Hidayah Sederas Ketukan HSK

Hidayah Sederas Ketukan HSK Catatan pengalaman seorang insan biasa yang menjadi luar biasa apabila bersama Al Quran.

30/09/2017

Nantikan, live Slot Hidayah Sederas Ketukan ekslusif dari Brunei Darussalam..
Sebentar lagi..

TERBARU – RAHSIA KISAH BENAR PENGALAMAN BELAJAR AL QURAN, TIPS & KAEDAH MENGAJAR DAN STRATEGI MEMBUKA KELAS AL QURAN SEC...
27/07/2017

TERBARU – RAHSIA KISAH BENAR PENGALAMAN BELAJAR AL QURAN, TIPS & KAEDAH MENGAJAR DAN STRATEGI MEMBUKA KELAS AL QURAN SECARA MUDAH & KOMPETATIF !!
TELAH TERBIT !
BUKU HIDAYAH SEDERAS KETUKAN
Ketahui kaedah & tips belajar Al Quran tanpa rasa malu & segan. Sesiapa pun boleh belajar Al Quran, tidak kira peringkat umur apa pun.
Rahsia bagaimana boleh membaca Al Quran dalam tempoh yang singkat bakal didedahkan di dalam buku ini.
KHAS UNTUK:
ORANG YANG BARU NAK MENGENALI AL QURAN
Tidak kira apa jua latar belakang.. Jurutera, doktor, peniaga, penjawat awam, bekerja sendiri, orang muda, remaja, sudah lanjut usia, orang pencen, dan semua yang nak baca Al Quran tapi masih merangkak-rangkak atau tidak boleh baca langsung.
GURU-GURU YANG MENGAJAR AL QURAN
Anda guru yang kini sedang mengajar Al Quran di KAFA, sekolah agama, madrasah, pusat tahfiz dan pusat Al Quran swasta mahupun sendiri. Atau anda guru Al Quran yang sudah bertahun-tahun mengajar Al Quran tetapi masih pening melihat prestasi anak-anak murid yang bosan dan boring belajar. Akhirnya bertahun-tahun pergi kelas, masih belum boleh baca Al Quran.
YANG ADA CITA-CITA NAK MENYUMBANG KEPADA AL QURAN
Untuk mereka yang nak untung dunia dan akhirat. Nak pahala yang berpanjangan walaupun sudah meninggal dunia. Yang rasa terpanggil apabila melihat masyarakat sekeliling yang masih ramai buta Al Quran. Sudah habis sekolah masih tidak khatam Al Quran lagi. Yang ada rasa nak bantu atau buat sesuatu untuk orang lain.
APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI DALAM BUKU INI ?
Serius.. sangat banyak ilmu & perkongsian kisah benar & realiti yang anda akan dapat dalam buku ini:
1. Kisah benar orang yang pada mulanya sangat takut dan malu nak belajar Al Quran, tapi impikan nak jadi imam dalam solat dan nak baca Al Quran serta zikir banyak-banyak.

2. Kisah benar pengalaman belajar Al Quran yang menyeronokkan, beramai-ramai dan ustaz tak tanya soalan.

3. Tips, teknik dan kaedah untuk guru-guru yang mengajar Al Quran yang nak anak murid minat datang ke kelas hari-hari.

4. Kita dapat pelajari dari kisah benar seorang yang bukan latar belakang Al Quran, berhenti kerja dan membuka pusat pengajian Al Quran dan kini memiliki lebih 200 pelajar.

5. Tips bagaimana nak untung Dunia & Akhirat dengan menjadi usahawan pendidikan Al Quran.

SIAPAKAH USTAZ KHAIRUL ARIFIN ?
Individu yang diceritakan di dalam buku ini – merupakan seorang yang biasa-biasa tetapi menjadi luar biasa setelah bertemu dan jatuh cinta dengan Al Quran.
Pada awalnya bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta, seorang yang tidak tahu membaca Al Quran, sangat malu & segan nak masuk ke kelas Al Quran walaupun hasrat yang sangat tinggi di hati untuk boleh membaca Al Quran dengan baik.
Setelah masuk ke kelas Al Quran, beliau akhirnya dapat membaca Al Quran. Kerana minat yang sangat mendalam, beliau berkongsi ilmu Al Quran dengan menjadi guru. Berpengalaman melatih ratusan guru Al Quran dengan Teknik Al Baghdadi. Mengubah hidupnya dengan membuka sebuah pusat pengajian Al Quran Teknik Al Baghdadi setelah berhenti kerja. Sekarang memiliki lebih 200 pelajar di pusat pengajian di bawah kelolaannya.
BERMINAT & NAK MEMILIKI BUKU INI !
Ya.. Saya sangat berminat. Bagaimanakah cara nak beli ?
Untuk memudahkan, dapatkan buku ini dengan cara :
Komen : NAK BELI
Komen : NAK BELI
Komen : NAK BELI
Kami akan PM anda langkah seterusnya & kaedah pembelian untuk anda dapatkan buku yang sangat bermanfaat ini.
Cepat ! Masa tidak menunggu anda.

Seminar Hidayah Sederas Ketukan (SHSK) hari ini di Melaka. Special hari ini perkongsian daripada Ustaz Sofi, pengurus AP...
23/07/2017

Seminar Hidayah Sederas Ketukan (SHSK) hari ini di Melaka. Special hari ini perkongsian daripada Ustaz Sofi, pengurus APC Bandar Melaka merangkap SPAN Melaka.

Assalamualaikum orang Melaka!Esok Seminar Hidayah Sederas Ketukan (SHSK) akan diadakan di Al Baghdadi Playtime Centre (A...
22/07/2017

Assalamualaikum orang Melaka!

Esok Seminar Hidayah Sederas Ketukan (SHSK) akan diadakan di Al Baghdadi Playtime Centre (APC) Bandar Melaka. Jom bersama kami mendengar peluang BELAJAR, MENGAJAR & MENYUMBANG kepada Al Quran.


LIVE UPDATE 3 - SEMINAR HIDAYAH SEDERAS KETUKAN (SHSK)Slot terakhir berkongsi peluang & potensi menyumbang dengan pembuk...
22/07/2017

LIVE UPDATE 3 - SEMINAR HIDAYAH SEDERAS KETUKAN (SHSK)

Slot terakhir berkongsi peluang & potensi menyumbang dengan pembukaan pusat pengajian Al Quran di seluruh Malaysia oleh En Azri Jemani, pengarah Pembangunan Perniagaan Al Baghdadi Group.

LIVE UPDATE 2 - SEMINAR HIDAYAH SEDERAS KETUKANSlot ke-2 perkongsian ekslusif bersama Ustaz Khairul Ariffin, insan biasa...
22/07/2017

LIVE UPDATE 2 - SEMINAR HIDAYAH SEDERAS KETUKAN

Slot ke-2 perkongsian ekslusif bersama Ustaz Khairul Ariffin, insan biasa yg menjadi luar biasa dengan Al Quran.

Berkongsi pengalaman menjadi pelajar, guru dan membuka centre pendidikan Al Quran Al Baghdadi.

LIVE UPDATE 1 - SEMINAR HIDAYAH SEDERAS KETUKAN (SHSK)Slot pertama Seminar HSK, sesi perkongsian daripada Ustaz Aizat Sa...
22/07/2017

LIVE UPDATE 1 - SEMINAR HIDAYAH SEDERAS KETUKAN (SHSK)

Slot pertama Seminar HSK, sesi perkongsian daripada Ustaz Aizat Salleh, penulis buku Hidayah Sederas Ketukan (HSK).

Berkongsi rasa ramai orang yang nak belajar, nak mengajar dan nak menyumbang kepada Al Quran, namun punyai pelbagai cabaran & halangan.


ROADSHOW SEMINAR HSK BERMULA ESOK!Jom follow kami membongkar pengalaman, kisah, perjalanan serta catatan benar seorang y...
21/07/2017

ROADSHOW SEMINAR HSK BERMULA ESOK!

Jom follow kami membongkar pengalaman, kisah, perjalanan serta catatan benar seorang yang biasa-biasa bermula belajar Al Quran, seterusnya guru dan menjadi usahawan Al Quran Al Baghdadi yg berjaya.

Ustaz Khairul Ariffin Ilias bakal berkongsi catatan inspirasi dari seorang yg biasa-biasa menjadi luar biasa dengan Al Quran.

Berjumpa esok Sabtu di HQ Al Baghdadi Gombak dan Ahad di Melaka. Yg berminat ingin sertai boleh mendaftar melalui : 013-2655960 (Cik Farahain).

Bersiaran (On Air) bersama Ustaz Khairul Ariffin dan penulis buku Hidayah Sederas Ketukan (HSK) di IKIM.fm semalam.Jom d...
18/07/2017

Bersiaran (On Air) bersama Ustaz Khairul Ariffin dan penulis buku Hidayah Sederas Ketukan (HSK) di IKIM.fm semalam.

Jom daftar ke Seminar Hidayah Sederas Ketukan HSK (SHSK) secara PERCUMA dengan membeli 1 nashkah buku HSK.

Siaran rakaman dalam Rancangan Bismillah Ad Dhuha di TV Al Hijrah.Membicarakan mengenai isi kandungan buku Hidayah Seder...
13/07/2017

Siaran rakaman dalam Rancangan Bismillah Ad Dhuha di TV Al Hijrah.

Membicarakan mengenai isi kandungan buku Hidayah Sederas Ketukan bersama En Azri Bin Jemani dan Ustaz Khairul Ariffin.

Bersama Al Baghdadi dalam Astro Oasis Episod Hidayah Sederas Ketukan.

"TAKUT JADI IMAM.."Suatu ketika, tatkala ayah mertua saya bertandang ke rumah saya, kebetulan sudah masuk waktu solat da...
12/07/2017

"TAKUT JADI IMAM.."

Suatu ketika, tatkala ayah mertua saya bertandang ke rumah saya, kebetulan sudah masuk waktu solat dan saya tidak sempat untuk ke masjid.

Jadi, mereka bersiap-siap bentang sejadah untuk memulakan solat berjamaah di rumah.

Saya ketika ini mengambil wuduk di dalam bilik air. Dalam hati saya terdetik: "Kalaulah aku keluar sekarang, mesti aku kena jadi imam solat.."

"Kalau jadi imam tak ada masalah, cumanya lepas solat nanti aku nak baca doa apa? Doa dalam bahasa Arab tak tahu. Takkan nak baca dalam bahasa Melayu..?"

******************
Petikan secebis kisah di dalam buku Hidayah Sederas Ketukan (HSK) - Kisah pengalaman seorang insan biasa yang menjadi luar biasa bersama Al Quran.


PELANCARAN BUKU HIDAYAH SEDERAS KETUKANMajlis Pelancaran Buku Hidayah Sederas Ketukan (HSK) oleh Prof Dr Taufiq Yap Yun ...
12/07/2017

PELANCARAN BUKU HIDAYAH SEDERAS KETUKAN

Majlis Pelancaran Buku Hidayah Sederas Ketukan (HSK) oleh Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berlangsung pada 20 Mei 2017 lalu.

Ia sempena program Expo Pendidikan Al Quran dan Hari Anugerah Tahunan Al Baghdadi 2017 (EXPAND 2017) di Ideal Convention Centre Shah Alam.

Address

Krubung Jaya
Malacca City
75260

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidayah Sederas Ketukan HSK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category