22/09/2026
22 September 2026 | 🔥 Fire Fighting Training 🧯
📍 Bukit Gambir, Johor ✨
Selesai sesi Latihan Pemadaman Kebakaran bersama warga kerja estate sebagai sebahagian daripada pelaksanaan MSPO.
Latihan ini memberi pendedahan kepada pekerja tentang tindakan semasa kecemasan, penggunaan alat pemadam api yang betul serta kaedah mengawal kebakaran pada peringkat awal.
Bukan sekadar memenuhi keperluan MSPO, tetapi yang paling penting adalah memastikan setiap pekerja lebih bersedia, yakin dan tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. 🚒🧯
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama!