19/08/2026
High Pressure Processing (HPP) Training in 4th IFRC 2026 Pre-Conference Workshops
Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) telah menyertai High Pressure Processing (HPP) Training sempena 4th IFRC 2026 Pre-Conference Workshops yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 18 Ogos 2026.
Turut serta dalam bengkel ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Puan Tee Mei Ghee, dan Ketua Makmal PBM, Puan Farhana, sebagai wakil PBM dalam memperkasa pengetahuan serta pendedahan terhadap inovasi teknologi pemprosesan makanan bertekanan tinggi.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen PBM dalam mengikuti perkembangan teknologi dan inovasi terkini, khususnya dalam bidang keselamatan, kualiti serta pemprosesan produk makanan.