MZ Zawawi

MZ Zawawi Peguam Syarie bertauliah & Konsultan Kekeluargaan Islam di Kuala Lumpur, Johor, Melaka & Pahang

18/02/2026



“Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas.Kerana kadang-kadang seseorang yang tumpul otak tetapi tidak p...
28/11/2025

“Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas.
Kerana kadang-kadang seseorang yang tumpul otak tetapi tidak putus asa, lebih berhasil daripada seorang yang cerdas tetapi PEMALAS”. – HAMKA, Lembaga Hidup.

** Harapan saya dapatlah sokongan untuk pembaharuan PAT 2026 bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan..





"Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan ...
21/10/2025

"Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berhasil".. HAMKA

08/05/2025

NOTIS PERINGATAN

Di Malaysia, terdapat beberapa sebab mengapa wanita menggunakan wali hakim untuk pernikahan. Dua faktor utama ialah:1. K...
15/04/2025

Di Malaysia, terdapat beberapa sebab mengapa wanita menggunakan wali hakim untuk pernikahan. Dua faktor utama ialah:

1. Ketiadaan wali nasab (wali yang sah menurut keturunan)
Ini berlaku apabila wali nasab seperti bapa, datuk, atau abang kandung:

Telah meninggal dunia, atau

Tidak dapat dikesan atau tidak diketahui keberadaannya, atau

Tidak dapat dihubungi dalam tempoh yang wajar untuk urusan pernikahan.

2. Penolakan atau keengganan wali nasab untuk menikahkan tanpa alasan yang syarie
Jika wali enggan menikahkan wanita tersebut tanpa sebab yang sah menurut hukum syarak (contohnya disebabkan dendam, perbezaan pandangan peribadi, atau sebab-sebab yang tidak munasabah), maka wanita boleh memohon kepada Mahkamah Syariah untuk menggunakan wali hakim sebagai ganti.

 1. Penetapan Nafkah yang Jelas dan AdilMahkamah perlu menetapkan nafkah anak dan (jika layak) nafkah edah serta mutaah ...
07/04/2025



1. Penetapan Nafkah yang Jelas dan Adil

Mahkamah perlu menetapkan nafkah anak dan (jika layak) nafkah edah serta mutaah kepada bekas isteri dengan kadar yang munasabah berdasarkan kemampuan bekas suami. Ini bagi memastikan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan anak-anak terus dipenuhi.

2. Penjagaan dan Hak Lawatan Anak yang Tersusun

Penetapan hak jagaan (hadhanah) dan hak lawatan secara teratur serta bertulis dapat mengelakkan pertikaian berpanjangan dan memberi kestabilan emosi kepada anak-anak. Ini termasuk masa lawatan, cuti sekolah, dan hari perayaan yang dibahagi secara adil.

3. Kaunseling Pasca-perceraian dan Sokongan Psikologi

Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada bekas pasangan dan anak-anak bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan selepas perceraian. Ia boleh mengurangkan tekanan emosi dan mendorong komunikasi yang lebih sihat antara bekas suami isteri, terutamanya dalam hal ehwal anak.

30/03/2025




17/03/2025

📌Penceraian boleh failkan di Mahkamah Syariah berdekatan/daerah tempat tinggal

📌 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩)1️⃣ 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚...
15/03/2025

📌 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩)

1️⃣ 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚, 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝.

2️⃣ 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐥𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚.

3️⃣ 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧, 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡.


📌𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦)1️⃣𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐮𝐭𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 ...
14/03/2025

📌𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦)

1️⃣𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐮𝐭𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡.

2️⃣𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢/𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤, 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭.

3️⃣𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡.


Address

No. 25 E/F, Plaza D'Jeti, Jalan Abu Bakar
Mersing
86800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MZ Zawawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MZ Zawawi:

Share