Anjung Muara Sungai Duyong Melaka

Anjung Muara Sungai Duyong Melaka Homestay & Ikan Bakar Warisan Negeri Melaka Turut disertakan ialah kiosk untuk kemudahan penginap.

Pengenalan

Kompleks Anjung Muara Sungai Duyong terletak di Muara Sungai Duyong berdekatan dengan tapak bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kompleks ini menyediakan pelbagai kemudahan penginapan inapdesa (homestay), makan-minum, kemudahan acara, dan ikan bakar pada harga yang berpatutan. Kedudukan tempat ini 5 km (8 minit) daripada tapak bersejarah Bandaraya Warisan Dunia menjadikan Kompleks Anjung Muara sebagai lokasi homestay dan restoran ikan bakar yang ideal kepada kumpulan, syarikat dan jabatan yang ingin mengadakan seminar, kursus serta latihan pada harga yang berpatutan di negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Produk dan Perkhidmatan

Kompleks Anjung Muara Sungai Duyong menyediakan kemudahan penginapan dan acara yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Turut disediakan ialah kemudahan dewan tertutup, bilik seminar berhawa dingin, dewan seminar, makan-minum dan Restoran Ikan Bakar Anjung Muara Sungai Duyong.

1) Penginapan Indap Desa (Homestay)
3 produk penginapan disediakan Homestay Anjung Muara Sungai Duyong iaitu bilik deluxe (berhawa dingin), bilik standard (berhawa dingin), dan bilik premium (berkipas) dengan kapasiti 80 orang. Pakej makan minum 6 kali sehari disediakan pada harga berpatutan dengan pelbagai jenis masakan ala kampung warisan negeri Melaka.

2) Restoran Ikan Bakar
Restoran Anjung Muara Sungai Duyong menyediakan pelbagai menu ikan dan masakan ala kampung warisan negeri Melaka

Kedudukan Anjung Muara Sungai Duyong yang berdekatan dengan Jeti Perikanan Muara Sungai Duyong dan panorama indah Selat Melaka menjadikan tempat ini sebuah yang amat menarik untuk meluangkan masa dan menjamu selera bersama keluarga.

3) Kemudahan Acara (Seminar, Mesyuarat dan Kursus) – Activity Centre
Kompleks Anjung Muara Sungai Duyong menyediakan kemudahan dewan, bilik seminar dan dewan terbuka untuk kumpulan-kumpulan yang ingin mengadakan acara-acara seperti seminar, mesyuarat, kursus dan latihan.

Address

No. 1903-1, Muara Sungai Duyong, Permatang Pasir, Alai
Malacca City
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anjung Muara Sungai Duyong Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anjung Muara Sungai Duyong Melaka:

Shortcuts

Share