Precise Subsurface Sdn Bhd

Precise Subsurface Sdn Bhd The Precise Subsurface (PSSB) addresses an issue of significant national importance--the current and increasing potential for damage to underground utility

27/06/2024
10/06/2024

๐™‹๐™ง๐™š๐™˜๐™ž๐™จ๐™š ๐™Š๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ

Mencandat sotong adalah satu aktiviti rekreasi yang penuh keseronokan dan sesuai untuk satu ad-hoc outing:

Aktiviti yang tidak memerlukan perancangan yang rumit ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk perancangan saat-saat akhir.

๐™๐™š๐™–๐™ข ๐™‹๐™ง๐™š๐™˜๐™ž๐™จ๐™š semasa berada di Pantai Timur berpeluang mencuba aktiviti mencandat sotong di Kemaman, Trengganu. ๐™๐™š๐™–๐™ข ๐™‹๐™ง๐™š๐™˜๐™ž๐™จ๐™š menjadikannya peluang yang baik untuk berinteraksi dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Dengan suasana malam yang berbuai di laut dan aktiviti mencandat yang penuh debaran, pengalaman ini sangat menyeronokkan dan boleh dinikmati secara spontan. Mencandat sotong tidak memerlukan pengalaman atau kemahiran khusus untuk mencubanya.

Hasil tangkapan boleh dimasak secara langsung. Sotong yang segar dimasak terus di atas bot memberikan kepuasan segera dari usaha berpasukan.

Bagi kebanyakan orang, mencandat sotong adalah satu pengalaman baru yang menarik. Aktiviti ini menawarkan sesuatu yang berbeza dan menjadikannya pilihan yang ideal untuk mereka yang mencari pengalaman rekreasi yang unik dan menyeronokkan.


Kami percaya bahawa dengan adanya alat ukur ini, pelajar-pelajar akan lebih bersedia menghadapi cabaran di dunia industr...
07/06/2024

Kami percaya bahawa dengan adanya alat ukur ini, pelajar-pelajar akan lebih bersedia menghadapi cabaran di dunia industri yang sebenar.
Alat ukur ini diharap dapat membantu meningkatkan kemahiran praktikal dan teknikal pelajar, sejajar dengan matlamat Politeknik Merlimau untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan kompeten.

EJ GeoSolution

ABC & XYZ + tBagi jurukur, tradisi 3 dimensi x ,y dan  z adalah faktor utama bagi penentududukan dilapangan.Jarang kita ...
15/05/2024

ABC & XYZ + t

Bagi jurukur, tradisi 3 dimensi x ,y dan z adalah faktor utama bagi penentududukan dilapangan.
Jarang kita perasan ada satu lagi paksi (axis) yang perlu diperhatikan untuk memahami situasi yang berlaku sekeliling.
Paksi masa (t) merupakan satu element yang harus diberi perhatian. Pendekatan 4 dimensi (x, y, z dan t bagi masa) merupakan salah satu element yang penting dalam pemetaan. Tetapi pada masa yang sama akan mendedahkan kelemahan dalam kebolehan persembahan dalam maksud sistem tersebut beroperasi.
Faktor masa dan kedudukan merupakan elemen yang penting ketika wabak covid melanda negara dimana hotspot area epidemic berubah-ubah mengikut masa

Pun begitu, dalam beberapa perisian GIS, t ( masa) dijadikan salah satu attribut nilai sejarah (historical value). Ianya digambarkan sebagai 'ruang masa spatial'.( space time spatial) bagi persembahan data yang sangat besar (big data).

Kembali ke kerja pemetaan dan pengukuran dilapangan, jurukur sememangnya telah mendahului konsep t (masa) dengan integrasi peralatan seperti GPS. Peralatan yang dengan mudah melaksanakan perbezaan diantara cerapan lapisan-lapisan data di lapangan.
Pengunaan peralatan secara 'real time' sangat diperlukan dilapangan untuk mencapai objektif didalam semakan butiran dan verifikasi kedudukan.

Menggunakan peralatan yang dapat memberikan data secara langsung dan akurat dari lapangan, para jurukur dapat membuat keputusan yang tepat dalam mengoptimalkan proses pemetaan. Ini membolehkan mereka untuk bertindak dengan cepat dan efisien dalam menyelesaikan tugas mereka, serta memastikan hasil yang terbaik.

Peralatan terbaru bagi pemetaan utiliti jenis RD8200SG Surveyor Grade Locator seumpama integrasi diantara 'geophysic' dan 'mapping' melibatkan penggunaan GPS built in secara 'real time' oleh operator semasa cerapan kedalam utiliti dilakukan.

Kebolehan RD8200SG diantaranya:

1. Menentukan kedalaman utiliti didalam tanah
2. Kedudukkan lokasi utiliti terlibat
3. Laporan awalan secara real time.
4. Penggunaan frekuensi dengan kaedah yang berbagai untuk semakkan utiliti dan banyak lagi.

Secara umumnya perkembangan teknologi peralatan pemetaan semakin memudahkan operasi dilapangan. And we still waiting the technology based on Artificial Intelligence (AI) to speed up the process of detecting utilities below ground level.

https://www.facebook.com/share/p/gGNLMy9QPt4XMtAv/?mibextid=oFDknk

09/05/2024

Augmented Reality (AR) adalah teknologi yang memungkinkan penentududukan objek secara virtual di dunia nyata melalui peranti seperti smartphone atau kacamata khusus. Dalam konteks pemetaan, AR memungkinkan pengguna untuk melihat data pemetaan secara langsung di lokasi yang tepat di mana data tersebut relevan.

Misalnya, dalam aplikasi AR untuk pemetaan, pengguna dapat menggunakan smartphone mereka untuk melihat peta lingkungan sekitar mereka dalam tampilan 3D langsung di layar mereka saat mereka membuat penilaian di tapak kerja. Mereka dapat melihat bangunan, jalan, atau bahkan infrastruktur bawah tanah seperti paip air, kabel elektrik, telekomunikasi, gas dan sebagainya yang ditampilkan dalam pemandangan nyata mereka. Ketika mereka bergerak, peta akan terus diperbarui secara real-time dengan bantuan penentududukan GNNS untuk mencerminkan lokasi mereka yang baru.

Selain itu, dengan AR, pengguna dapat memperoleh informasi tambahan tentang objek atau lokasi tertentu dengan mengarahkan kamera mereka ke arah itu. Misalnya, jika seseorang mengarahkan kamera mereka ke bangunan bersejarah, mereka dapat melihat informasi tentang sejarah bangunan tersebut, arsitekturnya, atau bahkan acara yang pernah terjadi di sana.

Dengan menggunakan AR untuk pemetaan, pengguna dapat memahami dan berinteraksi dengan data pemetaan dengan cara yang lebih intuitif dan langsung, memungkinkan mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dan memahami lingkungan mereka dengan lebih baik. Malah ia memberikan kemudahan pengguna untuk memasukkan data sekaligus mengemaskini data terbaru di lapangan.

APPRENTICE:someone who has agreed to work for a skilled person for a particular period of time and often for low payment...
01/07/2022

APPRENTICE:
someone who has agreed to work for a skilled person for a particular period of time and often for low payment, in order to learn that person's skills:

Seringkali pelajar lepasan sekolah yang memohon untuk menjadi perantis sesebuah organisasi menghadapi kesukaran kerana kurangnya pengalaman kerja atau jurang pengetahuan pada pekerjaan sebelumnya. Sementara HR (Human Resouces) dalam organisasi mengetahui sememangnya diluar terdapat personel yang mempunyai skil dan karakteristik menarik yang boleh di ketengahkan dalam industri.

Organisasi syarikat sentiasa melihat karakteristik perantis pada sifat yang sama selain dari keperluan kerja hakiki, termasuklah ketepatan masa, kebolehpercayaan dan mempunyai minat yang tinggi didalam kerja, serta mempunyai kemahuan tinggi untuk belajar.

Didalam tempoh kebangkitan semula dari pandemic yang berlaku diseluruh dunia, boleh dikatakan kesemua syarikat memerlukan pekerja yang berdaya tahan - yang boleh menghasilkan output , memacu inovasi dan menawarkan kepelbagaian penyelesaian masalah. Disinilah perantis berperanan penting dalam tempoh endemic ini.
Daripada kajian yang dijalankan 92% syarikat percaya perantis baru akan lebih bermotivasi dan menghasilkan tenaga kerja yang memuaskan serta berdaya saing.

Perantis dari latarbelakang B40 dimana jaringan sosio ekonomi yang rendah mungkin tidak berpeluang mempunyai status akedemik , pastinya tidak berkebolehan dalam konteks kerja dan skil individu. Tetapi mereka ini mempunyai pengalaman - dunia sebenar di lapangan kerja yang memerlukan ketahanan, daya saing dan kebolehan berkump**an (work as team). Dan hasil dari atribut (sifat) sebeginilah yang bermanfaat kepada organisasi yang menjalankan semua bentuk perniagaan.

Precise Subsurface Sdn Bhd membuka ruang untuk perantis baru sebagai tanggungjawap impak sosial serta menyahut seruan kerajaan berdasarkan kemampuan syarikat.
https://api.hmetro.com.my/rencana/2021/11/779997/bergantung-kepada-kemampuan-sektor-swasta
Jika anda berminat, sila email resume atau CV ke
[email protected] .
(ATT: APPRENTICE)

Kerajaan melalui Bajet 2022 memberikan penekanan berkenaan pembayaran elaun program latihan industri RM900 sebulan kepada pelajar yang menjalani program latihan industri di sektor awam. Kerajaan turut menyeru agar pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 sebulan atas khidmat pelajar itu.....

๐‘ทอŸ๐’†อŸ๐’ŽอŸ๐’†อŸ๐’•อŸ๐’‚อŸ๐’‚อŸ๐’อŸ อŸ๐‘ผอŸ๐’•อŸ๐’ŠอŸ๐’อŸ๐’ŠอŸ๐’•อŸ๐’ŠอŸ อŸ๐‘ฉอŸ๐’‚อŸ๐’˜อŸ๐’‚อŸ๐’‰อŸ อŸ๐‘ปอŸ๐’‚อŸ๐’อŸ๐’‚อŸ๐’‰อŸ อŸโ€“อŸ อŸ(อŸ๐‘ชอŸ๐‘จอŸ๐‘ซอŸ อŸ๐’•อŸ๐’อŸ อŸ๐‘ฎอŸ๐‘ฐอŸ๐‘บอŸ)อŸJajaran utiliti bawah tanah semaki...
11/03/2021

๐‘ทอŸ๐’†อŸ๐’ŽอŸ๐’†อŸ๐’•อŸ๐’‚อŸ๐’‚อŸ๐’อŸ อŸ๐‘ผอŸ๐’•อŸ๐’ŠอŸ๐’อŸ๐’ŠอŸ๐’•อŸ๐’ŠอŸ อŸ๐‘ฉอŸ๐’‚อŸ๐’˜อŸ๐’‚อŸ๐’‰อŸ อŸ๐‘ปอŸ๐’‚อŸ๐’อŸ๐’‚อŸ๐’‰อŸ อŸโ€“อŸ อŸ(อŸ๐‘ชอŸ๐‘จอŸ๐‘ซอŸ อŸ๐’•อŸ๐’อŸ อŸ๐‘ฎอŸ๐‘ฐอŸ๐‘บอŸ)อŸ

Jajaran utiliti bawah tanah semakin padat sejajar dengan perkembangan jaringan infrastruktur pengangkutan yang menghubungkan di antara desa dan bandar utama. Kawasan baru dibuka bagi menyokong Wilayah Ekonomi Koridor dinegara kita (ECR) dimanafaatkan untuk membina dan menaiktaraf infrastruktur air, elektrik dan jalanraya, kemudahan kesihatan dan pendidikan (๐˜š๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช 2: ๐˜ˆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜™๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ 12 ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ 2021 ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ช๐˜ข๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข.).

Dalam merancang dan merekabentuk pembangunan dengan sokongan jaringan utiliti memerlukan maklumat geografi setempat yang komprehensif. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dilihat sebagai perisian yang membolehkan kesemua maklumat geografi ini digabungkan. Seterusnya data spatial ini dihubungkaitkan dengan parameter dan spesifikasi utiliti terlibat samada dalam bentuk imbasan imej schematic atau tabular data.

Penggunaan GIS untuk menyimpan infomasi dalam bentuk spatial dan atribut ini telah mula diaplikasikan pada awal 90an lagi. Banyak maklumat yang dapat dihasilkan dari pertindihan pada data spatial dan atribut. Contohnya seperti data demografi dan jaringan infrastruktur yang diproses untuk operasi โ€œsearch & query โ€œ, โ€œlink & join & combineโ€,โ€geocodingโ€, โ€œnetwork analysisโ€, โ€œmodelling & spatial analysisโ€ dan berbagai aplikasi lain untuk mendapatkan nilai statistic, nilai nisbah, vector dan sebagainya. Nilai ini akan dipaparkan secara visual pada data spatial (peta) yang digunakan bagi membuat keputusan di peringkat pengurusan dan perniagaan. Semakin canggih (sophisticated) analisa, maka semakin kompleks p**a data yang diperlukan untuk menghasilkan satu model.
Oleh kerana itu maklumat berkenaan kriteria utiliti ini sangat besar dan kompleks seiring dengan perkembangan pekakasan seperti komputer dan algorithm perisian yang ditambah baik selepas masaalah Y2K (Milenium bug). Ini membolehkan kemaskini data secara masa hakiki (real-time) dilakukan dan terus menjadi trend dalam data capture pada awal pengump**an data dengan perisian GIS. Teknologi AI (Artificial Intelligent) dalam data capture p**a antara perkembangan terbaru yang perlu diberi perhatian oleh ahli kartografi.

Proses pengump**an data (data collection) melibatkan kos yang paling terbesar dalam memastikan GIS berfungsi sebagai peralatan (tools) yang efisyen. Ianya perlu sentiasa dikemaskini secara berkala supaya hasil dari analisa serta carian boleh digunakan bagi agensi terlibat membuat keputusan dengan tepat.

Untuk memastikan kos yang optimum dalam menghasilkan satu sistem maklumat utiliti bawah tanah, PRECISE menyusun program seperti data assessment dan data conversion bagi menyimpan rekod pemetaan yang pernah dijalankan didalam format GIS. Hanya maklumat yang berkaitan utiliti sahaja yang diberi perhatian, manakala butiran topografi dilapangan menggunakan overlay data dari image satellite.

Kerja pemetaan utiliti yang dijalankan dengan menggunakan alat pengesanan adalah didalam kualiti kelas B. Dimana kedalaman utility ini diperolehi dengan menggunakan peralatan pengesanan seperti Cable Avoid Tool (CAT) atau Ground Penetrating Radar (GPR). Bagi penentududukan titik kedalaman utiliti, cerapan dibuat dengan peralatan Global Positioning System (GPS) atau Total Station berdasarkan kordinat unjuran Cassini Soldner dilapangan. Ianya bertujuan memastikan kedudukan โ€œRight of Wayโ€ (ROW) atau tanda sempadan di sepanjang laluan utiiti supaya tidak melibatkan tanah persendirian.

Kesemua data cerapan diproses menggunakan perisian Computer Aided Design (CAD). Laluan utiliti dalam pelan CAD biasanya ditunjukkan dalam bentuk polyline dan line sementara kedalaman utliti p**a disusun dalam bentuk text disebelah laluan berkenaan. Kod warna dan jenis garisan yang digunakan adalah unik bagi setiap utiliti. Perbezaan pada jenis warna dan garisan dipastikan boleh di lihat didalam cetakkan pelan berwarna atau cetakan hitam / putih.

Oleh kerana data UDM didalam format CAD, ia perlu disunting ke dalam perisian GIS p**a. Transformasi ke dalam entiti spatial GIS dilakukan secara teliti terutama pada nilai kedalaman utilitiโ€“ BGL (Below Ground Level).

Maklumat BGL utiliti perlu ditukar ke dalam bentuk point untuk membolehkan disimpan sebagai atribut didalam GIS. Kedudukan point itu p**a perlu menjalani proses penentududukan dimana ianya perlu berada tepat diatas laluan utiliti berkenaan.

Conversion data UDM kepada format GIS ini tidak seperti data geografi lain yang memerlukan pendigitan dan suntingan yang banyak, tetapi pendigitan dilakukan pada nilai titik kedalaman utiliti sebagaimana kedudukannya semasa kerja pengesanan dijalankan. Oleh kerana kedudukan utiliti tidak dapat dilihat secara fisikal dan sukar disemak dilapangan seperti butiran topografi lain, kedudukan jajaran utiliti perlu dikekalkan seperti yang dicerap bagi menjaga integriti maklumat tersebut.

Penggunaan perisian Trimble Terramodel membolehkan suntingan text dan point pada titik kedalaman dibuat dengan tepat kepada Horizontal Alignment Line (HAL) subjek kepada jajaran utiliti. Operasi ini membolehkan pengguna menukar text kepada point sekaligus mengekalkan info kedalaman utiliti didalam metadata. Ianya dibuat secara manual dan separa automasi berdasarkan HAL dan titik kedalaman yang berkaitan.

Titik kedalaman ini seterusnya di ekport ke format GIS bagi pengemaskini struktur atribut. Dengan merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil 2 Tahun 2016 berkenaan dengan kod atribut data - Malaysian Standard Geographic Information/Geomatics Features and Attribute Codes (MS1759:2015), satu kerangka pangkalan data diwujudkan bagi pembangunan sistem GIS syarikat dimasa hadapan.

02/06/2019

Precise Outdoor

------------------------------------------------------

Hampir setahun telah berlalu aktiviti 'Precise Outing' menyusuri pendalaman Tasik Kenyir di Terengganu. Satu lawatan dan perjalanan yang mencabar jauh dikawasan pendalaman Hulu Trengganu yang masih mengekalkan kelangsungan alam semulajadi biarpun hampir sepertiga kawasannya dikorbankan untuk memberikan manafaat kepada negara.

Kawasan hutan seluas 38,000 hektar yang ditenggelamkan hingga kedalaman lebih 100 meter ini, sedang dalam pembangunan sektor pelancongan berteraskan akuakultur selain aktiviti riadah menjelajah kehijauan alam semulajadi dan pemandangan flora dan fauna yang hening
serta mengasyikkan.

Idea explorasi dengan Houseboat pilihan terbaik menerokai kawasan sekitarnya secara berkump**an agar dapat mengimbangi impak kelestarian Tasik Kenyir bagi generasi akan datang.

Terima kasih kepada Quinara Kenyir Houseboat,- kapten dan crew - Abang Ramli, Ayie dan Abg Joe - yang cukup berpengalaman dan sentiasa bersedia memastikan keselamatan dan keseronokkan anak kapal sepanjang pelayaran.

Sila layari page Quinara Kenyir Houseboat untuk maklumat lanjut

Majlis Menandatangai Perjanjian Bagi Perlantikan Syarikat Panel Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Oleh Bahagian Koridor Infra...
15/05/2019

Majlis Menandatangai Perjanjian Bagi Perlantikan Syarikat Panel Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Oleh Bahagian Koridor Infrastruktur Dan Impak Sosial Jabatan Ketua Menteri Melaka (BKI) dengan Syarikat Precise Subsurface Sdn Bhd (PSSB)
------------------------------------------------------------------------------------

Dalam perjanjian ini BKI telah bersetuju melantik PSSB untuk melaksanakan kerja-kerja pengesanan utiliti bawah tanah, pemetaan dan mengemaskini data utiliti yang telah diberi kebenaran dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri untuk memasuki usahasama ini.

Dimana Kerajaan Negeri telah menetapkan komitmen dan telah dilaksanakan oleh Syarikat pada Disember 2018. Pihak Syarikat hendaklah melaksanakan kerja-kerja pengesanan utiliti bawah tanah, pemetaan, mengemaskini data utiliti dalam format Geografical Information System (GIS) dan kerja-kerja lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh Bahagian Koridor Infrastruktur dan Impak Sosial di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

PSSB melalui pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang Pengukuran Utiliti Bawah Tanah (Subsurface Utility Enggineering (SUE)) ini akan menyediakan satu sistem pemetaan utiliti kepada Kerajaan Negeri Melaka melalui usaha sama dengan agensi yang terbabit dengan tadbir urus.
Ini secara tidak langsung memudahkan pihak berwajib untuk merancang dan meneliti kedudukan utiliti di negeri Melaka secara komprehensif.

Pemantapan dari segi maklumat sedia ada dan perancangan utiliti melalui kerjasama ini akan memberi kesan besar dalam sistem pengurusan utiliti di Melaka. Secara tidak langsung, pembangunan yang dirancang diperingkat awal dapat dijalankan dengan lebih teratur dengan melibatkan kos yang efisien. Ini akan meminima setiap kos yang diperuntukan bagi kerja-kerja pembaikan akibat pengorekan tidak terancang baik dari sektor awam mahu pun swasta.

Sewer Inspection via Closed-Circuit Television (CCTV) - Part 2
02/04/2019

Sewer Inspection via Closed-Circuit Television (CCTV) - Part 2

Address

No. 29-2, Jalan Komersial, Taman Kota Fesyen MITC, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Precise Subsurface Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Precise Subsurface Sdn Bhd:

Share