Perunding Profesional Harta dan Hibah

Perunding Profesional Harta dan Hibah Kami adalah pakar dalam menguruskan harta dan harta pusaka islam secara syariah dan bersedia memberikan khidmat nasihat percuma di mana sahaja.

Salam Jom siapa nak start belajar faham Al Quran..IN SYAA ALLAH sgt menarik dan senang ingat๐Ÿ˜Š๐ŸŒน
22/03/2024

Salam Jom siapa nak start belajar faham Al Quran..IN SYAA ALLAH sgt menarik dan senang ingat๐Ÿ˜Š๐ŸŒน

Assalamualaikum wbt,sempena menyambut Ramadhan mudah mudahan kita bergerak satu langkah ke hadapan untuk bermula belajar...
06/03/2024

Assalamualaikum wbt,sempena menyambut Ramadhan mudah mudahan kita bergerak satu langkah ke hadapan untuk bermula belajar menguasai Bahasa Al Quran sepertimana kebanyakan dari kita telah menguasai kosakata Bahasa Inggeris. Alangkah bestnya ketika setiap kali imam membacakan doa terutamanya di Bulan Ramadan kalini kita sudah memahami sebahagian besar daripada doa doa yang imam bacakan. Feel dia mesti luar biasaโ˜บ๏ธ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Al Quran bukan sekadar untuk di baca dengan sebutan makhraj dan sifat huruf yang betulTetapi kita perlu letak kan usaha ...
03/02/2024

Al Quran bukan sekadar untuk di baca dengan sebutan makhraj dan sifat huruf yang betul

Tetapi kita perlu letak kan usaha untuk Memahami ayat Al Quran yang kita baca.

Sekarang, Usahawan Think Quran di seluruh dunia, sedang memastikan

Lebih Ramai Umat Islam di seluruh dunia membuat persiapan yang luar biasa sebelum Ramadhan

Persiapan yang bagaimana??

Iaitu , bantu mereka yang tak ada basic Bahasa Arab,

Untuk mengingati 900 kosa kata Al Quran yang paling kerap berulang

Agar Ramadhan pada tahun ni, jauh2 lebih bermakna dan dekat di hati daripada Ramadhan sebelum ni

Al Quran bukan sekadar untuk di baca dengan sebutan makhraj dan sifat huruf yang betul

Tetapi kita perlu letak kan usaha untuk Memahami ayat Al Quran yang kita baca.

Sekarang, Usahawan Think Quran di seluruh dunia, sedang memastikan

Lebih Ramai Umat Islam di seluruh dunia membuat persiapan yang luar biasa sebelum Ramadhan

Persiapan yang bagaimana??

Iaitu , bantu mereka yang tak ada basic Bahasa Arab,

Untuk mengingati 900 kosa kata Al Quran yang paling kerap berulang

Agar Ramadhan pada tahun ni, jauh2 lebih bermakna dan dekat di hati daripada Ramadhan sebelum ni

https://www.wasap.my/+60111111891266/UsahawanThinkQuran

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

โ€œSalam sahabat FB๐Ÿ˜ŠSaya sedang mencari 3orang jemaah wanita yang ingin menunaikan umrah ziarah pada 20 September-1 Oktobe...
29/08/2023

โ€œSalam sahabat FB๐Ÿ˜Š
Saya sedang mencari 3orang jemaah wanita yang ingin menunaikan umrah ziarah pada 20 September-1 Oktober ini bersama kami Penerbangan Emirates dah confirm, IN SYAA ALLAH

http://www.wasap.my/601111891266/pairing20Sept

Hibah: Apa akan terjadi sekiranya berlaku kematian pemilik rumah?Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuat...
27/11/2020

Hibah: Apa akan terjadi sekiranya berlaku kematian pemilik rumah?

Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuatu keluarga. Tapi apa akan berlaku sekiranya berlaku kematian pemilik rumah? Dan mengapakah penghibahan rumah penting?

Sekiranya rumah masih lagi berada dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap masih bercagar dan secara umumnya tidak boleh dihibahkan.

Bagaimanapun, Hibah Hartanah Bercagar dapat dilakukan sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang tersebut dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman.

Dengan adanya pelan perlindungan seperti yang dinyatakan, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.

Berminat ? Hubungi sahaja nombor tertera :
011-11891266
011-11891266

27/11/2020

Hukum faraid (pembahagian harta pusaka) - Ustaz Azhar Idrus

Nak tahu lebih lanjut boleh sahaja hubungi:
011-11891266
011-11891266

Proses Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Syariahnya โ€“ Hukum FaridAdakah anda tahu harta seseorang itu akan terbeku secar...
26/11/2020

Proses Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Syariahnya โ€“ Hukum Farid

Adakah anda tahu harta seseorang itu akan terbeku secara automatis apabila beliau meninggal?

Harta yang ditinggalkan ini dipanggil harta pusaka.

Pada 2016, harta orang Islam Malaysia terbeku dianggarkan RM60 bilion. Ini termasuk tanah dan properti yang masih nama si mati, simpanan di bawah Wang Tidak Dituntut atau simpanan dan caruman yang tidak ada penama di institusi kewangan

Jika melantik wasi syarikat amanah dan yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka akan melalui proses syariah yang berasaskan Hukum Faraid tanpa ragu-ragu.

Hukum Faraid adalah asas pembahagian harta pusaka. Syarikah amanah akan memastikan semua waris hadir semasa membaca wasiat, menjelaskan hutang si mati, termasuk peruntukan upah mengerjakan haji, kafarat puasa dan nazar yang belum sempat ditunaikan.

Setelah itu, harta pusaka digunakan bagi menunaikan wasiat 1/3, melaksanakan hibah dan harta sepencarian. Baki baru dibahagi kepada waris yang berhak.

Berminat dalam urusan hibah dan pengurusan harta pusaka ? Wasap sahaj nombor tertera

011-11891266
011-11891266

๐‡๐€๐‘๐“๐€ ๐’๐„๐๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ๐€๐ (๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Œ๐Ž๐๐ˆ๐€๐‹ ๐€๐’๐’๐„๐“๐’)Ramai yang masih keliru dan tidak tahu bahawa setelah bercerai atau berlaku kemati...
26/11/2020

๐‡๐€๐‘๐“๐€ ๐’๐„๐๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ๐€๐ (๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Œ๐Ž๐๐ˆ๐€๐‹ ๐€๐’๐’๐„๐“๐’)

Ramai yang masih keliru dan tidak tahu bahawa setelah bercerai atau berlaku kematian ataupun suami berpoligami, pasangan boleh membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Harta Sepencarian adalah harta pemerolehan sepanjang perkahwinan, ia meliputi harta alih (wang tunai dan kenderaan) dan harta tak alih (rumah, tanah, saham).

Sumbangan ini tidak tertakluk secara langsung tapi melibatkan sumbangan secara tak langsung.

Kebanyakkan penuntut harta sepencarian adalah dari pihak perempuan. Tuntutan ini dibenarkan sebagai melindungi hak isteri. Harta sepencarian ini dibenarkan dalam perundangan Syariah Malaysia.

Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Melaka, Pahang, Perak, Selangor, Perlis dan Kelantan mendefinisikan harta sepencarian sebagai:

"๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฌ๐ฎ๐š๐ฆ๐ข ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ก๐ฐ๐ข๐ง๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ-๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค".

Nak tahu lebih lanjut ? Boleh sahaja hubungi
011-11891266
011-11891266

Kredit: CelikSyariahbersamaHR

PROSEDUR MENUNTUT HARTA SEPENCARIANMenurut Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan) 19...
25/11/2020

PROSEDUR MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN

Menurut Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan) 1984 (Akta 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai:

โ€œHarta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.โ€

Harta sepencarian bukanlah hak yang akan diperoleh secara automatik tetapi ia perlu dituntut. Jika ia tidak dituntut, maka hak tersebut akan terlepas selepas proses pembahagian harta diselesaikan.

Tuntutan harta sepencarian juga perlu dibuat pada kadar segera agar ingatan pihak-pihak yang menuntut masih baik dan bukti-bukti penting masih utuh atau sebelum saksi-saksi penting meninggal dunia.

Dalam banyak kes, mahkamah menolak tuntutan harta sepencarian disebabkan tiada bukti yng kukuh serta keterangan saksi yang tidak konsisten dengan tuntutan yang dibuat.

Bagaimana Menuntut Harta Sepencarian?
Seseorang isteri boleh menuntut harta sepencarian dalam keadaan berikut:
1) Sewaktu suaminya memohon untuk berpoligami; atau
2) Selepas pasangan suami isteri bercerai; atau
3) Selepas kematian salah seorang daripada suami atau isteri.

INGIN TAHU PROSEDUR SETERUSNYA DALAM MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN ? Hubungi sahaja nombor wasap di bawah

011-11891266
011-11891266

HARTA SEPENCARIANHarta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa dalam tempoh perkahwinan. Harta sepencarian ...
25/11/2020

HARTA SEPENCARIAN

Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa dalam tempoh perkahwinan.

Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah.

Harta sepencarian ini hendaklah dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah.

BILA HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT?

1) SELEPAS PERCERAIAN
2) SELEPAS KEMATIAN SALAH SEORANG PIHAK SUAMI/ISTERI
3) DALAM TEMPOH SUAMI BERPOLIGAMI

Nak Tahu Lebih Lanjut ?
Boleh Sahaja Hubungi 011-11891266

Hibah bagi Harta Bercagar (pinjaman) : Adakah boleh dilakukan ?Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah...
24/11/2020

Hibah bagi Harta Bercagar (pinjaman) : Adakah boleh dilakukan ?

Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah hak (melalui proses pendaftaran gadaian keatas hakmilik tersebut) kepada institusi kewangan atau kerajaan atau individu sebagai jaminan untuk menjamin kepentingan pihak tersebut yang memberi pinjaman untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.

Barang atau harta yang hendak dihibahkan :

Harta yang halal dan mempunyai nilai di sisi syarak
Milik pemberi Hibah
Boleh diserah dan dipindahmilik
Wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan.
Harta tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan contohnya tanaman atau bangunan di atas tanah.

Hubungi sahaja nombor dibawah :
011-11891266
011-11891266

Sumber : As-salihin Trustee

PEMBAHAGIAN FARAID Sungguh, apabila berbicara mengenai pembahagian harta, harta pusaka, wang ringgit yang ditinggalkan A...
23/11/2020

PEMBAHAGIAN FARAID

Sungguh, apabila berbicara mengenai pembahagian harta, harta pusaka, wang ringgit yang ditinggalkan Almarhum pasti mencetus perebutan dan pergelutan. Ada yang sanggup putuskan tali silatutrahim semata-mata berebut harta peninggalan si mati.

Benar, ia bukan isu baru malah seringkali terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Sama ada melibatkan pengurusan harta arwah ibu, ayah, isteri, suami dan adik-beradik tidak semua berakhir dengan baik.

Sebagai contoh, apabila si mati ada meninggalkan isteri dan anak-anak bawah umur yang masih kecil, waris-waris lain yang turut menerima bahagian faraid harta pusaka si mati haruslah ingat bahawa mereka turut bertanggungjawab menjaga kebajikan isteri (balu) dan anak-anak yang ditinggalkan si mati.

Ingin tahu lebih lanjut tentang pembahagian harta pusaka & hibah ?

Hubungi sahaja nombor dibawah :
011-11891266
011-11891266

Sumber : Astro Gempak

Address

Malacca City
75350

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Profesional Harta dan Hibah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share