Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Hilir Matu

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Hilir Matu 'MERAPATKAN JURANG DIGITAL'
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
(NADI Kg Hilir Kuala Matu)

🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾Alhamdulillah, Selesai sudah program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 di Pusat Sebar...
30/08/2026

🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, Selesai sudah program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI KAMPUNG HILIR MATU ❤️
Terima kasih kami ucapkan kepada semua komuniti yang hadir dan yang telah bersama-sama memeriahkan majlis 🇲🇾. Antara aktiviti yang dijalankan

✨Senam sihat Merdeka
✨ Cabutan Tiket bertuah
✨Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 10.00 pagi
📍 NADI KAMPUNG HILIR MATU



💪🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾💪Jom kita semarakkan bulan kemerdekaan dengan aktiviti sihat, ceria dan penuh sema...
20/08/2026

💪🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾💪

Jom kita semarakkan bulan kemerdekaan dengan aktiviti sihat, ceria dan penuh semangat patriotik! ❤️🤍💙💛

📅 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 09.30 pagi
📍 Lokasi: NADI Kampung Hilir Matu
* 50 peserta pendaftaran awal akan dapat hand flag dan makanan percuma
✨ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ✨

Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan komuniti untuk bersenam, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾

Jom gerakkan badan, cergaskan minda dan raikan Merdeka bersama-sama! 🎉



SILA DAFTAR NAMA KEPADA PETUGAS AWAL SEBELUM 28.08.2026!!!!!!!

📢NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KAMPUNG HILIR MATU   Untuk makluman NADI akan tutup pada📅14 & 15 Ogos 2026Bagi  kerja ba...
13/08/2026

📢NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI KAMPUNG HILIR MATU
Untuk makluman NADI akan tutup pada
📅14 & 15 Ogos 2026
Bagi kerja baikpulis sistem pendawaian bangunan NADI KAMPUNG HILIR MATU.
Sehubungan itu,operasi NADI juga akan ditutup pada tarikh tersebut dan akan beroperasi pada 16 Ogos 2026

Sebarang pertanyaan sila hubungi petugas

🚀 TINY TECHIES 2026Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟡 Robotic Innovation S5Pengenalan kepada rob...
13/08/2026

🚀 TINY TECHIES 2026
Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟡 Robotic Innovation S5
Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif
🗓️ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 11.00 pagi
💻 NADIBook

🟡 Python in Animation S5
Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah dan menyeronokkan
🗓️ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
💻 NADIBook

✨ Apa yang menarik?

Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
Modul pembelajaran disediakan
Dikendalikan oleh guru berpengalaman
Peserta boleh tanya soalan terus semasa kelas
📌 Syarat penyertaan:

Berdaftar sebagai Ahli NADI
📲 Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

💻Anda berminat untuk menggunakan Ai??🎊Jom sertai bengkel menarik ini dan pelajari cara menghasilkan video kreatif dengan...
11/08/2026

💻Anda berminat untuk menggunakan Ai??
🎊Jom sertai bengkel menarik ini dan pelajari cara menghasilkan video kreatif dengan lebih mudah, pantas dan pintar menggunakan teknologi AI!

Tarikh: 13 Ogos 2026
Masa: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Trainer: Ms. Suraya Binti Md Suyod
Lokasi: Atas Talian (Program AI@NADI)
Sijil Penyertaan Disediakan

Anda akan belajar:

Konsep AI sebagai pembantu kreatif

Etika penggunaan AI dengan bertanggungjawab

Teknik menghasilkan prompt berkualiti

Menggunakan AI untuk papan cerita

Menjana, menyunting & menerbitkan video dengan A
Tingkatkan kreativiti anda, jimat masa & hasilkan video berkualiti tinggi!

Jika anda berminat sila datang terus ke NADI Kampung Hilir Matu untuk keterangan lanjut atau hubungi petugas 011-62794428

11/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




08/08/2026

📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

📅 Sabtu, 8 Ogos 2026
🕒 3.00 Petang
📍 YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

💬 Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



07/08/2026
07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





📍Newsletter NADI X CYBERSECURITY Ogos
04/08/2026

📍Newsletter NADI X CYBERSECURITY Ogos

Address

Jalan Kampung Hilir Kuala Matu
Matu
96250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Hilir Matu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share