigi sepanjang tahun di luar negara terutama di negara yang miskin dan sangat memerlukan bantuan.

QURBAN RM280.00 SAHAJANabi saw bersabda : Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;“Oleh itu, kerj...
19/05/2025

QURBAN RM280.00 SAHAJA

Nabi saw bersabda :

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.

✔️ Harga yang MURAH dan MEMBANTU
✔️ Gambar / video bukti perlaksanaan untuk peserta
✔️ Mengikut panduan syariat Islam
✔️ Daging qurban diagihkan kepada fakir miskin bersama Mumtaz Qurban
✔️ Perlaksanaan Sumbangan Sadaqah Daging Asnaf di Malaysia.

Jom daftar Qurban &
Sadaqah Daging Asnaf Malaysia 2025.

PENYERTAAN PROGRAM KEMPEN BANTU UMMAH QURBAN :

1 bahagian Qurban Lembu : RM280 (India)

1 ekor : RM1960

Qurban 1 ekor kambing : RM850 (India)

1 Lot Sadaqah Daging Asnaf : RM50 (Malaysia)

Sila hubungi wakil perhubungan kami melalui Whatsapp ke :

+6014-6094886 (Fauzi)
http://wasap.my/+60146094886/BantuUmmahQurban2025

PENYERTAAN QURBAN DIBUKA DARI SEKARANG SEHINGGA 1 JUN 2024, SEBELUM 6 P.M. SERTAI AWAL UNTUK ELAK KEKALUTAN SAAT AKHIR.
*SILA VIRALKAN IKLAN INI*

Mohd Fauzi Abd Hamid
Mumtaz Qurban
Program Kempen Bantu Ummah 2025

Layari FB Mumtaz Qurban :
https://www.facebook.com/mumtazqurbanaqiqah/

Foto sekitar program Infak Ramadhan PPR Tehel 2025Alhamdulillah
15/04/2025

Foto sekitar program Infak Ramadhan PPR Tehel 2025

Alhamdulillah

Abang, adik, uncle, puan ....ni nak bagi sikit infak makanan untuk buka puasa, ambillah". jemput saya kepada para penghu...
15/04/2025

Abang, adik, uncle, puan ....ni nak bagi sikit infak makanan untuk buka puasa, ambillah". jemput saya kepada para penghuni flat PPR Tehel.

Ada seorang kanak-kanak datang kepada saya dengan wajah yang sayu, terus saya bagi 1 pek infak makanan ni kepada dia terus berubah wajah menjadi kegembiraan.

Ada juga terjumpa dua orang remaja lelaki sedang berbual, saya terus hulurkan pek infak makanan kepada mereka. "Terima kasih" ucap mereka.

Teringat saya bila bergerak ke arah meja letak infak makanan "anak yang kecil Ilma Syatirah bertanya tu apa abi ? " Oh.. tu ada orang nak bagi infak kat orang miskin Ilma" ni kita nak bagi juga." Sahut saya.

Kami letakkan pek infak makanan bersama air kotak yang disediakan oleh pegawai komuniti PPR Tehel untuk diberikan semua penghuni flat PPR Tehel.

Ada s**arelawan berbangsa melayu dan India datang membantu kami. Beberapa staf PPR Tehel juga sibuk menguruskan program infak ini.

Petang ramadhan tersebut adalah suasana yang sangat tenang sehingga dah nak hampir waktu berbuka puasa. Ada penghuni flat yang menaiki kereta dan motor balik daripada kerja mengambil pek infak makanan ini. Suasana menjadi gamat seketika apabila kami berkejaran memanggil sesiapa sahaja di flat mengambil infak makanan di situ. Hampir semua penghuni flat ini staf komuniti kenal nama-nama mereka.

Alhamdulillah sebanyak 95 pek makanan kami telah edarkan pada petang ramadhan hari khamis 27 Mac 2025M. Semoga Allah swt membalas semua jasa penyumbang dan diberi pahala yang besar bulan ramadhan Al-Mubarak.

Sebahagian infak makanan diberikan kepada jemaah Surau Al-Iman PPR Tehel Melaka.

"Dari Anas bin Malik Radhyiallahu' anhu dia berkata, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Doa orang tua kepada anaknya, (2) Orang yang berpuasa ketika berbuka, (3) Doa orang yang sedang safar (musafir)." Hadis Sahih [HR. al-Baihaqi 3/345 dan yang lainnya].

Jutaan terima kasih buat semua penyumbang budiman.

.

REBUT PAHALA 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN 2025M..*INFAK 1 PEK MAKANAN RM5 - UNTUK FAKIR MISKIN PPR TEHEL MELAKA RAMADHAN 20...
23/03/2025

REBUT PAHALA 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN 2025M..

*INFAK 1 PEK MAKANAN RM5 - UNTUK FAKIR MISKIN PPR TEHEL MELAKA RAMADHAN 2025M*

SASARAN 300 PEK MAKANAN SANDWICH

MUMTAZ QURBAN ENTERPRISE mengadakan pengump**an sumbangan untuk infak makanan kepada fakir miskin flat PPR Tehel pada Khamis 27 Mac 2025M ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru jika tuan/puan ingin menyertai program ini berkongsi infak dengan kami.

Untuk penyertaan, boleh isi nama di bawah ini:

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

1 nama infak pek makanan RM5

Tuan/Puan boleh membuat pembayaran mengunakan nombor akaun di bawah ini untuk infak

155014961716 (MAYBANK)
Mohd Fauzi Abd Hamid

Selepas pembayaran, tuan/puan boleh whataspp resit infak ke :

https://www.wasap.my/60146094886/infakramadhanpprtehel2025M

Pembayaran infak boleh dibuat sebelum pada 26 Mac 2025M ini.

Terima kasih

"Salam ustaz... kami nak hantar sumbangan infak makanan kepada pelajar agama di sini.." boleh ke ustaz..Alhamdulillah pi...
20/12/2024

"Salam ustaz... kami nak hantar sumbangan infak makanan kepada pelajar agama di sini.." boleh ke ustaz..

Alhamdulillah pihak Pondok Baitul Qura' Wal Fuqoha' Melaka bersetuju terima sumbangan infak makanan pihak kami..

Pondok yang terletak di Kampung Paya Rumput Jaya Sungai Udang Melaka ni menyediakan rumah-rumah pondok macam pondok-pondok mengaji kat kelantan, terengganu, kedah dan lain-lain.

Masa pertama kali datang sini, teruja tengok bangunan kuning tersergam indah. "Baitul Qurro' Wal Fuqoha'" saya diminta pihak pentadbir pondok tidak dibenarkan mengambil gambar sekitar dalam kawasan bangunan. "Tak pelah" kata hati saya.

Yang penting sumbangan dapat disampaikan. Amanah dapat diselesaikan. Syukur kepada Allah, Dia memudahkan segalaNya.

Rezeki dapat hantar sumbangan pada masa cuti hujung minggu, Allah izinkan kami hantar pada pagi Ahad 8 Disember 2024. Sampai sahaja di sana, ada kuliah istimewa p**a yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj. Zulkifli bin Hj Ismail, Mudir Baitul Qurro' Wal Fuqoha' dan merupakan bekas ahli majlis fatwa negeri Melaka yang pernah dilantik pada tahun 2020. Sempatlah dengar sekejap kuliah tuan guru dan bersalaman dengan tuan guru dan pelajar-pelajar.

"Aslan, maaf ni saya dari Mumtaz Qurban nak hantar sumbangan makanan". Terus berhenti Aslan yang ketika itu sedang hampir menamatkan rakaman kuliah tuan guru Hj Zulkifli menyantuni saya.

Aslan merupakan ketua pelajar di sana. Kami bergambar di luar tempat kuliah untuk penyerahan sumbangan 60 pek makanan infak untuk pelajar agama.

Banyak ganjaran daripada Allah SWT atas usaha yang dilakukan. Bersedekah bukan hanya terhad dalam bentuk wang, tetapi juga dengan memberi makanan.

Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir dan pelajar pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' di atas kerjasama yang diberikan.

Jutaan terima kasih kepada isteri tercinta dan anak-anak yang sanggup berkorban ikut serta dalam misi ini serta kepada semua yang menyokong kami.

"Cikgu berapa ramai pelajar di sekolah ni ?"..tanya saya. Dalam seribu lebih pelajar jawab cikgu Zafry. Satu kelas 40 or...
18/10/2024

"Cikgu berapa ramai pelajar di sekolah ni ?"..tanya saya. Dalam seribu lebih pelajar jawab cikgu Zafry. Satu kelas 40 orang, tambahnya lagi.

Pertanyaan yang saya lontarkan selepas penyerahan pek makanan kepada Cikgu Zafry.

Alhamdulillah, sebanyak 205 pek makanan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar miskin SK Dato' Demang Hussin m pada 9 - 11 Oktober 2024M lepas.

Guru Besar SK Dato' Demang Hussin sangat berbesar hati dengan program infak makanan untuk pelajar-pelajar miskin yang dianjurkan Mumtaz Qurban.

Terima kasih buat semua guru dan murid SK Dato' Demang Hussin di atas kerjasama yang diberikan.

Pahala besar diperolehi buat mereka yang menginfakkan harta buat anak-anak pelajar miskin ini. Pahala yang mengalir ibarat sungai yang mengalir Tanpa henti. Moga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dimudahkan segala urusan dunia akhirat diberi kesihatan yang baik buat semua penyumbang. Amin ya rabbal 'alamin.




Berpusing-pusing kami cari pondok ni tak jumpa jalan  alhamdulillah akhirnya jumpa juga pintu gerbang Pondok Darul Mutta...
30/08/2024

Berpusing-pusing kami cari pondok ni tak jumpa jalan alhamdulillah akhirnya jumpa juga pintu gerbang Pondok Darul Muttaqin ini.

Pondok Darul Muttaqin, alhamdulillah pondok yang menyediakan pengajian untuk orang dewasa dan anak-anak untuk hafal Al-quran. Siap ada surau dan rumah kediaman untuk tempat tinggal untuk pelajar.

Penyerahan sumbangan infak makanan dibuat kepada Ustazah Siti Salwa wakil Pondok Darul Muttaqin. Ustazah Siti Salwa dan para pelajar di sana sangat gembira menerima sumbangan 50 pek infak makanan tersebut pada hari Ahad 18 Ogos 2024 ketika para pelajar berpuasa sunat.

Alhamdulillah disebabkan cuti, isteri tercinta dan anak-anak ikut sekali program ini.

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau p**a kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Terima kasih semua penyumbang dan keluarga di atas infak. Semoga Allah swt memurahkan rezeki berlipat-ganda. Amin

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana dengan izinNya kami dapat menyelesaikan amanah  sumbangan 50 pek infak m...
14/08/2024

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana dengan izinNya kami dapat menyelesaikan amanah sumbangan 50 pek infak makanan untuk tahun 2024M kepada anak-anak tahfiz pada hari Ahad 5 Ogos 2024M di Dar Ummahat Al-Mu'minin (Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lil Banat) di Pekan Nyalas Melaka.

Hari tersebut hari cuti, syukur pada Allah swt apabila isteri dan anak-anak nak ikut bersama. Gembira betul mereka cuma terpinga-pinga nak ke mana agaknya.

Memang dah hubungi Ustaz Redzuan dari pihak Madrasah yang kami akan hantar sumbangan infak makanan. Ustaz Redzuan terima tawaran kami.

Agak terpencil bandar Nyalas ini, tak banyak bangunan tinggi mencakar langit. Tapi, penuh dengan ketenangan dan kehijauan. Masyarakat sekitarpun tak nampak serabut Dan hiruk-pikuk.

Alhamdulillah bila dah sampai di Madrasah saya diminta tunggu kerana hanya seorang ustazah dan seorang pelajar sahaja dibenarkan keluar maklumlah madrasah perempuan. Bagus displin ini supaya etika terjaga.

Penyerahan sumbangan infak makanan dibuat kepada Ustazah Adlina mewakili madrasah.

Masa balik sempat singgah sebuah masjid di Nyalas, disapa jemaah di sana datang dari mana. Anak- anak s**a betul main di Masjid.

Terima kasih ustazah dan semua penyumbang infak makanan serta keluarga tercinta. Moga Allah mudahkan semua urusan dan balas kebaikan dunia akhirat dengan syurga firdaus. Amin ya Allah

Pada hari Sabtu 6 Julai 2024, kami dapat menyampaikan penyerahan infak makanan kepada anak Tahfiz maahad Tahfiz Darul Hu...
23/07/2024

Pada hari Sabtu 6 Julai 2024, kami dapat menyampaikan penyerahan infak makanan kepada anak Tahfiz maahad Tahfiz Darul Huda Durian Tunggal Melaka. Anak kecil kami Ilma Syatirah yang berumur 2 tahun terus sebut "nak ingut..nak ingut..."bila tahu ayah dia nak keluar rumah. Dengan perasaan gembira saya bawa dia.
Ustaz, nak tanya berapa ye nak buat infak untuk makanan ni..lebih kurang begitulah pertanyaan saya. Lebih kurang 40 orang termasuk guru... Ustaz jawab. Di antara guru yang menguruskan anak Tahfiz di sini adalah Ustaz Zahid, Ustaz Hafiz dan Ustaz Haziq. Guru di sini sangat baik dan menghormati tetamu.

Ketika saya sampai di maahad tahfiz, ustaz di sana terus memanggil pelajar ke luar untuk menyambut kami walaupun ketika itu mereka sedang belajar. Saya menyerahkan sumbangan infak makanan kepada anak tahfiz dengan hati yang gembira dan tenang dengan diiringi guru mereka. Alhamdulillah, mereka sangat menjaga adab dan akhlak.

Semasa kami sampai di maahad tahfiz, dapatlah saya melihat di mana asrama, dewan dan dewan kuliah mereka. Bagus agak tersusun kemas juga.

Akhirnya kami p**ang dengan hati yang tenang selepas misi dan amanah kami dapat dilaksanakan. Dari Anas bin Malik r.a, Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di sisi Allah SWT mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ﷺ! Siapakah mereka itu?” Baginda ﷺ bersabda: “Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah golongan yang diutamakan.”

(Riwayat Ibn Majah). Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan yang menyokong projek infak makanan anak tahfiz ini, moga Allah swt murahkan rezeki, panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat. Amin.


Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah memudahkan urusan kami untuk beribadah kepadaNya..Hari Raya Korban (...
25/06/2024

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah memudahkan urusan kami untuk beribadah kepadaNya..

Hari Raya Korban (Aidiladha)

Hari Raya Korban (Aidiladha) iaitu hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka diampunakan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''

Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad.

15 orang asnaf berkumpul di masjid kg tun razak sejak pukul 10.30 am. Mereka kelihatan sabar menunggu sambil duduk di ruang luar masjid.

Apabila kami tiba, nampak sedikit kegembiraan di wajah mereka. Bendahari masjid Hj Sunhaji meminta saya untuk menyiapkan persiapan penyerahan daging asnaf. Setelah selesai, alhamdulillah.

Dagingpun diserahkan kepada setiap peserta dengan perasan cukup terharu. Di antara mereka ada merupakan ibu tunggal dan fakir miskin.

Disertakan nama para peserta : Pn. Esah bte Kassim
Pn. Azizah bte Muhamad
Pn. Jalillah, Pn. Milah & Pn. Mastura Zakaria
Pn. Siti Tempeh
Pn. Darin bte Saiful Nizam
Pn. Cekwah Jaafar
Pn. Shidah Aziz
Pn. Haidah binti Yunan
Pn Salmah binti Raham
Cik Yam binti Baba
Mak Arwah Hamidiah
Pn. Sarimah Binti Idris
En. Rosli Wakaf

Sesi terakhir adalah sesi mengambil foto dengan para peserta asnaf. Alhamdulillah para asnaf mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk projek sadaqah daging asnaf ini. Semoga Allah swt memberkati dan memurahkan rezeki kepada semua yang terlibat. Amin


Address

No 8 Jalan BKD 34 Taman Bukit Katil Damai Bukit Katil Melaka
Malacca City
75450

Telephone

+60196724886

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mumtaz Qurban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mumtaz Qurban:

Share